Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 06 May 2011 03:04 PM PDT PORT DICKSON: Seorang lelaki menyelamatkan tiga mangsa lemas di Pantai 2 Telok Kemang, di sini, kelmarin, menemui ajal sejurus memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) kepada seorang mangsa. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Zulkifly Hamzah, 43, rebah sebaik selesai memberi bantuan pernafasan kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang lemas ketika mandi di kawasan itu.
"Zulkifly yang kebetulan membantu ibunya berniaga di kawasan pantai mendengar tiga murid lelaki menjerit meminta tolong dan terus terjun ke laut bagi menyelamatkan mereka.
Orang ramai yang melihat kejadian bergegas membawanya dan murid yang lemas itu ke Hospital Port Dickson (HPD), namun Zulkfily meninggal dunia dalam perjalanan ke HPD.
"Ketika itulah dia (Zulkifly) memberitahu kami, budak itu sudah tiada, namun selang beberapa lama kemudian ketika dia memberi CPR sekali lagi, budak lelaki itu terjaga dan Zulkifly pula rebah tidak sedarkan diri," katanya.
|
Posted: 06 May 2011 02:58 PM PDT PETALING JAYA: "Sepanjang lima tahun bertugas sebagai penyampai radio Hot FM, peluang menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah mimpi menjadi kenyataan dalam hidup saya. "Pada pemerhatian saya, Perdana Menteri seorang yang tenang, kelakar dan pandai mengambil hati pendengar ketika meluahkan pandangannya pada sesi temu bual yang julung kalinya," kata penyampai popular Hot FM, Fara Fauzana mengenai pengalamannya menemu bual Najib, dalam segmen AM Krew, semalam.
"Saya juga kagum kerana beliau tiba di studio seawal jam 7.15 pagi sebelum ke udara. Semua artis patut mencontohi beliau kerana jadualnya sebagai Perdana Menteri sangat ketat," katanya yang mengendalikan sesi temu bual itu bersama dua lagi penyampai Hot FM, Faizal Ismail dan Kieran.
"Saya akui ini memang idea gila, tapi saya ingin bertanding dengan idea bos saya yang juga Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio, Media Prima, Seelan Paul dengan mengundang Perdana Menteri ke konti Hot FM dan kalau gagal, saya harus memotong rambut, begitu juga sebaliknya. "Saya terus meluahkan hasrat menemu bual Perdana Menteri menerusi laman twitter, Real Fafau yang mempunyai seramai 45,000 peminat pada 27 April lalu iaitu 'DS Najib Razak, can you come to Hot FM please'. Saya juga meminta peminat di laman twitter menyokong idea ini ternyata mendapat maklum balas positif dari pihaknya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan