Rabu, 4 Mei 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Mohon saman fitnah Anwar dibatalkan

Posted:

Mohon saman fitnah Anwar dibatalkan

Mohon saman fitnah Anwar dibatalkan

KUALA LUMPUR 4 Mei – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan saman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya atas dakwaan memfitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai kira-kira tiga tahun lalu sebagai tindakan yang remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Sehubungan itu Khairy yang diwakili peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memfailkan permohonan pada 21 Februari lalu supaya saman Ketua Pembangkang itu dibatalkan.

Permohonan itu juga dikemukakan oleh Khairy atas alasan dirinya mempunyai perlindungan bersyarat memandangkan beliau pada masa itu merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO yang memiliki tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial kepada orang awam serta masyarakat Melayu.

Selain itu Khairy menyatakan, beliau berjaya menunjukkan kewajaran pembelaan kerana Anwar didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar (bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan sabitan tersebut disahkan oleh Mahkamah Rayuan walaupun rayuan pemimpin pembangkang itu dibenarkan oleh majoriti hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada prosiding hari ini di Mahkamah Tinggi di sini, Peguam Sarah Abishegam hadir bagi pihak peguam utama mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah.

Sarah ketika ditemui pemberita memberitahu, Timbalan Pendaftar, Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan 16 Jun depan bagi pengurusan kes untuk kedua-dua pihak mengemukakan afidavit berkaitan.

Anwar selaku plaintif memfailkan saman terhadap Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO pada 7 Mac 2008 kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008.

Ekoran ceramah tersebut, plaintif mendakwa defendan telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan satu rakaman klip video dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com. yang menerbitkan sebuah artikel bertajuk Anwar and kin no threat yang didakwa mengandungi kata-kata fitnah.

Plaintif mendakwa kata-kata tersebut menyinggung dan merupakan fitnah dengan niat memperkecilkan dirinya sebagai bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri, menuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi selain faedah lapan peratus serta kos.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Hakim tinggalkan seketika kuorum bersidang’

Posted:

'Hakim tinggalkan seketika kuorum bersidang'

'Hakim tinggalkan seketika kuorum bersidang'

PUTRAJAYA 4 Mei – Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff didakwa meninggalkan seketika kuorum bersidang sewaktu mendengar permohonan kebenaran merayu oleh peguam terkemuka, Gurbachan Singh berhubung pemilikan tanah bernilai hampir RM80 juta.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Gurbachan berhujah, perbuatan beliau meninggalkan panel tersebut selama kira-kira lapan minit sebelum kembali mempengerusikannya, melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau berhujah, akta berkenaan menyatakan, kuorum tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang itu perlu sentiasa dihadiri oleh kesemua ahli panel sepanjang prosiding berlangsung.

Sehubungan itu, Malik Imtiaz menghujahkan, tindakan Hakim Alauddin yang meninggalkan kuorum walaupun hanya sekali telah menyebabkan ketidakadilan terhadap anak guamnya.

Beliau berhujah ketika memohon agar Mahkamah Persekutuan hari ini menyemak keputusan panel tersebut yang menolak permohonan Gurbachan dan empat pihak lagi untuk mendapatkan kebenaran merayu.

Ekoran kegagalan mendapatkan kebenaran merayu, seramai 217 pekerja estet yang merupakan anak guam Gurbachan diisytiharkan sebagai pemilik yang sah terhadap sebidang tanah seluas 1,472 hektar di Hutan Melintang, Perak.

Pemilik tanah terdiri daripada P. Vellasamy dan 216 yang lain menamakan Gurbachan, Tetuan Bachan & Kartar, Simpang Empat Plantations, Regal Establishment Sdn. Bhd. dan MBf Finance Berhad selaku responden-responden.

Sementara itu, peguam D.P.Vijandran yang mewakili pekerja-pekerja estet tersebut berhujah, ketidakhadiran Hakim Alauddin selama beberapa minit tidak menyebabkan prejudis kepada mana-mana pihak kerana kuorum itu mendengar keseluruhan prosiding sebelum membuat keputusan.

Menurut beliau, kejadian hakim itu meninggalkan sidang boleh diragui ekoran tindakan dua peguam memfailkan afidavit menafikan kejadian itu manakala dua lagi memfailkan kenyataan bersumpah bahawa mereka tidak mengingatinya.

Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang bersidang bersama Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Datuk Seri Md. Raus Shariff menetapkan tempoh dua bulan bagi pengurusan kes.

Beliau menangguhkan pendengaran hari ini selepas dimaklumkan bahawa polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Gurbachan terhadap keempat-empat peguam tersebut serta seorang penduduk yang turut menafikan tindakan Hakim Alauddin meninggalkan kuorum bersidang.

Mahkamah turut diberitahu, Gurbachan dan empat yang lain akan memfailkan tindakan prosiding menghina mahkamah terhadap kelima-lima pihak tersebut.

Pada 1 Disember 2009, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 mengarahkan Gurbachan menyerahkan semula tanah itu yang dibelinya dengan harga jutaan ringgit setelah membenarkan rayuan pemilik-pemiliknya.

Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada 1995 yang menolak saman mereka agar proses jual beli tanah itu diisytiharkan batal dan tidak sah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan