Isnin, 3 Januari 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Lupa tarikh nikah

Posted: 02 Jan 2011 02:25 PM PST

Wilayah

PASANGAN berkhalwat yang dicekup 
di sebuah motel murah di Tandop, Alor Setar  dibawa ke pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Kedah  untuk soal siasat.

PASANGAN berkhalwat yang dicekup di sebuah motel murah di Tandop, Alor Setar dibawa ke pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Kedah untuk soal siasat.

Lima pasangan dicekup di hotel murah di Alor Setar

ALOR SETAR: Sambutan ambang tahun baru pada malam Sabtu lalu dicemari noda apabila ada pasangan remaja mengambil kesempatan melakukan maksiat untuk melampiaskan nafsu di hotel murah atau motel di sekitar bandar raya ini.

Dalam operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan dianggotai oleh beberapa pihak berkuasa lain, termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pelajaran Negeri, lima pasangan berusia 20 hingga 30 tahun ditahan kerana berkhalwat. Penolong Pengarah JAIK, Sheikh Mohd Suhaimi Saleh, berkata pasangan terbabit ditahan dalam serbuan di hotel murah dan motel di Tandop, Alor Mengkudu selain berdua-duaan di kawasan berhampiran Stadium Darulaman.

Sheikh Mohd Suhaimi berkata, sepasang kekasih yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Tandop bukan saja memberikan alasan sudah berkahwin sebagai helah untuk melepaskan diri daripada JAIK, malah turut menipu anggota penguat kuasa dengan memberikan jawapan palsu mengenai nama jurunikah, imam, saksi dan nama bapa mentua.

Namun akibat gelabah ditahan, mereka bagaimanapun terlupa tarikh perkahwinan menyebabkan taktik mereka terbongkar, selain gagal menunjukkan dokumen pernikahan mereka.

Katanya, pada mulanya pasangan berusia 25 dan 26 tahun itu enggan membuka pintu bilik motel, tetapi mengalah apabila penguat kuasa bertegas mahu melakukan pemeriksaan.
"Pemuda itu dengan selamba memberitahu mereka sudah bernikah kira-kira setahun lalu dengan memberikan beberapa nama, termasuk juru nikah, imam, wali dan saksi, tetapi tidak ingat tarikh pernikahan mereka.

"Helah mereka tidak menjadi apabila pasangannya memberitahu terlupa nama bapa mentuanya apabila disoal oleh pegawai penguat kuasa wanita yang turut serta dalam operasi itu," katanya ketika ditemui di sini selepas mengetuai operasi selama lebih sembilan jam bermula jam 10 malam, Jumaat lalu.

Sheikh Mohd Suhaimi berkata, satu lagi pasangan ditahan ketika berdua-duaan di dalam kereta di pekarangan Stadium Darulaman.

Katanya, semua kelima-lima pasangan terbabit dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan penahanan sebelum dibawa ke pejabat JAIK dan diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

JAIS tahan 140 pasangan

Posted: 02 Jan 2011 02:23 PM PST

Wilayah

SEORANG  pelajar IPT sugul selepas dicekup JAIS.

SEORANG pelajar IPT sugul selepas dicekup JAIS.

263 orang dikenakan tindakan berkhalwat dalam operasi Ambang Tahun Baru 2011

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 140 pasangan dalam operasi mencegah kemungkaran secara besar-besaran di seluruh Selangor sempena malam 'Ambang Tahun Baru 2011' malam kelmarin.

Daripada jumlah itu, 263 orang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 Negeri Selangor kerana kesalahan berkhalwat, manakala pasangan mereka yang bukan beragama Islam dilepaskan. Selain itu, 43 kes membabitkan tindakan kaunseling dan 98 kes lain hanya menerima arahan beredar.

Pegawai Perhubungan Awam (JAIS), Nurhamizah othman, berkata operasi itu dilakukan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung dengan fokus utama membabitkan kelakuan kurang sopan di tempat awam, minum arak dan berkhalwat.

Katanya, operasi membabitkan dua fasa itu dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan pegawai masjid di semua daerah terbabit.

"Fasa pertama dimulakan dengan memberi perhatian di kawasan panas iaitu tempat tumpuan pengunjung setiap kali sambutan tahun baru, seperti taman rekreasi, dataran dan sekitar pusat beli-belah terkemuka.
"Kawasan seperti ini sangat popular di kalangan pengunjung terutama remaja setiap kali menjelang awal tahun baru berikutan kawasan terbabit turut menganjurkan majlis sambutan dengan menyediakan pertunjukan bunga api dan konsert yang disertai artis," katanya yang ditemui di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, sejurus operasi berakhir, kelmarin.

Nurhamizah berkata, pada fasa kedua, operasi ditumpukan di hotel bajet yang di sekitar negeri ini yang sering digunakan kebanyakan remaja dan dewasa untuk melakukan kegiatan maksiat selepas berakhirnya sambutan tahun baru.

Katanya, mereka yang ditahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam ialah remaja berusia 13 hingga 21 tahun, manakala mereka yang terbabit khalwat pula terdiri daripada mereka yang berusia 19 tahun hingga 30-an.

"Bahagian Penguatkuasaan JAIS turut menahan beberapa pasang pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) yang didapati bersekedudukan di hotel bajet sekitar Selangor.

"Malah, terdapat beberapa orang yang ditahan turut didapati positif mengambil dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan