Isnin, 3 Januari 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


KBS minta BAM, Misbun beri penjelasan

Posted: 03 Jan 2011 03:09 AM PST

Mutakhir

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, masih menunggu penjelasan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mencari punca terhadap tindakan mengejut Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan.

Ahmad Shabery berkata, beliau akan bertemu dengan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh yang akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat ini bagi mendapatkan penjelasan sebelum beliau bertemu dengan Misbun.

"Masih terlalu awal untuk kita buat andaian dan dalam masa sehari dua ini saya sengaja membiarkan perkara ini berlalu bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat pertimbangan yang sewajarnya bagi menyelesaikan perkara ini," kata beliau di pejabatnya hari ini. Beliau berkata, sebelum mengambil apa-apa tindakan, kementerian berkenaan mahu mencari punca masalah tersebut tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

"Selepas mendapat pejelasan daripada kedua-dua pihak barulah kita cari jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Apa pun keputusaan yang bakal dibuat nanti mestilah tidak membelakangkan kepentingan negara kerana badminton adalah salah satu daripada acara sukan yang dijangka mampu memberi sumbangan pingat kepada negara pada Sukan Olimpik London pada 2012 nanti," katanya.

Ahmad Shabery berkata, beliau tidak menyalahkan pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, mengambil keputusaan untuk keluar daripada BAM kerana faham dengan tekanan yang bakal dihadapinya.
"Sudah pasti Chong Wei akan rasa tertekan apabila jurulatih yang dianggap sebagai bapanya sendiri membuat keputusan untuk letak jawatan.

"Namun sebagai jurulatih yang diberi amanah oleh negara, Misbun sewajarnya memberi keutamaan kepada kepentingan negara sebelum melakukan keputusan tersebut," katanya.

Semalam media tempatan hangat menyiarkan berita tindakan Misbun menghantar surat peletakan jawatan bertarikh 31 Disember lalu kepada BAM, yang mencetus pelbagai persoalan dan tanda tanya punca beliau sanggup mengambil tindakan tersebut.

Rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Datuk James Selvaraj sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM dikatakan sebagai salah satu daripada punca utama yang menyebabkan Misbun membuat tindakan tersebut. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

FBM KLCI akhiri dagangan pada paras tertinggi dalam sejarah

Posted: 03 Jan 2011 02:36 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 14.51 mata dan mengakhiri dagangan hari ini pada 1,533.42, iaitu tahap tertinggi dalam sejarahnya, dengan sokongan utama daripada saham perladangan dan mewah, kata seorang peniaga.

Indek 30 saham yang melonjak teguh itu mencecah tahap tertinggi, 1,535.02 selepas dibuka 5.62 mata lebih tinggi pada 1,524.53.

"Momentum pasaran dipacu selanjutnya oleh kenaikan dalam pasaran-pasaran serantau berikutan prospek yang lebih cerah bagi pertumbuhan ekonomi global," kata peniaga itu. Pengukur pasaran Hong Kong, Indeks Hang Seng, buat sesi keempat berturut-turut, mengakhiri dagangan dengan meningkat 1.7 peratus kepada 23,436.05, Indeks Komposit Harga Saham Korea ditutup 0.93 peratus lebih tinggi pada 2,070.08 mata iaitu paras tertinggi dalam sejarahnya manakala Indeks Straits Times Singapura naik 45.73 kepada 3,235.77.

"Saham Eropah juga memulakan tahun baru pada paras yang lebih tinggi," kata peniaga itu sambil menambah bahawa bursa saham Jepun, China, Australian dan Thailand masih lagi ditutup bagi cuti Tahun Baru.

Indeks Kewangan melonjak 123.13 mata kepada 13,979.45, Indeks Perusahaan naik 43.29 mata kepada 2,876.24 dan Indeks Perladangan mengukuh 97.08 mata kepada 8,133.33.

Indeks FBM Emas meningkat 116.76 mata kepada 10,491.74, Indeks FBM Ace menokok 11.93 mata kepada 4,359.49 dan Indeks FBM70 naik 165.01 mata kepada 11,062.91.
Saham naik mengatasi saham turun dengan jumlah 664 berbanding 195 manakala 229 kaunter tidak berubah, 299 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan melonjak kepada 1.608 bilion saham bernilai RM2.09 bilion daripada 1.119 bilion saham bernilai RM1.872 bilion Khamis lepas.

Bursa tempatan ditutup pada Jumaat, 31 Disember selepas diisytiharkan cuti umum berikutan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia mengalahkan Indonesia dalam kejohanan Piala AFF Suzuki Rabu minggu lalu. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan