Sabtu, 1 Januari 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


PM jumpa wakil rakyat BN

Posted: 01 Jan 2011 03:51 PM PST

Nasional

Pertemuan bincang isu nasional, persediaan hadapi pilihan raya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan pertemuan dengan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional Nasional (BNBBC) minggu depan bagi membincangkan pelbagai isu nasional termasuk insiden membabitkan Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat baru-baru ini dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Permukiman atau `retreat' bersama BNBBC itu sudah menjadi kelaziman setiap kali sidang Dewan Rakyat berehat panjang bagi mendapatkan pandangan, buah fikiran serta laporan daripada semua ahli BNBBC.
"Pertemuan itu tidak semestinya hanya memfokuskan kepada pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat seperti digembar-gemburkan"

Idris Haron
Ahli Parlimen Tangga Batu

Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron, berkata perjumpaan membabitkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua menteri Kabinet bersama Ahli Parlimen BN adalah proses biasa.

"Pertemuan itu tidak semestinya hanya memfokuskan kepada pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat seperti digembar-gemburkan.

"Memang setiap kali ketika Parlimen bercuti rehat, BNBBC akan mengadakan pertemuan dan pada tahun ini saja beberapa siri pertemuan membabitkan BNBBC diadakan termasuk di Santubong Sarawak, Karambunai Sabah dan terbaru Mei tahun lalu di Pulau Pangkor Perak.

"Bagi saya pertemuan itu lebih kepada perkongsian maklumat dan pandangan terhadap isu semasa dalam negara lebih-lebih lagi pelbagai isu membabitkan Parlimen seperti kekecohan yang dilakukan pakatan pembangkang baru-baru ini," katanya ketika dihubungi semalam.
Idris ketika ditanya sama ada sudah menerima undangan bagi menghadiri pertemuan itu yang dikatakan akan berlangsung Sabtu depan memberitahu sudah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenainya bagaimanapun masih belum diberitahu secara rasmi termasuk tempat ia akan berlangsung.

Katanya, pertemuan itu tidak perlu diperbesarkan, cuma inti pati perbincangan yang berlangsung sepanjang permukiman itu sudah pasti menjadi amanat kepada ahli BNBBC yang hadir.

"Kalau ada yang kata permukiman yang bakal berlangsung ini hanya memfokuskan kepada pilihan raya umum tidak betul kerana banyak lagi isu yang perlu dibincangkan dan dilaporkan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pasar raya caj 20 sen beg plastik

Posted: 01 Jan 2011 03:49 PM PST

Nasional

   PASAR raya Giant Bangsar mula mengenakan caj 20 sen,   bagi sehelai beg plastik untuk mengisi barang    dibeli, semalam.

PASAR raya Giant Bangsar mula mengenakan caj 20 sen, bagi sehelai beg plastik untuk mengisi barang dibeli, semalam.

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa semalam, pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan premis terpilih seluruh negara yang tidak membawa beg sendiri akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan jika membeli-belah pada setiap Sabtu.

Hasil yang dikumpul itu disimpan dalam dana khas bagi melaksanakan program kepenggunaan serta kemasyarakatan menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, berkata pengguna tidak akan lagi dibekalkan beg plastik percuma ketika membeli belah setiap Sabtu di premis perniagaan terbabit. "Kita minta orang ramai kurangkan penggunaan beg plastik untuk memulihara alam sekitar selain menyemai budaya hidup lestari selaras kempen setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik," katanya ketika menyerahkan risalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik, di sini semalam.

Kempen itu juga diharap mampu mengurangkan kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesihatan pengguna.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

M Ridzman

Pihak yg berkenaan perlu beri penekanan kesan penggunaan beg plastik terutama kepada alam sekitar. Masih ramai yg tak paham.

Caj 20 sen ini secara tak langsung dpt mengurangkan penggunaan plastik.

Bukan susah pon, bwk aje beg sendiri...masok sumer dlm tu..

mas

jual beg plastik org nak berkempen dia ambik kesempatan

Samsudin Mohamed

Penguatkuasaan dilakukan untuk menjayakan kempen tetapi memberi kesan kepada pengguna.

Sekiranya tindakan mengenakan bayaran itu dilakukan menunjukkan kempen itu tidak berjaya.
Saya berharap tindakan mengenakan bayaran yang menjejaskan pengguna harus diberhentikan segera.
Pihak berkenaan harus memikirkan cara yang lebih baik untuk menjayakan kempen mereka.

Muhammad Noh Wakbro

Sebagai penguna seharusnya kita sedar akan isu barbangkit ' selain mendidik diri agar sentiasa berjimat dalam apa jua keadaan.

marikan Md Yusof

Saya rasa setiap sen yang diambil dari penguna yang tidak membawa beg plastic,tidak mungkin menjayakan kempen kurangkan pengunaan beg plastik,Pada saya lupakanlah carilah cara lain,masih ada cara lain


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan