Ahad, 1 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kedah nafi singkir Hamidan

Posted:

Kedah nafi singkir Hamidan

Kedah nafi singkir Hamidan

01/04/2012 6:21pm

ALOR SETAR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini menafikan khabar angin bahawa penyerang import dari Ghana, Mohammed Hamidan telah disingkirkan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata, khabar angin kononnya KFA telah memberi surat penyingkiran kepada Hamidan seperti yang didakwa oleh segelintir penyokong Kedah dalam laman sosial Facebook adalah tidak benar. Beliau berkata, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak KFA akan meneliti laporan prestasi pemain import Kedah itu pada mesyuarat Rabu depan bagi menentukan nasib sama ada Hamidan akan kekal bersama Kedah.

Katanya, hanya Pengurus Pasukan, Datuk Khazali Din dan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berhak menentukan perkara itu kerana mereka yang lebih tahu dan arif tentang pemain dalam pasukan mereka.

"Setakat ini Hamidan telah dapat menyesuaikan diri dengan pasukan Kedah dan ini telah memberi keyakinan baru kepada Wan Jamak terhadapnya (Hamidan) dalam usaha memburu kemenangan selepas ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Kapal terbakar jangka tiba Sandakan malam ini

Posted:

Kapal terbakar jangka tiba Sandakan malam ini

Kapal terbakar jangka tiba Sandakan malam ini

01/04/2012 5:45pm

SANDAKAN - Sebuah kapal peranginan MV Azamara Quest yang mengalami kebakaran di bahagian bilik enjin ketika di perairan Filipina pada Jumaat lepas, dijangka tiba di Pelabuhan Sandakan malam ini.

Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Karunanithi Munusamy berkata, pihaknya akan memberi bantuan mengikut keperluan kapal itu.

"Kapal APMM akan mengiringi MV Azamara Quest apabila kapal itu memasuki perairan Malaysia sebelum berlabuh di Sandakan kira-kira pukul 8 malam ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau dimaklumkan kapal itu kini berlayar menggunakan sebuah enjin sahaja selepas enjin lain rosak dalam kebakaran yang berlaku ketika kapal berada 180 batu nautika dari selatan Palawan, Filipina.

Kejadian juga menyebabkan lima krew kapal terbabit terpaksa diberi rawatan akibat terhidu asap, katanya.

Kapal itu yang membawa 560 penumpang dan 411 krew dalam pelayaran dari Hong Kong menuju ke Singapura ketika kejadian. - BERNAMA

16 diberkas dalam operasi mabuk

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR - Seramai 16 orang termasuk dua warga asing ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dalam operasi yang dilakukan Polis Trafik Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan