Rabu, 4 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


20 rumah rosak dilanda ribut

Posted:

20 rumah rosak dilanda ribut

20 rumah rosak dilanda ribut

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


Penduduk Kampung Paya Sok bergotong-royong menebang pokok yang tumbang hingga menghalang lalu-lintas di jalan utama ke kampung itu setelah dipukul ribut, kelmarin. - utusan/Musazlila Mustapar


KUALA KRAU 4 Mei - Sebanyak 20 buah rumah rosak termasuk tiga daripadanya dihempap pokok dalam kejadian ribut di Kampung Paya Sok, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, atap balai raya dan kuarters klinik kesihatan turut diterbangkan angin kencang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian selama 10 minit itu.

Seorang mangsa, Noor Atikah Shaarani, 26, memberitahu, ketika kejadian dia tinggal bersama tiga anaknya yang masih kecil manakala suaminya sedang bekerja.

Katanya, dia dan anak-anaknya ketakutan apabila atap rumahnya diterbangkan angin kencang.

"Kami empat beranak ketika itu duduk di ruang tamu dan secara tiba-tiba atap diterbangkan angin. Saya terus menyelamatkan tiga anak saya dan duduk di dapur," katanya.

Seorang lagi mangsa, Ariffin Mat, 82, berkata, ketika kejadian, dia tidak sedar rumahnya dihempap sebatang pokok rambai.

Selepas angin kencang dan hujan berhenti, dia masuk ke ruang tamu dan melihat atap rumahnya itu rosak teruk.

"Saya keluar melihat apa yang berlaku di bahagian atap dan saya terkejut melihat pokok rambai sebesar dua pemeluk di tepi rumah tumbang.

"Saya bersyukur kerana rumah saya tidak ranap dan saya selamat dalam kejadian itu. Ketika kejadian saya ada bersama empat orang ahli keluarga saya. Memang kami tidak sedar rumah dihempap pokok," katanya.

Nasib malang mangsa terbabit mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar yang melawat tempat kejadian hari ini.

Turut hadir, Penghulu Mukim Jenderak 1, Zainal Azman Bidin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaaba dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohamad Yusof Mat.

Ismail ketika ditemui berkata, pihaknya menganggarkan kerugian sebanyak RM100,000 apabila banyak barangan penduduk rosak dalam kejadian itu.

''Kita bersimpati dengan apa yang berlaku dan harap mangsa dapat menerima kejadian ini dengan hati terbuka kerana ini adalah ujian.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang tampil menghulurkan bantuan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya.

Mohamed pula berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan segera menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meringankan beban mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

60 mangsa ribut di Kg. Baru Gambang dibantu

Posted:

60 mangsa ribut di Kg. Baru Gambang dibantu

60 mangsa ribut di Kg. Baru Gambang dibantu


Suhaimi Jusoh (kanan) melawat rumah mangsa ribut di Gambang, Kuantan, Pahang, semalam.


KUANTAN 4 Mei - Kerajaan akan menyalurkan bantuan segera kepada seramai 60 mangsa ribut di Kampung Baru Gambang dekat sini semalam dalam usaha mengurangkan beban yang mereka hadapi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Sohaimi Jusoh berkata, bantuan bakal diberikan berdasarkan nilai kerosakan dan setiap mangsa diminta memberikan maklumat tepat mengenai kerugian akibat kejadian itu.

"Kita mengambil tindakan segera untuk memberi bantuan kepada mangsa ribut sebaik sahaja menerima laporan daripada wakil penduduk mengenai kejadian itu.

"Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut terlibat menyelenggara kembali jalan raya dan rumah yang rosak selain bantuan daripada 10 anggota tentera," katanya ketika ditemui ketika melakukan tinjauan di kampung itu, semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, beberapa rumah rosak di bahagian bumbung selepas diterbangkan angin kencang manakala dua lagi rumah ditimpa pokok.

Sementara itu, seorang pemilik rumah, Yan King Wan, 68, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada penyewa rumahnya kira-kira pukul 4 petang yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, dia tidak menyangka dahan pokok durian yang ditanam kira-kira 30 tahun lalu menimpa rumahnya tetapi bersyukur kerana penyewanya tidak mengalami kecederaan.

"Saya bergegas ke rumah itu sebaik sahaja menerima panggilan daripada penyewa dan terkejut melihat dahan pokok durian tersebut menghempap bumbung bilik," katanya yang tinggal di bandar ini.

King Wan memberitahu, kejadian ribut tersebut merupakan kali pertama terjadi di kawasan itu dan bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tak larang lombong bijih besi

Posted:

Tak larang lombong bijih besi

Tak larang lombong bijih besi

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 4 Mei - Kerajaan negeri akan mewujudkan garis panduan kepada pelombong berikutan menerima banyak permohonan untuk menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk menyiapkan garis panduan tersebut.

"Garis panduan ini diwujudkan berikutan permohonan melombong bijih besi di Pahang kini mencecah 3,000 permohonan sejak 2007.

"Sebelum ini, bijih besi tidak laku tetapi kini ia sangat berharga dan selepas 2007, permintaannya semakin menjadi-jadi. Kita tidak larang untuk orang memohon tetapi perlu ada satu garis panduan," katanya selepas menerima kunjungan Presiden Universiti Yarmouk, Jordan, Prof. Dr. Sutan Abu Orabi di Yayasan Pahang di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Adnan berkata, pihaknya tidak boleh memberi kelulusan kepada semua permohonan tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada alam sekitar.

Sebelum ini, ujar beliau, tiada syarat khusus untuk memohon melombong bijih besi dan sesiapa sahaja boleh berbuat demikian.

"Hasil daripada perlombongan bijih besi, kerajaan negeri mendapat royalti sebanyak RM4 juta pada tahun lalu manakala pada empat bulan pertama tahun ini sebanyak RM5.5 juta royalti diperoleh.

"Ini jelas menunjukkan sektor perlombongan bijih besi semakin meningkat dan perlu ada satu garis panduan untuk kegiatan itu," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan