Jumaat, 20 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Firma multinasional AS berminat

Posted:

Firma multinasional AS berminat

Firma multinasional AS berminat

Oleh Zaini Hassan


NAJIB Tun Razak menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani dan Naib Presiden yang juga Pengurus Besar Global Sales Ge Aviation, Kevin McAllister bertukar dokumen pembelian enjin kapal terbang CF6-80E1 antara Ge Aviation dan AirAsia X selepas majlis menandatangani kontrak tersebut di New York, semalam. Turut hadir Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz. – BERNAMA


NEW YORK 19 Mei – Invest Malaysia New York 2011 yang berlangsung di sini berjaya menarik beberapa firma multinasional Amerika Syarikat (AS) untuk melabur antara RM5 bilion dan RM6 bilion di Malaysia dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaburan berkenaan akan melibatkan sektor elektronik lanjutan, tenaga yang boleh diperbaharui, minyak dan gas, teknologi maklumat dan komunikasi, penjagaan kesihatan, farmaseutikal serta perkhidmatan.

Malah, kata beliau berkata, Motorola yang telah beroperasi di Malaysia sejak 37 tahun lepas dengan 7,000 pekerja, akan melabur kira-kira RM4 bilion bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Global di kilangnya di Pulau Pinang bagi menyediakan sokongan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik.

"Ini merupakan satu pencapaian besar... mereka berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kerajaan Persekutuan. Mereka kini terlibat dalam sistem teknikal untuk Polis Diraja Malaysia," kata beliau kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja untuk menarik pelaburan di kota raya ini.

Menurut Najib, beliau juga berjumpa dengan beberapa syarikat multinasional dalam bidang teknologi tinggi dan mereka memberi jaminan membuka peluang kerja kepada 2,000 pekerja berkemahiran tinggi.

''Nilai perniagaan ialah RM1 bilion dan ia akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Ia dalam proses kelulusan. Saya boleh nyatakan secara umum yang pelaburan itu sudah diluluskan pada prinsipnya," katanya.

Dalam rangka kerja beliau hari ini, Najib turut mengadakan pertemuan meja bulat dan makan tengah hari yang dihoskan oleh Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan Majlis Perniagaan Amerika-ASEAN.

Nama besar dalam syarikat Amerika yang hadir terdiri daripada Conoco Phillips, Coca-Cola, ACE, Pfizer, Oracle dan Motorola.

''Semua mereka menyatakan rasa amat berpuas hati kerana mencatat pertumbuhan dua digit di Malaysia,'' katanya.

Beliau berkata, pelaburan AS di Malaysia pada masa ini dalam bidang pengeluaran dan perkhidmatan adalah sekitar AS$40 bilion.

Pelaburan luar terbesar di Malaysia pada 2010 membabitkan 47 projek yang dilulus membabitkan modal pelaburan sebanyak AS$3.8 bilion berbanding AS$686 juta pada 2009.

''Ia melonjak melebihi 400 peratus," kata Najib.

Malaysia merupakan rakan dagangan ke-4 terbesar bagi Amerika Syarikat dengan jumlah perdagangan bernilai AS$36 bilion atau 10 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.

Selain itu, pelancong Amerika yang melawat Malaysia berjumlah 232,965 selain 1,500 keluarga terlibat dalam program Malaysia Rumah Keduaku.

Sebanyak 6,100 pelajar Malaysia sedang menuntut di negara ini dan sebanyak 158 pelajar Amerika menuntut di universiti awam dan swasta Malaysia.

Najib akan melawat Johns Hopkins University di Washington D.C esok. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelabur yakin kestabilan kerajaan - Najib

Posted:

Pelabur yakin kestabilan kerajaan - Najib

Pelabur yakin kestabilan kerajaan - Najib

NEW YORK 19 Mei - Rakyat diingat supaya memastikan kesinambungan kerajaan yang ada sekarang diteruskan bagi membolehkan program menjadikan penduduk Malaysia berpendapatan tinggi dan negara maju - yang amat dipuji oleh para pelabur di sini - tidak terencat dan dapat diteruskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keyakinan para pelabur di sini hasil kempen Invest Malaysia (Labur Malaysia) di kota raya ini adalah berdasarkan kepada kestabilan dan kesinambungan pemerintahan yang ada.

Oleh itu, katanya: ''Kalau mahu mencapai Wawasan 2020 dengan merealisasikan modal baru ekonomi, maka mereka (rakyat) mesti yakin dengan kerajaan yang boleh memenuhi jangkaan mereka.

''Sebab itu kesinambungan dari segi pemerintahan amat penting supaya tidak terencat oleh kerana bertukar (kerajaan) nanti," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan kerjanya yang amat berjaya di kota raya yang menempatkan pengurus dana berpengaruh dunia ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Jalilah Baba serta Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Ditanya apakah kesan langsung kepada rakyat untuk kempen pelaburan di sini, Najib berkata, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, negara memerlukan pelaburan.

''Tanpa pelaburan kita akan jauh lebih rendah dan tidak dapat menjadi negara maju dan rakyat tidak dapat menambah kekayaan dan pendapatan lebih tinggi.

''Kedua, kita memerlukan teknologi jika kita tidak dapat kemasukan teknologi baru, maka kita tidak dapat bersaing dengan negara lain dan ketiga, kita perlu memberi pekerjaan kepada rakyat kita. Kita mempunyai 20 buah IPTA dan banyak lagi IPTS serta mereka yang belajar di universiti terbaik di luar negara yang apabila mereka keluarkan kelak mereka perlu diberi pekerjaan," katanya.

Kata Perdana Menteri, sasaran pelaburan yang dicari itu adalah untuk tahun 2020 bagi menyediakan negara ke arah negara maju.

''Kempen pelaburan ini akan berjalan secara berterusan, jika kita buat hari ini kita tak boleh menjangka mendapat hasilnya esok, jika tak mula sekarang mungkin setahun atau dua tahun lagi pun tak dapat apa-apa," jelas beliau.

Menurut Najib, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian hasil progam hari pelaburan Malaysia dengan kerjasama Pasaran Saham New York (NYSE) ini.

Ditanya langkah yang diambil bagi membolehkan pelaburan terus masuk ke Malaysia, Najib berkata, agensi kerajaan perlu meluluskan permohonan kemasukan itu dengan segera.

''Sebabnya mereka memaklumkan kepada saya mereka juga terpaksa menghadapi tekanan daripada negara lain supaya syarikat mereka buat pelaburan di sana - jadi jika Malaysia lambat buat keputusan kita akan hilang pelaburan.

''Selain itu, pihak swasta yang mahu berkongsi dengan firma ini harus boleh dipercayai supaya tahap keyakinan mereka kepada kita tidak terjejas," katanya.

Tambah Najib, para pelabur di sini melihat pasaran Malaysia amat positif hasil daripada perancangan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan.

''Mereka gembira melihat langkah kita mencairkan dua buah anak syarikat Petronas serta beberapa penyenaraian, mereka juga juga ingin melihat jika ada masalah kita boleh selesaikan secepat mungkin - termasuk mengenai penswastaan air negeri Selangor dan sebagainya.

''Rata-rata yang saya jumpa, mereka cukup teruja dengan hala tuju kita yang baru - modal baru ekonomi (Pelan Transformasi Ekonomi) - mereka kata hala tuju kerajaan amat tepat dan ingin jadi rakan kongsi Malaysia kerana dasar-dasar kerajaan yang menarik perhatian mereka.

Dalam kunjungan Najib di sini, beliau juga telah bertemu dengan tokoh usahawan tersohor Amerika, Steve Forbes.

Seramai 119 orang mengambil bahagian dalam pertemuan itu dan Forbes memberi kesanggupan untuk mengadakan Persidangan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Forbes kali kedua di Kuala Lumpur pada September ini.

''Ini menunjukkan usaha untuk membuat hubungan networking dengan korporat Amerika membantu kita untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan," katanya. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berharap lebih ramai sukarelawan AS ke Malaysia - PM

Posted:

Berharap lebih ramai sukarelawan AS ke Malaysia - PM

Berharap lebih ramai sukarelawan AS ke Malaysia - PM

NEW YORK Mei 19 - Malaysia meminta Amerika Syarikat (AS) menghidupkan semula Program Sukarelawan Amerika Syarikat (American Peace Corps) dan berharap lebih banyak sukarelawan itu dibawa masuk ke tanah air bagi melatih rakyat dalam pelbagai bidang, terutamanya bahasa Inggeris.

Setakat ini, AS bersetuju menghantar kumpulan pertama 30 sukarelawan ke Malaysia tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan AS telah mengambil tindakan untuk melaksanakan program itu di bawah program pertukaran pelajar Fulbright untuk mengajar bahasa Inggeris di kawasan luar bandar.

Bercakap kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja beliau selama tiga hari di sini, Najib berkata, Duta Besar AS ke Malaysia, Paul Jones memberitahu beliau bahawa program itu telah dihidupkan semula dan perancangan sedang dijalankan untuk melaksanakannya tahun ini.

"Mereka akan memulakannya dengan 30... tetapi saya juga meminta mereka untuk menghantar lebih ramai, jika boleh 100 atau 200, sebab sekolah-sekolah kita di luar bandar banyak," katanya.

Program American Peace Corps diwujudkan bertujuan membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masyarakat ASEAN.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyediakan bantuan teknikal, membantu rakyat di luar AS memahami budaya negara itu dan membantu rakyat negara tersebut memahami budaya negara lain. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan