Selasa, 10 April 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Bekas rakan kongsi setuju bayar DJ Dave RM133,000

Posted:

Bekas rakan kongsi setuju bayar DJ Dave RM133,000

KUALA LUMPUR 10 April - Seorang ahli perniagaan yang juga bekas rakan kongsi Datuk DJ Dave hari ini bersetuju membayar RM133,000 kepada penyanyi itu selepas mencapai persetujuan bersama dalam satu kes saman di Mahkamah Sesyen di sini.

Ia berhubung penjelasan baki hutang pembelian sebuah banglo dua tingkat di Seksyen 16, Petaling Jaya.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Hakim Azian Othman.

Dalam saman yang difailkan pada 2009, Dave atau nama Islamnya, Irwan Shah Abdullah, 64, selaku plaintif menamakan Thomas Varkki MV Varkki, 55, sebagai defendan.

Menurut pernyataan tuntutan terpinda, plaintif mendakwa, beliau dan defendan merupakan pengarah bersama bagi syarikat Mukim Angkasa Sdn. Bhd. yang memiliki banglo tersebut iaitu satu-satunya aset tidak alih milik syarikat tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Penyokong fanatik bola sepak Sarawak didakwa belasah polis

Posted:

Penyokong fanatik bola sepak Sarawak didakwa belasah polis


ABANG Mohammad Zakri (kiri) bersama adiknya, Abang Saiful Zahrin sempat memberikan gaya masing-masing ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuching, semalam.


KUCHING 10 April - Seorang penyokong fanatik skuad bola sepak Sarawak yang menumbuk seorang anggota polis sehingga pengsan Sabtu lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah anggota polis terbabit dan menghalang tugas polis.

Abang Saiful Zahrin Abang Abdul Rahim, 30, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, Abang Saiful Zahrin didakwa dengan sengaja mencederakan Lans Koperal Amzari Othman, 33, menggunakan gelang sehingga mangsa mengalami kecederaan parah di atas bibir di Stadium Negeri kira-kira pukul 11 malam, 7 April lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan