Isnin, 3 Januari 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Rayu baiki segera sistem perparitan

Posted:

Rayu baiki segera sistem perparitan

Rayu baiki segera sistem perparitan

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian daripada tanaman tembakau digenangi air yang melimpah dari parit yang tersumbat di Kampung Haji Wan Tok Omar, Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 2 Jan. - Lebih 500 penanam tembakau dan keledek di Kampung Tok Bali dekat sini merayu pihak berkenaan membantu mengatasi segera masalah sistem perparitan tersumbat yang menyebabkan tanaman mereka ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Mereka bimbang akan mengalami kerugian sekiranya masalah tersebut tidak ditangani segera kerana ia akan menyebabkan tanaman yang diusahakan rosak.

Seorang petani, Nik Abdul Rahman Nik Hassan, 45, berkata, sistem perparitan di kawasan ladang kampung berkenaan perlu diselenggara semula kerana banyak yang tertimbus dan sebahagiannya pula tersekat akibat ditumbuhi rumput dan pokok renek.

Beliau mendakwa, sekiranya tidak ada langkah segera diambil, dikhuatiri lebih 500 hektar tanaman yang diusahakan petani terutama di Kampung Haji Wan Omar akan musnah dan petani terbabit terpaksa menanggung kerugian.

"Air daripada parit yang tidak diselenggara itu melimpah ke kawasan tanaman apabila hujan lebat dan ia lambat kering," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ismail Mat Noh, 50, pula berkata, hujung tahun lalu merupakan musim awal penanaman melibatkan kerja-kerja menyemai benih tembakau, tembikai, keledek dan beberapa jenis tanaman jangka pendek yang lain.

"Kami memohon jasa baik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyelesaikan masalah ini. Paling tidak bersihkan semula parit yang tersumbat untuk laluan air.

"Kami telah mengalami kerugian besar disebabkan masalah perparitan sebagaimana yang berlaku dua tahun lalu dan kami amat berharap kejadian serupa tidak berulang pada tahun ini," katanya.

Seorang lagi petani, Nik Hassan Hamat, 58, berkata, sistem perparitan sangat penting kepada petani di kawasan itu kerana tanpa penyelenggaraan berterusan ia pasti akan memusnah tanaman mereka.

Menurutnya, petani telah mengeluarkan modal untuk perbelanjaan membajak, membina batas dan membeli baja.

"Kami tidak akan mendapat keuntungan dan pulangan modal sekiranya tanaman rosak akibat ditenggelami air gara-gara sistem perparitan gagal diselenggara dengan baik," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

299 nelayan dapat bantuan musim tengkujuh

Posted:

299 nelayan dapat bantuan musim tengkujuh

299 nelayan dapat bantuan musim tengkujuh


Salleh Musa membawa beras dan bekalan harian yang diterima pada majlis penyerahan bantuan nelayan musim tengkujuh di Seberang Takir, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 2 Jan. - "Sudah seminggu saya tidak ke laut. Makan dan pakai apa yang ada sahaja sebab pendapatan tidak banyak," luah seorang nelayan, Salleh Musa, 64, dari Kampung Telaga Daing, Seberang Takir dekat sini.

Bapa kepada 18 orang anak itu merupakan antara 299 nelayan yang menerima bantuan kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berikutan musim tengkujuh sekarang.

Majlis penyerahan sumbangan dan bantuan kepada nelayan itu berlangsung di Dewan Orang Ramai Pantai Teluk Ketapang dekat sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Ahmad Razif yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir turut menyerahkan sebuah dewan yang dibina syarikat Inai Kiara Sdn. Bhd. (Inai Kiara) kepada penduduk untuk kegunaan bersama.

Menurut Salleh, bantuan itu tepat pada waktunya kerana kebanyakan nelayan tidak mempunyai pendapatan pada musim tengkujuh berikutan tidak dapat ke laut kerana ombak besar.

Tambahan pula katanya, sesi persekolahan baru akan dibuka dan keperluan anak-anak bersekolah perlu disediakan.

"Biasanya kalau ke laut sekali pun hanya dapat RM50 hingga RM100 sahaja sekali pergi. Bayangkan sudah seminggu tidak ke laut. Memang tiada duit untuk sediakan kelengkapan anak-anak sekolah. Cuma harapkan bantuan anak-anak yang bekerja sahaja.

"Jadi, bantuan ini memang amat diperlukan walaupun ia tidak seberapa pada sesetengah orang, namun ia dapat meringankan beban kami. Terima kasih kepada kerajaan negeri yang tidak henti-henti membantu kami," kata warga emas itu yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Telaga Daing di sini.

Dalam pada itu Ahmad Razif berkata, bantuan berkenaan untuk keperluan nelayan menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak- anak mereka.

Jelasnya, dalam masa yang sama ia merupakan agenda kerajaan negeri dalam meningkatkan mutu pendidikan di negeri itu.

"Bila ibu bapa dapat menyediakan keperluan persekolahan yang lengkap untuk anak-anak, pasti minda dan jiwa pelajar-pelajar akan lebih bersedia untuk ke sekolah sekali gus dapat membantu mereka belajar dengan lebih baik serta mencapai keputusan yang cemerlang.

"Bantuan ini perlu dianggap sebagai proses jangka panjang kerajaan negeri untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di negeri ini," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan