Utusan Online - Dalam Negeri |
Upacara angkat sumpah Khusrin diterus Khamis ini Posted: Upacara angkat sumpah Khusrin diterus Khamis iniSHAH ALAM 3 Jan. - Upacara angkat sumpah Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi di Istana Kayangan yang dijadualkan pada Khamis ini akan tetap diadakan meskipun terdapat kemungkinan majlis itu akan diboikot oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Upacara angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu merupakan tanda taat setia pegawai kerajaan negeri yang dilantik bertugas di negeri ini kepada baginda. Sumber-sumber memberitahu, upacara itu masih boleh diteruskan walaupun tanpa kehadiran pembesar utama negeri seperti Menteri Besar kerana ia merupakan upacara sumpah taat setia antara pegawai yang dilantik dengan Sultan Sharafuddin. "Kehadiran pembesar utama negeri seperti Menteri Besar sebenarnya merupakan tanda hormat dan taat setia kepada baginda yang merupakan pemerintah dan ketua agama negeri. "Jika gagal hadir tanpa sebab yang munasabah, ia boleh dianggap sebagai tanda tidak hormat dan tiada kesetiaan," kata sumber itu ketika dihubungi di sini petang ini. Sumber itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Khalid yang membayangkan tidak akan hadir pada upacara angkat sumpah Mohammed Khusrin dengan mengatakan akan membincangkannya dengan para Exconya semasa sidang akhbar tergempar di Tingkat 20, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah petang ini. Dalam sidang akhbar itu, Abdul Khalid turut memberitahu yang beliau tidak akan mengadakan majlis angkat sumpah Mohammed Khusrin di hadapan Menteri Besar selain melarang SUK baru itu menyertai mesyuarat Exco dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES). Selain itu beliau turut menulis surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi membincangkan semula pelantikan Mohammed Khusrin. |
Hishammuddin serah keputusan kepada Peguam Negara Posted: Hishammuddin serah keputusan kepada Peguam NegaraKUALA LUMPUR 3 Jan. – Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ekoran kenyataannya yang didakwa menghasut rakyat menentang institusi beraja di Selangor akan ditentukan Peguam Negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pula hanya boleh diambil sekiranya dengan jelas perbuatan berkenaan telah menjejaskan keselamatan negara ini ''ISA hanya kalau jelas menjejaskan keselamatan negara. (Kesalahan) hasutan akan bergantung kepada Peguam Negara mengikut undang-undang negara," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini. Semalam, UMNO Selangor mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap Shuhaimi ekoran kenyataannya baru-baru ini yang dibimbangi boleh menggugat keselamatan negara. Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, tindakan di bawah ISA harus dikenakan terhadap wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana kenyataannya merupakan satu pengkhianatan terhadap prinsip Perlembagaan apatah lagi mengajak rakyat menentang asas perundangan negara. Pada 31 Disember lalu, Shuhaimi menerusi laman blognya, http://srimuda.blogspot.com didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Menurut Shuhaimi, pelantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan