Utusan Online - Politik |
Posted: Abd. Rahim diminta bertaubatOleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM KUALA LUMPUR 1 Jan. – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, wakil rakyat Pas itu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa kepada orang bukan Islam semata-mata atas kepentingan politik. "Sebagai orang Islam tidak sepatutnya membuat sesuatu pendirian sanggup mati kepada bukan Islam kerana soal politik dunia tidak boleh dicampur aduk dengan hal akhirat. "Beliau harus berfikir dan kembali ke pangkal jalan serta kewarasan agama kerana Islam mempunyai batasan tertentu dengan bukan Islam khususnya berkaitan akidah dan kenyataan itu jelas sudah terkeluar daripada ajaran Islam," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini. Utusan Malaysia hari ini melaporkan ucapan Wan Abd. Rahim di Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang memberi amaran 'langkah mayat saya dahulu' jika ada pihak yang ingin 'mengusik' Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah memberi amaran 'langkah mayatnya dahul' jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia. Pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setiakawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia dipercayai bertujuan mempertahankan Karpal yang 'diserang' pelbagai pihak, berhubung pendiriannya membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan, beliau yang mendedahkan kegiatan salah laku seks ketua pembangkang tersebut pada tahun 1997 di Dewan Rakyat. Dalam pada itu, Bekas Felo Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, Pas dan Ahli Parlimen Kota Bharu itu diminta bertaubat apabila sanggup mempertahankan seseorang yang tegar menentang hukum Allah dan pembentukan negara Islam semata-mata terlampau kemaruk kuasa. Katanya, kenyataan itu adalah sesuatu yang tidak relevan dan disifatkan sudah hilang pedoman dan jati diri muslim. "Cikgu Rahim (Wan Abd. Rahim) sepatutnya banyak beristighfar dan bertaubat serta sedar implikasi kepada akidah seorang Muslim sekiranya mati dalam keadaan mempertahankan seseorang yang umum sedia maklum amat tegar dan lantang menentang hukum Allah dan pembentukan sebuah negara Islam. "Pendirian melampau beliau seolah-olah lagak Pak Kadok yang bersorak sedangkan kampung (maruah Islam) bakal tergadai. "Apakah dia (Wan Abd. Rahim) tidak sedar kenyataannya itu seolah- olah mengisytihar 'jihad' mempertahankan kemungkaran dan penghinaan yang selama ini dilakukan oleh Karpal Singh dan DAP dalam kancah politik tanah air," katanya. |
Pertahan DAP: Bukti Pas hipokrit perjuang Islam Posted: Pertahan DAP: Bukti Pas hipokrit perjuang IslamBUKIT MERTAJAM 1 Jan. - Pendirian secara terbuka pemimpin Pas yang sanggup mati untuk mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuktikan sikap hipokrit parti itu yang kononnya mahu menegakkan prinsip memperjuangkan dasar pembentukan negara Islam. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan, hakikat itu jelas apabila Pas mula sanggup mengetepikan asas perjuangan sejak sekian lama semata- mata untuk mempertahankan Karpal yang sejak awal-awal lagi menentang dasar perjuangan negara Islam Pas. "Amat sukar untuk dipercayai apabila pemimpin Pas yang selama ini begitu lantang memperjuangkan Islam berikrar sanggup mati untuk mempertahankan Karpal iaitu orang yang secara terang-terangan dan tegas menolak perjuangan Pas. "Ini gambaran yang jelas bahawa Pas sendiri sebenarnya tidak ikhlas malah tidak berniat pun untuk menubuhkan negara Islam," katanya selepas merasmikan majlis gunting rambut beramai-ramai sempena Program Jom Pi Sekolah 1Malaysia di pekarangan Wisma UMNO di sini hari ini. Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata, Wan Abd. Rahim perlu menginsafi perbuatannya itu kerana ia seolah-olah mengkhianati perjuangan Pas dalam usaha menegakkan perjuangan Islam sejak awal penubuhan parti itu. "Janganlah kita berpolitik sehingga sanggup nak gadai agama, berpada-padalah. Inilah pengajaran untuk penyokong Pas supaya mereka menilai sendiri bagaimana parti itu sudah menjadi parti yang tidak berprinsip. "Kalau dia (Wan Abd. Rahim) sanggup mati untuk Karpal, saya lebih rela atau sanggup mati kerana Islam kerana saya sendiri tidak mahu mati kerana parti," tegasnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan