Rabu, 12 Januari 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Dalami ilmu kepimpinan

Posted:

Dalami ilmu kepimpinan

Dalami ilmu kepimpinan

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 11 Jan. - Generasi muda terutama pelajar universiti mesti dilatih mengenai aspek kepimpinan bermula daripada peringkat pengajian tinggi untuk membolehkan mereka menjadi pemimpin pelapis negara masing-masing di rantau ASEAN.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, usaha untuk melatih golongan muda ini dapat membantu mereka mendekati ilmu kepimpinan serta memupuk semangat saling hormat menghormati hak negara jiran masing-masing kerana persefahaman akan membantu memakmurkan ASEAN.

"Masih banyak ruang yang boleh dipelajari oleh generasi muda bagi memantapkan hubungan dua hala antara negara-negara ASEAN dan usaha ini mesti diteruskan kerana semua pemimpin ASEAN sudah mencapai kata sepakat untuk melahirkan ASEAN sebagai satu komuniti menjelang 2015.

"Saya berharap platform latihan dan kem kepimpinan ini akan dapat membantu melahirkan pemimpin muda ini dalam merealisasikan hasrat murni pemimpin negara ASEAN terutama yang terbabit dalam Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT)," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kem Kepimpinan IMT-GT di UUM di sini baru-baru ini.

Seramai 150 peserta dari Universiti Thaksin dan Universiti Prince Songkhla dari Thailand serta Universitas Andalas dan Universiti Sumatera Utara mewakili Indonesia serta peserta tempatan menyertai kem kepimpinan ini.

Mustafa berkata, dengan slogan IMT-GT as one community, pelajar universiti tiga negara berkampung di UUM bagi mempelajari ilmu kepimpinan dan pengurusan bagi memantapkan diri mereka sebagai pemimpin pelapis.

"Mereka akan menggunakan platform ini untuk berkenalan dengan pemimpin pelajar universiti lain dan berkongsi pengalaman masing-masing," katanya.

Jelasnya, sememangnya kem itu dianjurkan untuk membolehkan semua pihak bekerjasama dan memberi sumbangan bagi mengukuhkan hubungan dengan negara-negara ASEAN.

"Jadi usaha ini akan berhasil, jika pemimpin muda ini dilatih untuk memahami perkara-perkara dan isu yang bukan sahaja berlaku dalam negara mereka tetapi apa yang berlaku di negara-negara ASEAN," katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Ar-Rahman yang juga pelajar Universiti Andalas, berpendapat, peluang yang diberikan serta ilmu yang diterima daripada kursus tersebut amat bermakna kepada dirinya sendiri serta mampu mengubah perspektif pemikirannya.

"Kami di sini mudah memahami dan menghormati rakan negara ASEAN lain dalam IMT-GT dan menganggap mereka sebagai sahabat baik terutama rakan dari Malaysia kerana mereka sangat mengalu-alukan kehadiran kami di sini.

"Walaupun riuh mengenai hubungan tidak baik antara Malaysia dan Indonesia ia tidak menjejaskan tumpuan kami kerana di sini ilmu kepimpinan banyak mengajar soal menghormati hak," katanya yang juga pelajar jurusan Farmasi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

USM, MBM bantu penulis buta

Posted:

USM, MBM bantu penulis buta

USM, MBM bantu penulis buta


S. KAMALA (dua dari kiri) menerima sumbangan daripada Majlis Belia Malaysia berupa kerusi roda dan komputer riba di USM, Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 11 Jan. - Walaupun meminati bidang penulisan dan pernah berkhidmat dengan sebuah majalah berbahasa Tamil di negeri ini selama 15 tahun, S. Kamala, 51, akhirnya terpaksa akur untuk meninggalkan dunia yang dicintainya itu.

Ia berikutan penyakit tekanan darah dalam mata yang dialaminya sehingga menyebabkan Kamala mengalami masalah penglihatan dan tidak dapat melihat sejak tiga tahun lalu.

Sejak itu, ibu kepada dua orang anak itu terpisah dari dunia luar yang pernah dilihatnya sebelum ini.

Malah sehingga sekarang, Kamala belum boleh membiasakan diri sepenuhnya untuk hidup dalam serba kegelapan.

Beban dan derita Kamala tidak terhenti begitu sahaja.

Ini kerana suaminya yang mengalami masalah darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung, kini terpaksa berulang-alik ke hospital setiap hari untuk mendapatkan rawatan.

Oleh itu, anak sulung kepada pasangan ini terpaksa berkorban, berhenti kerja sekali gus hilang punca pendapatan semata-mata untuk mengurus serta menjaga Kamala dan suami.

Kisah malang keluarga itu akhirnya mendapat perhatian daripada Universiti Sains Malaysia (USM) apatah lagi anak kedua Kamala, K. Kumanan, 22, merupakan salah seorang mahasiswa di universiti berkenaan.

Tidak sampai dua minggu, pihak USM mendapatkan kerjasama daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk memberi sumbangan berbentuk kerusi roda dan komputer riba bagi meringankan beban salah seorang penuntutnya itu.

"Saya bersyukur dan sangat gembira apabila mendapat bantuan seperti ini. Sejak hilang keupayaan melihat, saya hanya mendengar berita televisyen dan radio.

"Pergaulan saya dengan orang lain pula terbatas memandangkan saya tidak boleh melihat dan memerlukan bantuan untuk bergerak. Dengan adanya komputer riba ini, saya akan berlatih menggunakannya bagi membolehkan saya meneruskan minat dalam penulisan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Selain itu, Kamala yang juga pernah memenangi tempat ketiga Pertandingan Menulis Cerpen Pelbagai Kaum (Menara) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun 1988 berkata, ada juga pihak yang sudi membantunya untuk menjalani latihan tersebut termasuklah pergerakan bagi membolehkannya berdikari.

Sementara itu, anaknya, Kumanan berkata, ketika ini hanya ayahnya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 setiap bulan.

"Kami cuba memohon bantuan yang sama untuk ibu tahun lalu, tetapi pegawai JKM yang ditemui ketika itu memberitahu hanya seorang anggota keluarga yang boleh menerima bantuan tersebut.

"Kemudian, datang lagi seorang pegawai JKM memaklumkan bahawa kami boleh memohon bantuan untuk ibu dan menasihatkan kami membuat permohonan, tetapi sehingga sekarang masih tiada jawapan.

"Bagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MBM dan juga pihak universiti atas bantuan ini kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

500 pelajar kunjungi Hari Terbuka ACMS

Posted:

500 pelajar kunjungi Hari Terbuka ACMS

500 pelajar kunjungi Hari Terbuka ACMS


SEBAHAGIAN daripada ibu bapa dan pelajar mendengar taklimat mengenai bidang kerjaya sempena Hari Terbuka ACMS di Kepala Batas, baru-baru ini.


KEPALA BATAS 11 Jan. - Kira-kira 500 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menghadiri Hari Terbuka Allianze College of Medical Sciences (ACMS) di sini baru-baru ini.

Pada program tersebut, mereka berpeluang mendengar taklimat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dan kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian nanti.

Selain itu, mereka juga dapat melihat pameran yang disediakan berkaitan bidang perubatan dan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif ACMS, Datuk Dr. Zainuddin Md. Wazir berkata, pihaknya sedia melatih para remaja yang berminat untuk menjadikan bidang perubatan sebagai kerjaya mereka.

"Kami sedia untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang doktor atau jururawat terlatih dalam setiap keluarga.

"Kerjaya dalam bidang perubatan boleh menjadi satu keseronokan jika kita sendiri mempunyai minat mendalam selain gaji lumayan," katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Beliau berkata, pelajar baru boleh memilih sendiri kursus-kursus yang diminati di pusat pengajian itu.

"Kita mampu melatih hampir 10,000 pelajar termasuk dari luar negara sekiranya pelbagai perancangan berjaya, termasuk kewujudan Hospital ACMS tidak lama lagi," kata beliau.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan