Berita Harian: Mutakhir |
Khir pulangkan sementara pingat Datuk Seri Posted: 12 Jan 2011 02:52 AM PST [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk Seri. - BERNAMA |
3 sekolah di Sarawak ditutup, keadaan di Tumpat semakin pulih Posted: 12 Jan 2011 02:42 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda beberapa kawasan rendah di Sarawak mengakibatkan tiga buah sekolah di daerah Bau terpaksa ditutup hari ini manakala di Tumpat, Kelantan keadaan semakin pulih dengan hanya dua pusat penempatan mangsa banjir yang masih dibuka.Di Kuching, tiga buah sekolah ditutup hari ini berikutan jalan menuju ke sekolah terbabit ditenggelami air iaitu Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Bau, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Buso dan Sekolah Kebangsaan Buso, membabitkan 2,153 pelajar. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, sekolah berkenaan akan dibuka semula untuk sesi pembelajaran jika keadaan air surut. Dr Chan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan dan Bencana Negeri berkata setakat 12 tengah hari ini, 20 penduduk daripada enam keluarga masih berada di dua buah pusat pemindahan banjir di Kampung Pengkalan Baru dan Kampung Boyan Busor.Lima lagi pusat pemindahan banjir yang dibuka semalam telahpun ditutup dan 1,143 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini. Sementara itu, keadaan banjir di Tumpat pula semakin pulih petang ini apabila hanya dua pusat pemindahan yang masih dibuka membabitkan 584 mangsa berbanding 1,439 orang yang dilaporkan di sebelah pagi. Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri, Roslee Mamat berkata, 855 mangsa dibenarkan pulang secara berperingkat sejak pagi tadi dan sebuah pusat pemindahan telah ditutup petang ini.
Sehingga petang ini, beberapa kawasan rendah yang ditenggelami air di Tumpat semakin surut berikutan cuaca yang cerah dan panas berterusan sejak beberapa hari lalu. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan