Khamis, 5 Mei 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Orang surau’ dibunuh kejam

Posted: 04 May 2011 01:15 PM PDT

BENTONG: Sepasang warga emas mati dibunuh secara kejam apabila suami ditemui berlumuran darah berhampiran tandas rumahnya dengan kesan tikaman di perut dan dada manakala isterinya terlentang di tepi katil dalam keadaan leher dikelar.

Mayat Mohammad Yusof@Abdul Rashid Samah, 71, dan Timah@Fatimah Pachu, 68, ditemui di rumah mereka di Kampung Gementi, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam oleh jiran yang kemudian membuat laporan polis. Terdahulu jiran terbabit terdengar jeritan dan pergelutan di rumah mangsa.

Ketika kejadian, hanya pasangan warga emas itu berada dalam rumah kerana empat anak mereka tinggal berasingan, termasuk di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisisoner T Narenasegaran, berkata sejurus polis tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua mangsa ditemui berasingan di bilik tidur tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka.


Menurutnya, polis percaya pembunuhan pasangan itu bukan bermotifkan samun kerana barangan berharga mangsa tidak dicuri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Penjara’ OKU

Posted: 04 May 2011 01:12 PM PDT

IPOH: Sebuah premis dua tingkat di Jalan Lapangan Siber 2, Bandar Siber, Taman Botani ibarat penjara bagi 20 orang kurang upaya (OKU) apabila dibiarkan dalam keadaan tidak terurus dan terbiar.

Premis itu tidak berdaftar sebagai pusat jagaan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun 20 OKU berusia antara 18 hingga 60 tahun ditempatkan di situ.


Nasib malang OKU yang menghuni pusat jagaan haram itu dikesan selepas sepasukan kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta melakukan serbuan pada jam 9 pagi 26 April lalu hasil maklumat orang awam.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Chong Phaik Kee berkata, dalam serbuan itu pihaknya menemui penghuni OKU bergelimpangan dalam bangunan yang tidak mempunyai kelengkapan dan peralatan kediaman selesa.


Lebih mengejutkan, OKU berkenaan juga tidak menerima sebarang rawatan dan terapi sepanjang berada dalam premis berkenaan memandangkan tiada sebarang peralatan terapi ditemui di dalam premis itu.


"Malah, kebanyakan mereka mengalami masalah kesihatan termasuk kecacatan akal dan spastik yang memerlukan rawatan rapi, selain kesukaran bergerak.

"Ketika serbuan dilakukan, premis itu dilengkapi 21 tilam, empat tikar, enam kerusi bersandar, dua mesin basuh dan sebuah meja makan serta diuruskan dua penjaga," katanya.


Beliau berkata, pihaknya mendapati premis berkenaan tiada papan tanda dan pada mulanya, cubaan memasukinya gagal kerana penjaga tidak memberi kerjasama menyebabkan pegawainya memanjat menerusi premis sebelah.

"Kami mendapati, 20 OKU itu ditempatkan di tingkat atas dengan beberapa kelengkapan asas seperti tilam dan kerusi bersandar.


"Ketika serbuan, kami menemui dua lelaki dipercayai penjaga pusat jagaan haram itu, masing-masing berusia 35 tahun dan 60 tahun," katanya.


Chong berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku kerana pusat jagaan tidak sepatutnya beroperasi di kedai dua tingkat itu atas sebab keselamatan dan kecemasan.


Menurutnya, rumah kedai tidak sesuai dijadikan pusat jagaan kerana ia tidak memenuhi spesifikasi keselamatan ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).


Menurutnya, tiada sebarang aktiviti pemulihan dan terapi di pusat jagaan haram itu sebaliknya OKU berkenaan terbiar tanpa jagaan sempurna.


"Semua OKU di pusat jagaan haram itu ditempatkan sementara di beberapa pusat jagaan berdaftar di daerah ini, termasuk di Bangunan Persatuan Hock Kean yang lebih lengkap dengan pelbagai kemudahan," katanya.


Kata Chong, pihaknya menutup pusat jagaan tidak berdaftar itu dan membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat.


"Kami sedang dalam proses menempatkan OKU berkenaan di pusat jagaan berdaftar termasuk di Rumah Kanak-Kanak Cacat Setia dan Yayasan Latihan Insan Istimewa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan