Berita Harian: Nasional |
Posted: 08 May 2011 04:06 PM PDT Nasional NAJIB bersama dari kiri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Presiden Filipina, Benigno Aquino pada sesi bergambar sebelum sidang BIMP-EAGA sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta, semalam. HASRAT melihat masyarakat Asia Tenggara lebih menyerlah di persada antarabangsa mendorong Datuk Seri Najib Razak menyuntik idea mewujudkan 1ASEAN sebagai gagasan untuk mengukuhkan jati diri penduduknya. Berucap pada Forum Kepemimpinan ASEAN kelapan bertemakan `Mengubah Wajah ASEAN – Laluan Ke Hadapan' di Nikko Hotel di sini, malam tadi, Perdana Menteri berkata, 1ASEAN boleh melahirkan semangat kesedaran ASEAN yang lebih tinggi di kalangan penduduknya, seperti gagasan 1Malaysia. "Bayangkan apabila kita memperkenalkan diri kepada seseorang dari United Kingdom atau Perancis dengan mengatakan kita dari ASEAN seperti mana mereka akan merujuk diri masing-masing sebagai warga Eropah."Saya bangga berasal dari Asia Tenggara dan saya mahu masyarakat rantau ini berkongsi kebanggaan itu. Saya mahu seluruh dunia tahu siapa kita," katanya. Forum anjuran Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (ASLI) yang dipengerusikan Aburizal Bakrie itu turut dihadiri Naib Presiden Indonesia, Boediono; Setiausaha Agung ASEAN, Dr Surin Pitsuwan dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Michael Yeoh. Najib berkata, ASEAN juga perlu terus memacu pertumbuhan ekonominya supaya lebih banyak peluang pelaburan memasuki rantau ini. "Silapnya ialah umum kerap menganggap transformasi sebagai melakukan perubahan drastik hingga menyebabkan nilai murni, perwatakan asal tersasar dari landasan. "Itu bukan caranya kerana transformasi sebenar ialah mengambil sesuatu yang baik dan menjadikannya lebih sempurna menerusi kepemimpinan, kebijaksanaan dan wawasan pemimpin terkemuka," katanya. Mengambil contoh pengurus pasukan bola sepak kegemarannya, Sir Alex Ferguson, memimpin Manchester United sejak lebih 24 tahun lalu, Perdana Menteri berkata, deretan kejayaan kelab tersohor itu bukan dicapai dengan berpeluk tubuh tetapi menerusi perubahan yang dilakukan seiring peredaran masa. Pendekatan itu, kata Najib, meletakkan Ferguson sebagai antara pengurus terbaik kalau pun bukan yang terbaik di dunia dan berharap hakikat itu menyebelahi Manchester United dalam perlawanan genting menentang Chelsea, lewat malam tadi. Kita juga mesti bersama dalam menangani cabaran seperti kesan krisis ekonomi global dan keganasan yang menjejaskan keamanan sejagat, selain cabaran melahirkan tenaga kerja mahir, meningkatkan taraf hidup dan pendapatan serta menjadi negara maju. Bantah cara tangkap nelayan kita JAKARTA: Malaysia semalam secara rasmi menyampaikan rasa tidak puas hatinya terhadap cara penangkapan enam nelayan Malaysia ditangani pihak berkuasa Indonesia. Ia disampaikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan empat mata mereka di hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-18. "Saya sudah sampaikan apa yang sepatutnya kepada beliau. Beliau memahaminya tetapi situasi ini agak kompleks. "Ada pihak lain yang mengambil tindakan di luar pengetahuan Presiden. Beliau (Susilo) memaklumkan belum mendapat maklumat penuh mengenainya dan menjanjikan keputusan sebaik-baiknya dalam hal ini," katanya. Mengulas keputusan pilihan raya umum Singapura, kelmarin, Najib berkata kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) membolehkan Malaysia dan negara jiran itu meneruskan kesinambungan terhadap segala perkara serta rundingan dipersetujui sebelum ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 08 May 2011 04:03 PM PDT Nasional HANIF (kanan) bersama ayahnya, Zolkeflee dan adiknya Hafiz membuat persediaan di laman twitternya sebelum memulakan sesi twitter dengan Perdana Menteri, malam ini. BUKIT BERUNTUNG: Penghidap kanser tulang tahap tiga, Hanif Zolkeflee, 13, tidak sabar menunggu jam 8 malam ini kerana ia bakal mencatat sejarah tersendiri dalam hidupnya, iaitu berpeluang berbual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Walaupun hanya menerusi Twitter dan bukan bersemuka dengan pemimpin negara itu, Hanif amat teruja dan sukar mempercayai impiannya itu akan menjadi kenyataan. "Semuanya bermula bagaikan tidak disangka. Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bermurah hati menghadiahkan sebuah komputer riba pada 21 April lalu yang amat saya ingini sejak disahkan menghidap kanser tulang pada 27 September tahun lalu."Saya menerima kejutan pula apabila dimaklumkan Perdana Menteri sudi berbual menerusi twitter selepas permohonan dikemukakan oleh Kamalanathan beberapa hari lalu," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Seri Anggerik 3, Bandar Bukit Sentosa dekat sini. Remaja itu akan ditemani bapanya, Zolkeflee Zakaria dan ibu Salisah Ibrahim, masing-masing 44 tahun dan adik, Hafiz, 10, berkunjung ke pejabat Kamalanathan dekat sini, untuk berhubung dengan Najib, bermula jam 8 malam secara langsung di laman twitter beliau selama 15 minit. Hanif menghidap kanser tulang kaki kiri apabila terjatuh dalam rumah ketika bermain di ruang tamu tahun lalu dan kini menjalani rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setiap bulan.
Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2 itu, berkata bapanya terpaksa mengurangkan kegiatan berniaga di pasar malam beberapa bulan lalu untuk memberi perhatian kepadanya. Sementara itu, Kamalanathan berkata, beliau mengetahui hasrat Hanif selepas ibu remaja itu memaklumkan keadaan anaknya yang sering bersendiri di bilik. "Hanif juga pernah meminta komputer daripada ibu bapanya, namun mereka tidak mampu kerana bapanya yang sebelum ini berniaga kecil-kecilan, jarang dapat berniaga kerana terpaksa menguruskan Hanif, manakala ibunya pula tidak bekerja.
Kamalanathan berkata, Hanif yang teruja dengan pemberian itu turut berkongsi kekagumannya terhadap Perdana Menteri. "Beliau asyik berkata, alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa Najib. Hanif terkilan kerana tidak dapat bertemu tokoh itu ketika beliau dan isteri melawat pesakit kanser tulang di PPUM akhir Mac lalu kerana pulang lebih awal," katanya. INFO Kanser Tulang |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan