Berita Harian: Wilayah |
Posted: 08 May 2011 07:30 PM PDT Wilayah Seorang penghuni warga Britain baru pindah cederaKUALA LUMPUR: Satu letupan kuat dipercayai berpunca daripada letupan gas berlaku di tingkat 17 sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini, malam tadi, sehingga menggegarkan beberapa bangunan di sekitar ibu negara. Kejadian jam 7.40 malam itu mengakibatkan tingkap kaca beberapa bangunan kondominium berhampiran serta sebuah hotel yang terletak kira-kira 250 meter dari tempat kejadian pecah dan kacanya bertaburan di atas jalan. Letupan itu turut menyebabkan penghuni unit di tingkat 17 berkenaan yang dikenali sebagai Paul Christopher Lovell, 61, seorang rakyat British cedera namun dilaporkan tidak serius. Saksi, Daniela Samarero, 42, yang tinggal di tingkat 12 kondominium sama berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan letupan kuat."Letupan itu yang menyebabkan semua kaca tingkap rumah kami pecah bertaburan. Malah, batu marmar pada bahagian dinding turut pecah. "Saya dan suami terus bergegas mengambil dua kucing peliharaan kami dan lari turun mengikut tangga kecemasan untuk menyelamatkan diri," katanya yang bertugas di Kedutaan Belanda dan tinggal di kondominium itu sejak Ogos tahun lalu. Katanya, sejurus letupan itu, beliau dan penghuni di blok B bahagian selatan kondominium itu kelam kabut menyelamatkan diri kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku.
"Selepas sejam, api dapat dipadamkan dengan sepenuhnya dan siasatan awal mendapati letupan dan kebakaran berpunca dari gas memasak yang memenuhi segenap ruang rumah dari saluran gas di unit itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Katanya, Unit Forensik belum dapat memastikan punca sebenar, sama ada kebocoran gas berpunca akibat kecuaian tuan rumah atau kerosakan pada saluran gas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan mengesahkan Levell baru berpindah ke kondominium itu, Jumaat lalu. Levell kini dirawat di Hospital Prince Court. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Along tiru logo bank terkemuka pikat pelanggan Posted: 08 May 2011 07:29 PM PDT Wilayah BANDAR BARU BANGI: Taktik along mempengaruhi orang ramai supaya membuat pinjaman kewangan dengan mereka tidak pernah 'padam' termasuk yang terbaru meniru logo sebuah bank terkemuka di negara ini.Selain menggantung poster bertajuk "pinjaman wang berlesen" atau "pinjam tanpa penjamin, blacklist (senarai hitam) pun boleh", mereka membuat promosi terbaru dengan memasang poster "Maybonuk", di sekitar kawasan strategik di daerah ini. Jika dilihat sekali imbas, sesiapa saja akan menganggap iklan terbabit sebagai "Maybank" kerana terkeliru dengan apa yang ditulis pihak berkenaan iaitu Maybonuk. Iklan terbabit juga meniru warna dan mengalihkan beberapa huruf dari ejaan sebenar bank terkemuka itu, selain mempamerkan kiraan bayaran bulanan yang perlu ditanggung peminjam bagi menarik perhatian.Pada poster terbabit, juga dicatatkan jumlah pinjaman serendah RM10,000 dan setinggi RM200,000 dengan bayaran ansuran sehingga tiga tahun selain mengenakan caj yang murah bagi meraih pelanggan. Sentral yang menghubungi nombor tertera di iklan terbabit dimaklumkan peminjam tidak perlu bimbang kesahihan pinjaman yang diberi kerana mendakwa mereka berlesen dan hanya menguruskan pinjaman kepada yang layak dengan memprosesnya dalam tempoh sehari saja. Seorang penduduk, Hakimah Zainol, 24, berkata isu iklan pinjaman kewangan oleh along seperti tiada kesudahan kerana sehingga kini semakin banyak dilihat ditampal di mana-mana saja tanpa tindakan diambil pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu menyenarai hitamkan nombor telefon yang turut disertakan pada iklan terbabit bagi menyekat kegiatan itu berleluasa," katanya. Beliau percaya iklan itu boleh mempengaruhi mereka yang terdesak terutama peniaga dan penjaja kecil bagi membuat pusingan modal perniagaan mereka. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan