Selasa, 4 Januari 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Tiga sekolah baru di Ayer Keroh

Posted:

Tiga sekolah baru di Ayer Keroh

Tiga sekolah baru di Ayer Keroh

Oleh Norizan Abdul Muhid
utusanmelaka@utusan.com.my


KEHADIRAN enam kembar mencuri perhatian Mohd. Ali Rustam semasa sesi lawatannya ke SK Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA 3 Jan. - Kerajaan negeri merancang untuk membina tiga buah lagi sekolah kebangsaan di Ayer Keroh dan Batu Berendam bagi menampung pertambahan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, setakat ini, kawasan yang dikenal pasti ialah di Taman Angkasa Nuri, Taman Seri Wangi dan Taman Merdeka di Batu Berendam.

"Pembinaan sekolah baru ini perlu bagi menampung pertambahan murid pada setiap tahun selain faktor keperluan pendidikan yang semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tiga sekolah baru yang memulakan operasinya pada hari pertama sesi persekolahan di sini hari ini.

Tiga buah sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Utama, Ayer Keroh; SK Kampung Tun Razak, Bukit Katil dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Tawar, Merlimau di Jasin.

Kata Mohd. Ali, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta setiap tahun bermula 2008 bagi menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik kepada pelajar di negeri ini.

Ujar beliau, kemudahan pendidikan itu yang dikenali sebagai Bantuan Kecemerlangan Pelajar berbentuk bantuan sekolah tambahan dan pelbagai peralatan kelengkapan sekolah khusus kepada pelajar kurang berkemampuan.

"Selain memastikan pelajar menikmati kemudahan pendidikan lebih baik, kita juga mahu setiap pelajar di negeri ini memiliki sifat nilai-nilai murni yang tinggi antaranya hormat ibu bapa dan guru mereka," katanya.

Menurut beliau, bagi memastikan golongan pelajar tidak tercicir daripada menikmati kemudahan itu, guru sekolah diminta memantau perkembangan itu dari semasa ke semasa agar masalah tersebut tidak timbul.

Sementara itu, mengenai pembukaan sekolah baru tersebut hari ini, kata Ketua Menteri, kos keseluruhan pembinaan tiga sekolah terlibat dianggarkan menelan belanja kira-kira RM57.2 juta.

Ujarnya, kos pembinaan SK Taman Tasik Utama ialah sebanyak RM12 juta, SK Kampung Tun Razak mencecah RM17.2 juta manakala RM28 juta bagi SMK Air Tawar, Merlimau.

Beliau berkata, pada tahun ini, seramai 13,433 orang murid tahun satu mendaftarkan diri memasuki sesi persekolahan masing-masing di negeri itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

14,543 murid mula persekolahan

Posted:

14,543 murid mula persekolahan

14,543 murid mula persekolahan

SEREMBAN 3 Jan. - Seramai 14,543 murid tahun satu memulakan sesi persekolahan di seluruh negeri ini, hari ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Abdul Halim Abdul Razak berkata, jumlah tersebut meliputi murid lelaki seramai 7,633 orang manakala murid perempuan 6,910 orang.

''Jumlah itu diperoleh berdasarkan murid yang mendaftar masuk setakat 30 Disember lalu. Ia mungkin berubah sekiranya ada perpindahan dan kemasukan murid baru ke negeri ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Jelas Abdul Halim, kesemua murid itu ditempatkan di semua jenis sekolah rendah termasuk sebuah sekolah yang baru dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rembau, Rembau, dekat sini.

''Murid-murid ini akan memulakan sesi persekolahan mereka di 609 kelas membabitkan 345 buah sekolah seluruh negeri ini," ujar beliau.

Katanya lagi, bilangan kemasukan murid tahun satu pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu iaitu pada kadar 17,000 murid.

''Kita tidak boleh membuat perbandingan murid dengan tahun-tahun sebelum ini kerana ia bergantung kepada jumlah kelahiran pada tahun berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan