Khamis, 19 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Dua laporan polis dibuat

Posted:

Dua laporan polis dibuat

Dua laporan polis dibuat

Oleh RASMI ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Mohd. Abdul Raof Mokhtar (tiga dari kanan) dan Raja Ahmad Raja Abd.Wahid (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis di Klang, semalam.


KLANG 19 Mei - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan seorang individu membuat laporan polis hari ini berhubung tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan menafikan beliau pelaku dalam video seks yang tersebar luas kini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang oleh Timbalan Pengerusi GAPS, Mohd. Abdul Raof Mokhtar dan Raja Ahmad Raja Abd. Wahid.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd. Abdul Raof berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video terbabit, sekali gus membuktikan laporan yang dibuat Anwar pada 22 Mac lalu di IPD Dang Wangi adalah palsu.

''Saya rasa Anwar telah membuat laporan palsu kerana setelah diteliti dan diamati pelaku dalam video itu saya yakin dia adalah beliau (Anwar).

''Saya harap pihak polis menyiasat kes ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang itu yang membuat laporan palsu," katanya di sini, hari ini.

Raja Ahmad pula turut menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video tersebut agar tidak berlaku tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang menerima cakera padat video (VCD) layang mengandungi rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu berkata, apa yang dilihat pelaku dalam VCD itu jelas mirip Anwar.

Beliau turut menggesa polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mendedahkan pelaku itu supaya tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof mengesahkan menerima dua laporan polis tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Akibat 'kata-kata cinta' di Internet

Posted:

Akibat 'kata-kata cinta' di Internet

Akibat 'kata-kata cinta' di Internet

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mei - Berbekalkan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta, dua lelaki warga Nigeria melalui Internet berjaya memperdaya seorang wanita Taiwan sehingga mengakibatkan kerugian RM380,000.

Kegiatan suspek terbongkar selepas mangsa berusia 43 tahun datang ke negara ini setelah menyedari dirinya ditipu seterusnya membuat laporan di Kedutaan Taiwan, di sini Februari lalu.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, mangsa mengenali suspek yang menggunakan nama John Miller dari United Kingdom melalui laman sosial Facebook sebelum jatuh cinta.

Katanya, hasil perkenalan itu, suspek berjanji untuk memberikan 'hadiah' bernilai 950,000 pound sterling (RM4.65 juta) dan sejumlah barangan kemas, namun tersekat di sebuah ejen syarikat penghantaran di Malaysia.

"Berikutan itu, mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang. Mangsa menuruti kehendak suspek dan menyedari ditipu selepas melakukan transaksi ketiga berjumlah RM380,000," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Rodwan, hasil laporan mangsa, polis berjaya mengesan suspek menerusi akaun transaksi terbabit sehingga membawa kepada penahanan dua lelaki Nigeria itu, masing-masing berusia 26 dan 39 tahun di Serdang dan Seri Kembangan, Isnin lalu.

Katanya, siasatan mendapati salah seorang suspek ialah pelajar sebuah kolej swasta, manakala rakannya merupakan pelancong.

"Turut ditahan ialah seorang wanita tempatan yang juga isteri kepada salah seorang suspek. Dia turut menjadi dalang dan wanita beranak satu itu juga adalah pemilik sebenar akaun bank terbabit.

"Hasil serbuan di dua buah rumah itu, polis menemui sejumlah barang kemas bernilai hampir RM100,000, peralatan komputer, buku cek, kad kredit serta kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Selain itu, beberapa alat telekomunikasi dan wang tunai berjumlah AS$15,000 (RM45,458) dan RM14,000," katanya.

Mohd. Rodwan memberitahu, berikutan penipuan yang dilakukan, suspek telah membuka sebuah perniagaan menyewa kereta mewah di Serdang.

"Oleh itu, kita telah merampas empat buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM400,000," katanya sambil memberitahu sedang menyiasat lebih lanjut penipuan itu termasuk kemungkinan turut melibatkan warga tempatan.

Mohd. Rodwan mengingatkan warga tempatan supaya berhati-hati berkawan dengan warga asing dan tidak sewenang-wenangnya membuka akaun bank jika diminta sesiapa untuk membantu perniagaan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan