Khamis, 19 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Banjir kilat landa 300 buah rumah

Posted:

Banjir kilat landa 300 buah rumah

Banjir kilat landa 300 buah rumah

JOHOR BAHRU 18 Mei - Lebih 1,000 penduduk di Taman Damai Jaya, Skudai dekat sini panik apabila rumah mereka tiba-tiba dinaiki air sehingga paras lutut ekoran banjir kilat yang berlaku petang ini.

Banjir itu melibatkan lebih 300 buah rumah bermula dari Jalan Makmor 18 hingga 24 di taman tersebut berlaku ekoran hujan lebat yang turun bermula sejak pukul 3.30 hingga 5.30 petang.

Keadaan air naik yang berlaku dengan pantas dan surut dalam masa setengah jam itu menyebabkan rata-rata penduduk kawasan rumah teres dua tingkat tidak sempat menyelamatkan barangan mereka.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian apabila beliau sendiri dengan segera turun untuk melawat kawasan tersebut selain mengambil langkah yang perlu.

Beliau yang diiringi Ahli Majlis Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Tambi Omar Latip juga telah mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Seorang suri rumah, Latifah Ramli, 44, berkata, semasa kejadian berlaku dia bersama lima orang anaknya sedang berehat di rumah dan mereka hanya menyedari mengenai insiden itu selepas terdengar jiran menjerit.

"Kami semua panik apabila melihat air sudah mula memasuki kawasan dalam rumah. Kami kemudian cepat-cepat cuba selamatkan beberapa barangan sebelum rumah terus dinaiki air," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengalaman sama turut dirasai jirannya Shamsiah Mior Shahudin, 50, yang ketika itu berada di rumah bersama seorang cucunya yang masih kecil sekali gus tidak banyak barang yang mampu diselamatkan.

"Biarpun ini bukan kali pertama banjir seumpama ini berlaku, namun seingat saya kejadian ini yang paling teruk pernah kami semua alami sejak menetap di sini sejak sekian lama," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

jangan gentar

Posted:

<i>Utusan Malaysia</i> jangan gentar

Utusan Malaysia jangan gentar

PUTRAJAYA 18 Mei – Akhbar Utusan Malaysia digesa tidak gentar dengan tekanan daripada pihak luar untuk terus mendedahkan laporan-laporan yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, perjuangan mesti diteruskan tanpa menghiraukan ancaman pemulauan, sindiran dan bermacam-macam usaha lagi yang mahu menjatuhkan akhbar pemangkin fikiran rakyat itu.

"Sejak kebelakangan ini terutamanya pihak pembangkang menggesa rakyat memboikot Utusan Malaysia yang kononnya menyiarkan berita berbaur fitnah dan penulisan bersifat rasis.

"Sebenarnya terpulang kepada rakyat untuk menilai kebenaran sesuatu laporan dan tidak perlu ada desakan daripada pihak tertentu memulaukan sesebuah akhbar," katanya di sini hari ini.

Ditanya mengenai rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur, Jumaat ini yang kononnya bertujuan menolak politik fitnah Utusan Malaysia, Mohd. Jurit berkata, perkara itu tidak matang dan bersifat kebudak-budakan.

"Tindakan AMK yang selalu melakukan demonstrasi dan sering menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat ternyata tidak boleh diterima pakai di negara ini, lebih baik mereka pergi menyarung baju merah membuat demonstrasi jenis itu di Thailand.

"Adakah mereka tidak sedar langkah mengadakan demonstrasi itu sendiri menunjukkan mereka yang sebenarnya tidak menghormati kebebasan akhbar yang sering dilaung-laungkan itu," katanya.

Beliau turut menggesa pihak yang selalu memburukkan Utusan Malaysia supaya berhenti daripada berbuat demikian kerana ia merupakan perbuatan sia-sia malah amat merugikan agama dan bangsa.

Menurutnya, Utusan Malaysia merupakan satu-satunya akhbar di negara ini yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu secara konsisten walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak.

"Mereka yang berbuat demikian tidak tahu bahawa banyak maklumat berguna yang dilaporkan akhbar ini dari sudut ekonomi, agama dan hal ehwal semasa yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semua perlu pertahankan Perlembagaan Negara

Posted:

Semua perlu pertahankan Perlembagaan Negara

Semua perlu pertahankan Perlembagaan Negara

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mei – Semua pemimpin dan tokoh agama selain daripada Islam perlu mendisiplinkan penganut ajaran masing-masing supaya menghormati dan mempertahankan Perlembagaan Negara.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, ini kerana setiap agama termasuk Islam menyeru penganutnya supaya menyokong keamanan dan tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan agama dan kaum.

Menurutnya, setiap penganut agama yang berdisiplin tidak sesekali akan mempertikaikan Perlembagaan Negara kerana mereka mengamalkan sifat syukur, sabar, perbincangan (musyawarah), hormat dan tidak beremosi.

"Justeru itu, setiap tokoh agama perlu memainkan peranan dan memberi fahaman yang betul kepada penganut masing-masing melalui disiplin yang diamalkan sesuatu agama.

"Ini dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW yang mendisiplinkan penduduk Madinah yang turut menganuti agama lain selain Islam pada ketika itu supaya duduk bersama mempertahankan Madinah menerusi Piagam Madinah yang menjadi perlembagaan negara Islam Madinah pada ketika itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang mengingatkan rakyat supaya tidak mempertikai atau mempersoalkan isu agama dan kontrak sosial kerana ia merupakan asas utama pembentukan negara.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohd Yusoff Hussein berkata, tindakan mempertikaikan kontrak sosial dan isu agama hanya akan mengundang kekecohan dan perpecahan di kalangan rakyat.

Ujar beliau, ingatan Tuanku Syed Sirajuddin itu bernas dan perlu difahami setiap lapisan rakyat sekiranya mereka mahu mengecapi keamanan dan membangunkan Malaysia secara terancang.

Katanya lagi, kerajaan dan media massa perlu memainkan peranan masing-masing sama ada menerusi sistem pendidikan dan pendedahan akan kepentingan memelihara Perlembagaan Negara.

"Ini kerana, rakyat khasnya generasi muda masih tidak didedahkan kepada perjuangan pahit mereka yang memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara sehingga mengetepikan perkara penting yang menjadi asas kepada pembentukan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan