Ahad, 1 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Berakhir sejarah kapal perang

Posted:

Berakhir sejarah kapal perang

Oleh AMIR SARIFUDINamir.mansor@utusan.com.my


Kapal KM Sipadan tenggelam perlahan-lahan untuk dijadikan tukun rekreasi di kawasan Sawadi, Pulau Tioman, baru-baru ini.


PULAU TIOMAN 1 April - Bermula pada tahun 1964, ia muncul antara aset terpenting Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan diberi tugasan mengawal beberapa kawasan perairan negara.

Tanggungjawab kapal peronda KD Sri Sarawak ketika itu bukan sahaja menjaga kedaulatan perairan negara termasuk di Selat Melaka, malah menghalang sebarang bentuk pencerobohan pihak asing.

Ketika itu kapal berkenaan telah mencatatkan pelbagai rekod cemerlang bagi TLDM termasuk beberapa tangkapan nelayan asing yang menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia.

Setelah sekian lama bersama TLDM, kapal tersebut kemudian diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada tahun 2005.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Terokai ilmu penyelidikan

Posted:

Terokai ilmu penyelidikan

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUALA LIPIS 1 April - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) di sini perlu menerokai pelbagai ilmu pengetahuan berasaskan penyelidikan bagi meningkatkan keupayaan pengajaran setiap pensyarah dan guru pelatih di sini.

Baginda bertitah, pengetahuan hasil penyelidikan itu merupakan satu cara mencapai kejayaan yang menjadi unsur penting untuk kecemerlangan dalam peradaban manusia.

Oleh itu, baginda mahu para pensyarah dan guru pelatih digalakkan terus membuat penyelidikan dalam memperbanyakkan pengetahuan yang berguna.

"Kewujudan IPGKTAA sebagai institusi latihan perguruan wajar dihayati sebagai bukti usaha gigih kerajaan negeri meningkatkan tahap profesionalisme dan memartabat pendidikan menerusi latihan sebagai acuan membentuk seorang guru.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pantau pergerakan orang tidak dikenali

Posted:

Pantau pergerakan orang tidak dikenali

TEMERLOH 1 April - Orang ramai dan pemimpin masyarakat perlu peka dan memantau pergerakan orang tidak dikenali di kawasan perumahan dan kampung bagi membendung senario kejadian culik dan lari dari rumah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Noor Mansur berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kelab Rukun Tetangga (KRT), ibu bapa dan orang awam perlu sentiasa memerhatikan individu yang mencurigai ketika berada di kawasan masing-masing.

Menurutnya, kejadian culik terutama membabitkan remaja, kanak kanak dan bayi perlu dipandang serius oleh semua pihak.

''Pemantauan amat penting berikutan kemungkinan wujud sindiket yang tidak bertanggungjawab menculik remaja, kanak kanak atau bayi di tempat tertentu untuk diperdagangkan bagi tujuan untuk mendapat wang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan