Malaysiakini :: Berita |
Rumah Rocky dipecah masuk, kereta dilarikan Posted: 06 Jan 2011 07:04 PM PST Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur. "Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya. Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah. Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu. "Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar pukul 3 lebih," katanya. Ahirudin berkata kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu. Ketua Polis Dearah Serdang Supt Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes itu. - Bernama |
Video porno Peterpan: Penjara 5 tahun? Posted: 06 Jan 2011 06:40 PM PST Pihak pendakwa hari ini mencadangkan supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda Rp250 juta atau tiga bulan penjara ke atas Ariel Peterpan kerana terbabit dalam pengedaran dalam video porno. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price."Menuntut tertuduh Nazriel Irham atau Ariel Peterpan dengan penjara lima tahun penjara dan denda Rp250 juta," kata Timbalan Pendakwa Raya Rusmanto ketika membacakan tuntutan pihak pendakwa terhadap penyanyi itu di Mahkamah Daerah Bandung, Jawa Barat, semalam. Rusmanto berkata kekasih Luna Maya itu terbukti melanggar Undang-undang No.44 Tahun 2008 Tentang Pornografi dan Fasal 282 Undang-undang Jenayah. Beliau juga memohon mahkamah agar Ariel tetap ditahan dalam penjara kerana kes itu telah menjadi isu nasional dan vokalis band Peterpan tetap enggan mengakui perbuatannya. "Sebagai artis atau publik figur dia (Ariel) tidak memberikan contoh yang baik kepada masyarakat dan dia tidak mengakui perbuatannya. Video porno ini juga tersebar di dunia maya sehingga memudahkan masyarakat untuk mengaksesnya," kata Rusmanto. Pihak peguambela Ariel yang kecewa dengan tuntutan berat oleh pihak pendakwa telah menyatakan kesediaan untuk mematahkan semua tuntutan pendakwa dalam kes pembelaan pada perbicaraan selanjutnya. Ariel dituduh mengedar video porno setelah dua rakaman video porno beliau dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tary beredar bebas di internet sejak Jun 2010. Tidak seperti Cut Tary yang telah mengakui bahawa video yang beredar itu adalah dirinya dan Ariel, hingga kini Ariel tidak mengakui sebagai pelaku dan pembuat video berkenaan. Perbicaraan beliau yang bermula pada 22 Nov lalu akan diteruskan dengan pembelaan oleh Ariel diikuti dengan bantahan oleh pihak pendakwa sebelum mahkamah membuat keputusannya. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan