Isnin, 3 Januari 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Gagal penuhi KPI akan ditukar

Posted:

Gagal penuhi KPI akan ditukar

Gagal penuhi KPI akan ditukar

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

LANGKAWI 2 Jan. – Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) akan digunakan mulai awal tahun ini bagi memantau hasil kerja setiap Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Kedah.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, bagi memenuhi KPI yang ditetapkan, setiap JKKKP perlu menghantar laporan mesyuarat setiap bulan, menyediakan profil kampung, menambah bilangan pendaftaran pengundi dan menyelesaikan masalah penduduk.

Katanya, tindakan itu bertujuan mempertingkatkan gerak kerja dan bagi memastikan setiap masalah rakyat dapat diselesaikan.

"Tambahan pula kerajaan telah menaikkan elaun setiap pengerusi daripada RM450 kepada RM800 sebulan serta menaikkan elaun kehadiran mesyuarat untuk setiap ahli jawatankuasa (AJK) daripada RM30 kepada RM50 setiap kali mesyuarat.

"Oleh itu Keda akan memantau prestasi mereka seperti yang ditetapkan dalam KPI," katanya selepas menyampaikan elaun kepada 86 pengerusi dan setiausaha JKKKP dalam Parlimen Langkawi, di sini, semalam.

Menurutnya, setiap hujung tahun Keda akan membuat penilaian prestasi terhadap semua 1,896 JKKKP di Kedah ini manakala bagi yang gagal memenuhi tahap ditetapkan maka Keda tidak akan teragak-agak menukar pengerusi dan setiausahanya.

Tambah Ahmad Bashah, bilangan yang mengadakan mesyuarat bulanan amat rendah iaitu hanya 30 peratus daripada kesemua JKKKP di negeri ini.

"Saya berharap, dengan pengenalan KPI itu bilangan yang mengadakan mesyuarat bulanan akan meningkat kepada 80 peratus pada tahun ini," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

433 murid miskin, anak Orang Asli terima peralatan sekolah

Posted:

433 murid miskin, anak Orang Asli terima peralatan sekolah

433 murid miskin, anak Orang Asli terima peralatan sekolah


TAN Lian Hoe (lima dari kiri, belakang sekali) bergambar bersama murid-murid sekolah rendah dari Gerik dan Pengkalan Hulu yang menerima bantuan persekolahan tajaan syarikat swasta di Gerik, kelmarin.


GERIK 2 Jan. - Sempena pembukaan sesi persekolahan seramai 433 murid sekolah rendah dari keluarga miskin dan anak Orang Asli di sekitar daerah ini dan Pengkalan Hulu menerima sumbangan peralatan sekolah tajaan syarikat Swan Malaysia Sdn. Bhd. dan Apple Lady, di sini, semalam.

Sumbangan berupa beg sekolah, botol air, pensel warna dan kasut itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Gerik, Datuk Tan Lian Hoe.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Lian Hoe menghargai sumbangan yang diberikan oleh kedua-dua syarikat itu dalam membantu murid-murid sekolah yang miskin.

Katanya, dua syarikat tersebut telah menyalurkan bantuan sebanyak RM40,000 bagi tujuan tersebut.

''Sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka.

''Pihak swasta turut memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak luar bandar mendapat pendidikan sempurna seperti kanak-kanak di bandar," katanya.

Lia Hoe yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap lebih banyak syarikat swasta tampil menghulurkan bantuan bagi membantu rakyat tidak berkemampuan.

''Masih ramai masyarakat luar yang kurang berkemampuan memerlukan bantuan seperti ini. Ia diharap dapat memberikan keinsafan kepada kita untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan