Isnin, 9 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Aspek kumbahan membimbangkan

Posted:

Aspek kumbahan membimbangkan

Aspek kumbahan membimbangkan

Oleh FAUZI MOHD
uutusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 8 Mei - Hanya empat peratus daripada 223,850 penggunaan tangki najis di negeri ini mendapatkan perkhidmatan daripada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd., (IWK) bagi pengurusan kumbahan yang sistematik dan berjadual.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Abd. Halim Jusoh berkata, perkembangan itu cukup membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan awam untuk jangka masa panjang.

Menurutnya, setakat ini penggunaan tangki septik individu di negeri ini berjumlah 80,090 unit manakala tangki tradisional 'kerek' berjumlah 143,760 unit.

"Walaupun pelbagai promosi dilaksanakan oleh IWK dengan skim pembayaran yang rendah iaitu RM6 sebulan, kesedaran masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan pembentungan masih rendah.

"Bukan sesuatu yang sukar kerana pengguna hanya perlu mengosongkan tangki septik individu atau 'kerek' di kediaman atau premis mereka sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun," katanya selepas majlis perasmian loji Unit Nyahair Mekanikal (MDU) di Taman Perindustrian Gong Badak dekat sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan IWK, Ir. Mohd. Haniffa Abdul Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tepuh, Muhammad Ramli Nuh.

Loji milik IWK bernilai RM2.6 juta itu merupakan yang kedua dibina di negeri ini selepas sebuah lagi di Bandar Baru Kertih, Kemaman.

Tambah Abd. Halim, loji yang menggantikan pusat rawatan sebelum ini di Kampung Tok Jembal dekat sini berfungsi untuk mengolah enap cemar atau pepejal najis yang disedut dari tangki septik penduduk di sekitar daerah ini, Marang dan Hulu Terengganu.

Sementara itu, Mohd. Haniffa memberitahu, proses menyahair yang dilakukan di MDU Gong Badak turut menghasilkan produk sampingan daripada enap cemar kering yang dikenali sebagai bio-pepejal.

Katanya, ia digunakan dalam industri landskap terutama untuk menyuburkan tanah sebelum menanam pokok-pokok hiasan.

"Proses yang sama juga turut menghasilkan gas metana atau bio-gas yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik untuk menyalakan lampu di sekitar kawasan loji berkenaan dan dijadikan bahan bakar industri.

"IWK juga sedang mengusahakan satu lagi produk sampingan iaitu bio-efluen atau air terawat hasil daripada proses olahan di loji yang boleh digunakan untuk pembersihan serta komponen sistem penyejukan di kilang," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taska Permata Keluarga YPKT ke-32 dirasmi

Posted:

Taska Permata Keluarga YPKT ke-32 dirasmi

Taska Permata Keluarga YPKT ke-32 dirasmi


Ahmad Said beramah mesra dengan kanak-kanak semasa merasmikan Taska Permata Keluarga Teluk Ketapang di Seberang Takir Kuala Terenganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 8 Mei - Taska Permata Keluarga Teluk Ketapang di sini yang pembinaannya dibiayai oleh Golden Pharos Berhad (GPB) dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini.

Ia merupakan Taska Permata Keluarga ke-32 daripada keseluruhan 66 buah taska kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) beroperasi dalam usaha membantu menyempurnakan proses perkembangan awal kanak-kanak.

Pengerusi GPB, Datuk Zubir Embong berkata, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri sebagai sokongan kepada inisiatif pendidikan prasekolah kelolaan YPKT.

Menurut beliau, sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk pembinaan taska itu dan ia mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2009.

"Keunikan taska ini ialah dari segi reka bentuknya kerana ia menggabungkan ciri-ciri kesenian Terengganu termasuk pada panel kaca seni binaan, pintu kayu dan kekuda kayu," katanya pada majlis perasmian taska berkenaan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman; ADUN Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri serta Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa.

Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan cek berjumlah RM21,400 kepada 2,114 penerima dari Dewan Undangan Negeri Seberang Takir sebagai bantuan untuk membeli pakaian sekolah.

Sementara itu, Ahmad ketika berucap pada majlis tersebut berkata, Taska Permata Keluarga mempunyai beberapa keistimewaan berbanding taska lain termasuk program hafazan dan program-program melibatkan ibu bapa.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang YPKT berkata, taska itu juga menggunakan kaedah pembelajaran secara interaktif yang dibangunkan dengan kerjasama Top IT Industries Sdn. Bhd.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PPK Tanjung Puri sasar miskin sifar menjelang 2015

Posted:

PPK Tanjung Puri sasar miskin sifar menjelang 2015

PPK Tanjung Puri sasar miskin sifar menjelang 2015


Ismail Mat (empat dari kanan) menyertai demonstrasi membuat karipap di tapak Karnival Kedai Peladang PPK Tanjung Puri di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 8 Mei - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Puri menyasarkan tiada seorang pun ahlinya hidup di bawah paras kemiskinan menjelang 2015 dengan sasaran purata pendapatan RM1,500 sebulan berbanding RM750 sekarang.

Pengerusinya, Ismail Mat berkata, walaupun ada kalangan mereka sudah boleh hidup mewah, namun masih terdapat 20 peratus daripada 2,400 peladang PPK Tanjung Puri berpendapatan kurang RM500 sebulan.

Justeru katanya, PPK Tanjung Puri akan menggiatkan lagi usaha memperkasakan ahlinya menerusi program yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Tambah beliau, antara usaha tersebut adalah menjalankan latihan industri bukan padi bagi memahirkan peladang dengan bidang lain yang boleh memberi sumber pendapatan tambahan.

"Hasil kerjasama dan latihan dengan KADA misalnya, seramai 50 ahli PPK sudah terbabit secara aktif dengan bidang pembuatan kuih dan makanan segera sehingga ada yang membuka cawangan di Kuala Lumpur.

"Selain itu, kita juga menyediakan kursus ternakan ikan keli dan ayam organik dan program berkala ini amat berkesan bagi melahirkan usahawan tani yang akhirnya boleh membantu rakan-rakan lain pula," katanya ketika ditemui di tapak Karnival Kedai Peladang PPK Tanjung Puri di sini hari ini.

Menurut Ismail, peranan PPK Tanjung Puri tidak terhad kepada menguruskan aktiviti peladang tetapi ia juga mengenal pasti pasaran bagi produk yang dihasilkan.

"Contohnya, dua minggu lalu kami membuka tapak di Pasar Tani Mega Terminal Makanan Negara (Teman), Tunjong dengan berniaga ayam kampung organik yang diternak oleh ahli-ahli PPK dan sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan.

"Pada Sabtu lalu sahaja sebanyak 1,500 ekor ayam habis dijual dalam masa kurang dua jam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan