Berita Harian: Mutakhir |
Lesen 3 pengangkut barang bersubsidi ditarik Posted: 05 May 2011 03:22 AM PDT Mutakhir MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menarik balik lesen tiga pengangkut untuk menghantar barang di bawah Skim Penyelarasan Harga di Sarawak kerana membuat tuntutan palsu, kata Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe.Beliau berkata, kes pengangkut itu juga dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka membuat tuntutan menghantar barang tersebut walaupun tugas itu tidak dilakukan. Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, katanya kementerian itu akan terus memantau semua pengangkut dan peniaga yang dilantik di bawah skim itu yang membabitkan bekalan gas petroleum cecair (LPG), petrol RON95 dan diesel serta beberapa jenis barang keperluan. "Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang kita beri peluang. Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekalipun," katanya.Setakat ini, kementerian itu melantik 115 pengangkut dan 2,442 peniaga di Sarawak untuk menghantar dan membekalkan bahan api dan barangan di kawasan luar bandar negeri ini di bawah skim berkenaan. Tan berkata, skim itu yang dilancarkan sejak 2009 untuk memastikan harga LPG, bahan api dan barangan keperluan harian di luar bandar sama dengan di bandar. Bagi tahun ini, beliau berkata kementerian itu memperuntukkan RM100 juta di bawah skim berkenaan di kawasan luar bandar Sarawak, di mana RM53 juta untuk bekalan petrol RON95 dan diesel, RM30 juta untuk barang keperluan dan RM17 juta bagi LPG.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Siasatan pembunuhan Ratna Sufizzah selesai Posted: 05 May 2011 03:04 AM PDT Mutakhir SUNGAI PETANI: Polis selesai menjalankan siasatan kes pembunuhan Ratna Sufizzah Riyyanti Omar, 23, di Alor Setar, Isnin lalu dan kes itu akan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang berusia dalam lingkungan 50an, menikam mangsa kerana dendam atau putus cinta. "Kita berpuas hati dengan proses siasatan yang dijalankan dan kes pembunuhan gadis berkenaan sudah selesai. Selepas ini Timbalan Pendakwa Raya akan membuat keputusan dan suspek yang ditahan reman selama seminggu akan dituduh tidak lama lagi," katanya selepas menutup perkhemahan dan sambutan Hari Kor Kadet Polis peringkat negeri di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am Tupah, Merbok, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian sekitar 11 malam Isnin lalu, Ratna Sufizzah Riyyanti, yang bekerja di sebuah kilang di Gurun, mati akibat ditikam beberapa kali di dada, perut dan tangan di sebuah rumah di Taman Mahkota, Jalan Stadium di Alor Setar. - BERNAMAFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan