Utusan Online - Politik |
Penolakan Khusrin bermotif politik Posted: Penolakan Khusrin bermotif politikOleh AINSAFRE BIDIN BAGAN DATOH 2 Jan. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan, tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menolak pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebagai bermotifkan politik. Selain itu beliau juga menganggap, kebimbangan kononnya akan wujud krisis perlembagaan berikutan pelantikan berkenaan hanyalah andaian semata-mata. ''Tiada krisis perlembagaan dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin sebaliknya segala yang terjadi akibat 'krisis minda' di kalangan pemimpin pakatan pembangkang,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup program anak angkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah di sini hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, pemimpin pembangkang tidak mahu menerima hakikat bahawa SUK Selangor harus datang di kalangan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. ''Pelantikan Mohammed Khusrin tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. ''Mengikut sejarahnya, Selangor merupakan antara Negeri Melayu Bersekutu dan ini bermakna, SUK dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN)," katanya. Mengulas mengenai pengharaman logo gagasan 1Malaysia di Selangor, Ahmad Zahid berkata, ia merupakan satu tindakan zalim kerana logo tersebut boleh digunakan di negeri-negeri lain. Katanya, Barisan Nasional (BN) juga tidak pernah mengharamkan logo-logo pakatan pembangkang di negeri-negeri yang ditadbirnya. ''Sudah tiba masanya rakyat Selangor menolak mentah-mentah kerajaan pakatan pembangkang dan digantikan dengan kerajaan BN supaya rakyat tidak menghadapi masalah," katanya. |
Pembangkang dangkal amat berbahaya Posted: Pembangkang dangkal amat berbahayaKUALA LUMPUR 2 Jan. – Sikap dangkal pembangkang yang tidak faham tentang sistem institusi raja perlu dihentikan segera kerana perbuatan tersebut amat berbahaya. Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, pembangkang sengaja bersikap begitu dengan tujuan menimbulkan kekacauan secara halus. Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, perbuatan yang mempunyai maksud tersirat itu harus disekat dan perlu didedahkan kepada rakyat. "Pembangkang harus tahu sejauh mana kuasa sultan. Pembangkang juga diberi hak untuk senaraikan calon tapi kuasa memilih tetap pada sultan untuk menentukan siapa yang diperkenan baginda. "Bagi saya, keangkuhan mereka untuk terus mempertikai kuasa sultan tidak wajar kerana lama kelamaan ia boleh meruntuhkan institusi raja kalau tidak ditolak perbuatan tersebut dari sekarang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Razali, pihak pembangkang perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) yang baru. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam blognya baru-baru ini menyifatkan pelantikan tersebut sebagai pilih kasih institusi beraja terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN). Dalam blognya, http://srimuda.blogspot.com, beliau seolah-olah cuba memberi amaran bahawa institusi beraja Selangor bakal berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana jika berterusan bertindak membelakangkan konvensyen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan