Khamis, 19 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Layan Anwar seperti rakyat biasa

Posted:

Layan Anwar seperti rakyat biasa

Layan Anwar seperti rakyat biasa

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mei - Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.

"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.

"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi.

"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.

"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi.

"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya.

Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu video seks tidak selesai selagi pelaku tidak didedah

Posted:

Isu video seks tidak selesai selagi pelaku tidak didedah

Isu video seks tidak selesai selagi pelaku tidak didedah

KUALA LUMPUR 19 Mei – Isu rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan selesai selagi pihak berkuasa enggan mendedahkan individu terlibat walaupun ia telah disahkan tulen.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sehingga kini, pihak berkuasa tidak membuat kenyataan siapakah watak di dalam video meskipun pengesahan ketulenan dilakukan sebanyak dua kali termasuk pakar dari Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, tegas beliau, pendirian Pas dalam isu tersebut jelas iaitu parti itu tidak akan terlibat dalam kesalahan berkaitan qazaf.

''Isu itu tidak selesai. Mana nak selesai kerana satu badan yang berkuasa pun tidak boleh kata siapa pelakon watak dalam video itu. Video ini kemudian telah disebarkan sebab itu Pas berpendapat ini tidak bertanggungjawab. Polis pula telah sahkan dua kali tulen.

''Apabila Bukit Aman membuat penyiasatan ia disahkan tulen. Namun, kita perlu pula pakar daripada AS dan mereka siasat. Kemudian ia disahkan tulen. Ini bermakna ada pakar pun tulen tidak ada pakar pun tulen, tetapi tidak pula dedahkan siapa yang sebenarnya. Perlu ada satu badan berkuasa uruskan perkara ini,'' katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keresahan rakyat ekoran rakaman video yang didakwa pelakunya mirip Anwar.

Sebelum ini, beberapa pihak mahukan pelaku video seks berkenaan dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan sedia ada sama ada dalam bentuk hukuman mahkamah sivil atau syariah.

Salahuddin berkata, pendirian Pas tidak pernah berubah sejak hari pertama isu tersebut tercetus kerana bagi parti itu, tuduhan atau dakwaan tersebut perlu disertakan bersama empat saksi yang adil.

''Perbuatan ini tidak diizinkan oleh Islam kerana ia memerlukan pembabitan empat orang saksi,'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, pendirian Pas adalah atas pertimbangan agama kerana ia berkaitan dengan satu tuduhan yang memerlukan keterangan empat orang saksi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan