Ahad, 1 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Bayaran diseragamkan Jun

Posted:

Bayaran diseragamkan Jun

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
kota@utusan.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah) menendang bola sebagai tanda gimik pelancaran program Remaja Sihat, Remaja Pelapis Negara di PPR Pantai Ria, Lembah Pantai, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 1 April - Bayaran tempat letak kenderaan di kawasan yang berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diseragamkan mengikut zon bermula Jun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, DBKL sedang mengkaji penyeragaman bagi mengawal kadar bayaran tempat letak kenderaan di premis-premis milik swasta.

"Caj tempat letak kenderaan DBKL memang sudah ditetapkan dan tidak mahal tetapi caj di tanah milik persendirian dan tanah-tanah yang disewa daripada kerajaan masih tidak dikawal.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Lembaga Zakat Selangor peruntuk 15,000 pelajar asnaf RM2.5j

Posted:

Lembaga Zakat Selangor peruntuk 15,000 pelajar asnaf RM2.5j

SHAH ALAM 1 April - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan kira-kira RM2.5 juta untuk manfaat 15,220 pelajar sekolah dari kalangan asnaf negeri ini melalui penganjuran Program Sekolah Angkat (Prosa) 2012.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, Prosa 2012 yang merupakan kerjasama LZS dan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) akan melibatkan kira-kira 164 buah sekolah di seluruh negeri ini.

Menurutnya, program itu akan memberi fokus kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

"LZS sangat komited dalam meneraju perubahan dan membina peradaban serta memperkasakan sosio ekonomi ummah di negeri ini. Kami yakin bidang pendidikan mampu menjadi senjata terampuh bagi merealisasikan hasrat tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tak cukup masa saring kontraktor

Posted:

Tak cukup masa saring kontraktor

SUBANG JAYA 1 April - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat pemeriksaan ke atas mereka yang membida kontrak mengutip sampah pada 1 Mac lalu, menyebabkan sebahagian daripada mereka yang memenangi kontrak gagal menjalankan tugas dengan baik.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan oleh kontraktor kepada MPSJ sahaja.

"Kami membuat pemilihan mengikut maklumat yang ada sahaja kerana masa yang diperuntuk untuk menilai mereka tidak panjang.

"Berdasarkan dokumen yang dihantarkan kepada kami, kontraktor mengatakan bahawa mereka mempunyai lori untuk mengangkut sampah. Jadi mereka ini dilantik berdasarkan maklumat yang diberikan itu," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat penuh MSPJ di pejabatnya baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan