Isnin, 16 Mei 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


4 beranak bagai dirasuk setan

Posted: 15 May 2011 10:39 AM PDT

JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi 'syaitan' apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.


"Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Melambung 10 meter

Posted: 15 May 2011 10:38 AM PDT

TAHAN...lelaki rempuh pelajar tahun lima ditahan.
TAHAN...lelaki rempuh pelajar tahun lima ditahan.

KUALA TERENGGANU: "Biarlah Mat Rempit itu dikenakan hukuman setimpal, seboleh-bolehnya hukuman sebat, tak pun dipenjara," kata Azni Arif, 44, yang geram dengan tindakan seorang Mat Rempit merempuh anaknya dalam kejadian di Kampung Seberang Baruh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Fakri Azni, 11, patah tulang belakang, retak tempurung kepala, menerima tujuh jahitan di kepala, luka di tangan dan badan akibat dirempuh mat rempit terbabit yang cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya polis dipercayai kerana tidak mempunyai lesen memandu.


Ahmad Fakri yang ketika itu bermain basikal di hadapan rumah dikatakan melambung sejauh 10 meter selepas dirempuh Mat Rempit berkenaan yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5.

Kejadian itu turut disaksikan Azni yang berada tidak jauh dari tempat kejadian dan dia meluru mendapatkan anaknya sebelum mengejarkannya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, di mana pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga berkenaan menerima rawatan di unit kecemasan selama lima jam.


"Sebagai ayah, saya kesal dengan kejadian ini kerana ia bukan saja boleh berlaku kepada anak saya, tetapi juga anak orang lain juga," katanya.


Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Che Khazahari Amat berkata, mat rempit berusia 18 tahun berasal dari Kampung Tok Imam Lapar, Kuala Telemong melarikan diri daripada sekatan polis di Simpang Empat Tok Ku, di sini dengan melawan arus serta menunggang secara berbahaya.

"Motosikal yang ditunggang suspek dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh pelajar berkenaan sambil disaksikan bapa mangsa yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.


"Pelajar terbabit melambung sejauh 10 meter akibat rempuhan itu dan Mat Rempit berkenaan yang cuba melarikan diri berjaya ditahan orang ramai yang kebetulan berada di situ," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan