Khamis, 6 Januari 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Rebut peluang belajar disedia kerajaan

Posted:

Rebut peluang belajar disedia kerajaan

Rebut peluang belajar disedia kerajaan

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA KRAU 6 Jan. – Generasi muda terutama pelajar perlu merebut segala peluang pendidikan yang disediakan kerajaan dan tidak hanya menjadi penonton terhadap kepesatan sektor itu di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, adalah menjadi satu kerugian jika pelajar hanya menjadi 'penonton' terhadap kepesatan pembangunan pendidikan negara yang turut dinikmati pelajar asing.

Katanya, Malaysia kini menjadi destinasi pendidikan dunia berikutan ramai pelajar asing berminat melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini.

''Pelajar luar berebut-rebut untuk melanjutkan pengajian ke negara ini sedangkan kita hanya menjadi penonton terhadap kepesatan kemajuan pendidikan di negara kita," katanya.

Beliau berucap pada majlis graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat di sini membabitkan 140 pelajar tingkatan lima dan enam baru-baru ini.

Tan Mohd. Aminuddin berkata, golongan pelajar perlu terus menanam azam untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana kerajaan menyediakan prasarana pendidikan bertaraf dunia.

Dalam pada itu, beliau meminta pihak pentadbiran sekolah di negeri ini mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan lebih banyak program yang dapat merangsang minda pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Katanya, antara program yang boleh dilakukan ialah penganjuran hari graduasi bagi mengiktiraf pencapaian pelajar dalam akademik dan kokurikulum.

Menurut beliau, langkah mengadakan hari graduasi umpama majlis konvokesyen di universiti merupakan salah satu strategi melonjakkan semangat pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

"Sambutan hari graduasi sebagai pemangkin kepada pelajar mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang sekali gus meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

''Sebagai contoh, usaha Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat di sini mengadakan hari graduasi sangat berkesan bagi memotivasikan pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

''Dengan adanya majlis ini, ia meletakkan sekolah ini setaraf dengan kedudukan sekolah-sekolah berasrama penuh yang terdapat dalam negara ini,'' katanya.

Tan Mohd. Aminuddin juga berharap golongan pelajar menjadi rakyat yang berkualiti dari segi sikap dan bersyukur.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rela Temerloh kini punyai lebih 11,000 ahli

Posted:

Rela Temerloh kini punyai lebih 11,000 ahli

Rela Temerloh kini punyai lebih 11,000 ahli


Abd. Rashid Mat Bashir menyampaikan kad ahli Rela kepada seorang ahli baru di Taman Perumahan KSM Mentakab, Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 6 Jan. - Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Temerloh kini mempunyai seramai lebih 11,000 ahli berdaftar sehingga 31 Disember lalu.

Pegawai Rela Daerah, Leftenan Kolonel Abd. Rashid Mat Bashir berkata, jumlah itu meningkat seramai 3,000 berbanding 8,000 orang pada 2009.

Menurutnya, bilangan ahli kaum Melayu ialah seramai 6,605 orang diikuti Cina seramai 2,200 orang, India (1,388 orang) dan Orang Asli (1,083 orang).

"Usaha yang dilakukan di peringkat daerah sejajar dengan slogan Kementerian Dalam Negeri yang mahukan satu kampung, satu taman dan satu Rela untuk meningkatkan ahli ke tahap 2.5 juta orang.

"Pertambahan ahli yang sangat menggalakkan bagi daerah ini dianggap satu perkembangan sihat berbanding setahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kad ahli Rela baru di Taman KSM di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Platun Rela KSM, Khoo Nyok Lin.

Abd. Rashid berkata, mana-mana kampung dan taman perumahan dalam daerah ini yang belum menubuhkan pasukan Rela diminta berbuat demikian dengan segera bagi manfaat penduduk setempat.

Menurut beliau, pihaknya mengenakan syarat yang longgar untuk menubuhkan platun Rela.

''Hanya dengan seramai 33 ahli, sesebuah kawasan boleh menubuh platun Rela. Anggota Rela turut menerima pelbagai faedah lain seperti perlindungan insurans percuma.

''Kita amat mengalu-alukan penyertaan golongan belia dalam Rela yang dilihat masih kurang berminat menyertai pasukan beruniform ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan