Isnin, 9 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


PM minta rakyat bertenang

Posted:

PM minta rakyat bertenang

PM minta rakyat bertenang

Oleh Noraini Abd. Razak


NAJIB Tun Razak berbincang dengan Susilo Bambang Yudhoyono ketika mereka mengadakan pertemuan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 di Pusat Konvensyen Jakarta di Jakarta, Indonesia, semalam. – BERNAMA


JAKARTA 8 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat bertenang berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sehingga siasatan mengenainya selesai.

Katanya, dakwaan tersebut tidak akan memberi faedah kepada sesiapa pun, justeru mana-mana pihak sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu tersebut.

''Sebab itu kita tidak boleh buat terburu-buru, kena siasat dulu. Saya tidak mahu membuat kesimpulan tanpa bukti.

''Biar kita siasat (dakwaan ini) dan yang penting jangan membesarkan cerita ini sebab ia boleh menjadi api dalam sekam.

''Kalau tidak bendung, boleh jadi polarisasi yang amat serius dalam masyarakat kita,'' katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di sini hari ini.

Perdana Menteri yang berada di sini sejak Jumaat lalu bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 ditanya laporan Utusan Malaysia kelmarin mengenai pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Laporan tersebut memetik laman blog http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri mengingatkan bahawa agama adalah perkara sensitif dan semua pihak mesti menjaga keadaan supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

Katanya, Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi dan di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti.

Tegas Perdana Menteri, prinsip tersebut sangat penting dan dijadikan antara sendi utama pembentukan Malaysia yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa.

''Kalau ada sesiapa yang cuba gugat ketenteraman negara kita, kita tak akan benarkan perkara ini berlaku. Yang penting adalah keharmonian Malaysia,'' katanya.

Ditanya kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya hanya boleh diadakan tahun depan berikutan masalah perkauman yang masih menebal, Najib berkata, setiap orang mempunyai pandangan sendiri.

Bagaimanapun, kata Najib, pilihan raya diputuskan berdasarkan banyak faktor sambil enggan mengulas lanjut. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kukuhkan semangat 1ASEAN

Posted:

Kukuhkan semangat 1ASEAN

Kukuhkan semangat 1ASEAN

JAKARTA 8 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik perhatian tentang konsep 1ASEAN yang dilihat mampu memupuk semangat serta kesedaran ASEAN yang tinggi di kalangan penduduk serantau.

Mengambil contoh pelaksanaan inisiatif 1Malaysia untuk menyatukan rakyat di bawah satu gagasan, Najib percaya, usaha yang sama boleh dilaksanakan di peringkat ASEAN bagi menyatukan semangat negara-negara anggota.

''Bayangkan jika kita memperkenalkan diri kita kepada seseorang dari United Kingdom atau Perancis, kita memberitahu bahawa kita bukan sahaja orang Malaysia atau Indonesia, kita juga adalah ASEAN - seperti mana mereka memberitahu mereka dari Eropah.

''Ini kerana saya bangga datang dari Asia Tenggara. Saya mahu orang kita turut bangga - dan saya mahu seluruh dunia tahu siapa kita,'' kata Perdana Menteri ketika berucap pada Forum Kepimpinan ASEAN ke-8 di sini, malam ini.

Sebelum menekankan tentang 1ASEAN, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga beliau terhadap ASEAN sambil mengajak negara anggota untuk bersama-sama menonjolkan potensi pertubuhan itu dan berkongsi mengenainya dengan dunia.

Ini kerana, menurut Najib, sementara setiap negara bersendirian melaksanakan pelbagai langkah, terdapat lonjakan yang mesti dilakukan bersama-sama.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan konsep 1ASEAN merupakan kemajuan sosial yang perlu digerakkan secara kolektif oleh negara-negara serantau

''Kita mesti secara berterusan meningkatkan kemajuan sosial - memastikan masyarakat kita menerima perubahan di sekeliling, dan mereka dapat merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada perubahan itu dan berusaha untuk menjayakannya,'' kata Najib.

Beliau turut menggariskan perkara kedua yang mesti digerakkan secara kolektif iaitu membangun dengan memacu pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan peluang tanpa meminggirkan tadbir urus yang baik.

Katanya, amalan tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti sememangnya diperlukan untuk membawa kemajuan dan menjayakan perubahan.

Menurut Perdana Menteri, perkembangan pesat menjadikan rantau ini dinamik dan sangat berjaya malah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China merupakan yang ketiga terbesar meliputi hampir satu pertiga penduduk dunia.

''Sementara Barat masih berhempas-pulas untuk mengatasi krisis ekonomi dan mendapatkan semula dominasi global, ASEAN pula melangkah maju.

''Perdagangan ASEAN dengan China untuk lapan bulan pertama tahun lepas sebanyak AS$185.4 billion, 47 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama 2009.

''Oleh itu kita adalah rantau yang sangat berpotensi dan kita patut bercita-cita untuk melakukan lebih lagi. Kita patut bercita-cita untuk menyaingi Eropah, menyaingi China malah menyaingi United States,'' katanya. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beri jaminan pemohon suaka akan diberi layanan baik

Posted:

Beri jaminan pemohon suaka akan diberi layanan baik

Beri jaminan pemohon suaka akan diberi layanan baik

MELBOURNE 8 Mei - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra memberi jaminan kepada Australia bahawa pemohon suaka yang dipindahkan ke Malaysia akan dilayan dengan penuh perikemanusiaan dan bermaruah.

Datuk Salman Ahmad memberitahu Sky TV pada Ahad bahawa pemohon suaka yang dihantar ke Malaysia akan diberi kebebasan bergaul dengan masyarakat sementara menuggu permohonan mereka diproses.

"Mereka tidak akan ditempatkan di mana-mana pusat tahanan," katanya.

Salman membayangkan bahawa cadangan pertukaran pemohon suaka antara Malaysia dengan Australia itu mungkin dilaksanakan sekali sahaja dan butiran terperinci mengenainya akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Katanya, Kuala Lumpur mengalu-alukan komitmen Australia untuk mengambil lebih banyak pelarian di Malaysia yang keseluruhannya berjumlah lebih kurang 94,000 orang.

Di bawah persetujuan sedia ada, Malaysia akan mengambil 800 orang yang cuba pergi ke Australia manakala Australia pula bersetuju mengambil 4,000 pelarian yang berada di Malaysia.

"(Dan) sudah tentulah lebih baik jika Australia bersetuju mengambil lebih daripada 4,000 orang," kata beliau.

Bendahari Australia, Wayne Swan hari ini berkata, kerajaan pimpinan Julia Gillard akan berusaha untuk melaksanakan perjanjian serupa dengan negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Gillard mengumumkan pada Sabtu bahawa Malaysia dan Australia sedang memuktamadkan perjanjian untuk bertukar pemohon suaka dan di bawah perjanjian ini, 800 orang yang cuba memasuki Australia dengan menaiki bot akan terus diambil oleh Malaysia.

Sebagai balasan, Australia akan mengambil 4,000 pelarian tulen dari Malaysia dalam tempoh empat tahun.

Ketika mengumumkan perkara itu, Gillard berkata langkah yang dicadangkan itu akan memberi tamparan hebat kepada penyeludup manusia.

"Seseorang yang cuba pergi secara tidak sah ke Australia menghadapi risiko terkandas di Malaysia dan diletakkan di bahagian belakang barisan menunggu," katanya kepada pemberita di Canberra.

Canberra berkata cadangan yang sedang dirundingkan itu akan melibatkan kos A$292 juta. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan