Selasa, 1 Februari 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Banjir: KTM batal khidmat tren ke selatan, pantai timur

Posted: 01 Feb 2011 01:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini membatalkan dan menjadualkan semula perkhidmatan tren bagi sektor selatan dan pantai timur ekoran banjir dan tanah runtuh.

Ia juga membatalkan perkhidmatannya semalam.

Perkhidmatan tren yang dibatalkan ialah Ekspres Sinaran Selatan (KL Sentral-Singapura), Ekspres Senandung Sutera (KL Sentral-Singapura) dan Shuttle (Kuala Lipis-Singapura).

Menurut kenyataan KTMB hari ini beberapa perkhidmatan dijadualkan semula ialah Ekspres Rakyat (Butterworth/Singapura/Butterworth), Ekspres Sinaran Selatan (Singapura/KL Sentral), Ekspres Sinaran Timuran (Singapura/Tumpat/Singapura) dan Senandung Wau (Kl Sentral/Tumpat).

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan Ekspres Rakyat kini hanya dari KL Sentral ke Butterworth sahaja, manakala Ekspres Sinaran Selatan hanya dari Singapura ke Kluang sahaja.

Bagi Ekspres Timuran pula perkhidmatan ialah dari Singapura ke Kluang, dan dari Tumpat ke Triang sahaja manakala bagi Ekspres Senandung Wau, para penumpang akan menaiki bas dari Kl Sentral ke Mentakab sebelum meneruskan perjalanan dengan tren ke Tumpat.

Menurut kenyataan itu, bagi penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu, mereka boleh menukar tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan tiket yang telah dibeli di kaunter KTMB berhampiran.

Maklumat terkini mengenai jadual perkhidmatan boleh didapati dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862.

 

 

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harga getah naik tapi rezeki terjejas kerana hujan

Posted: 01 Feb 2011 12:46 AM PST

MUADZAM SHAH, 1 Feb — Ketika sedang menikmati kenaikan harga getah, rezeki para penoreh kini terbantut ekoran berlakunya banjir. 

Misalnya pendapatan Arifin Samsudin dari Kampung Meripoh dekat sini sedikit terbantut sejak musim hujan sekarang.

"Saya sudah dua minggu tidak dapat ke kebun akibat hujan. Terpaksa duduk di rumah saja sejak kawasan rumah dan kebun saya dinaiki air," katanya.

"Ramai orang lain keluar menangkap ikan pula. Tetapi saya tidak ada bot dan tak pandai berenang, hanya boleh duduk di rumah saja," tambahnya.

Arifin, 46, berkata sebelum musim hujan beliau mampu meraih lebih RM1,000 dalam tempoh dua minggu dengan menoreh di kebun getahnya seluas 0.8 hektar.

Kamarudin Mat Yus, 49, juga mengalami nasib yang sama tidak dapat menoreh di kebunnya yang seluas 2.42 hektar setelah ditenggelami air sedalam satu meter.

"Saya telah membeli barang dapur selepas melihat keadaan hujan yang tidak berhenti-henti. Tapi saya jangka ia tidak akan bertahan lama, tetapi mujur ada bantuan makanan daripada kerajaan," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam, Datuk Mohd Sahfri Abd Aziz, bersama kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menghulurkan bantuan berbentuk makanan, kit kesihatan selain selimut dan tikar kepada penduduk yang terbabit dengan banjir.

Seramai 260 penduduk di Kampung Meripoh, Kampung Dong dan Kampung Samak terputus hubungan selepas air Sungai Keratong, Sungai Buan dan Sungai Jeram melimpah sehingga melitupi jalan yang menghubungkan kampung tersebut dengan

kawasan lain.

Pihak bomba melaporkan arus sungai semakin deras. — Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan