Rabu, 5 Januari 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Program menjana pendapatan

Posted:

Program menjana pendapatan

Program menjana pendapatan

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my


PARA peserta meneliti perkakasan landskap selepas Program Latihan Menjana Pendapatan di Gambang, Kuantan, baru-baru ini. – utusan/Rushdi Salleh


KUANTAN 5 Jan. – Langkah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menganjurkan program latihan menjana pendapatan kepada golongan miskin dan asnaf akan membolehkan mereka mencari pendapatan tambahan di kawasan masing- masing.

Program selama lima hari anjuran MUIP dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Pahang itu disertai seramai 60 orang dari seluruh negeri ini yang membolehkan mereka mengikuti latihan dandanan rambut dan landskap rumah.

Langkah yang telah dilaksanakan pada tahun 2009 itu diteruskan apabila kaedah kemahiran dilihat mampu membawa keluar golongan terbabit daripada kemiskinan.

Menerusi program tersebut mereka akan diberi pendedahan kemahiran bersesuaian dengan minat dan kerja sampingan yang dilakukan di tempat masing-masing.

Usaha tersebut mendapat pujian kalangan peserta yang menganggap cara itu boleh menjana pendapatan selain bergantung pada kerja-kerja di kampung.

Mereka menyifatkan usaha sedemikian wajar diteruskan di samping memperkenalkan kemahiran tertentu yang boleh dipelajari oleh mereka dan dipraktikkan di kawasan masing-masing untuk menambah pendapatan.

Seorang penduduk yang tinggal di Batu 6, Gambang, Mohd. Azmi Omar, 47, berkata, usaha dilakukan oleh MUIP itu dipuji kerana ia dapat membantu golongan sepertinya mencari tambahan pendapatan menerusi kemahiran yang diikuti itu.

Menurutnya, apabila mengikuti program tersebut, dia mendapat kemahiran baru kerana sebelum ini dia tidak terfikir untuk menceburi bidang penyelenggaraan landskap dan memotong rumput.

"Setelah mempelajari cara-cara dan kaedah sesuai dengan kemahiran itu, saya bersemangat dan mempraktikkan kemahiran itu untuk menambah tambahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohd. Azmi menyifatkan kursus yang dihadirinya amat berkesan dan berharap MUIP dan Mara terus mengadakan program seperti itu bagi meningkatkan taraf hidup golongan miskin di negeri ini.

Bagi seorang penduduk yang menetap di Pekan, Azhar Roslan, 45, kemahiran yang dipelajari amat berguna pada dirinya kerana sebelum ini dia tidak mendapat sebarang latihan berkaitan dengan dandanan rambut.

Katanya, walaupun diadakan selama lima hari, ia cukup bermakna kerana mendapat pelbagai teknik baru yang boleh dilakukan apabila pulang nanti di kampungnya di Pekan.

Azhar yang bekerja sendiri sebagai tukang gunting rambut bersyukur kerana dipilih menyertai program itu dan berharap ia dapat meningkatkan pendapatannya untuk menyara keluarga.

Katanya, usaha oleh MUIP dan Mara itu wajar diteruskan untuk membolehkan golongan miskin terbabit berdikari dan membawa mereka keluar daripada kemiskinan.

Bagi seorang lagi penduduk kampung di Temerloh, Abdul Rahman Kasa, 36, jika sebelum ini dia membina rumah penduduk kampungnya berdasarkan kemahiran yang dipelajari sendiri tetapi dengan ilmu yang dimiliki melalui program itu, ia mampu mengubah kehidupannya.

Katanya, sebelum ini dia mempelajari kemahiran itu daripada orang lain yang membina rumah dan diusahakan sendiri jika terdapat individu yang inginkan khidmatnya melakukan kerja tersebut.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada MUIP dan Mara kerana memilih saya mengikuti kursus ini yang secara tidak langsung mempelajari kemahiran baru secara formal dan membuka ruang kepada saya untuk bergerak sendiri nanti," katanya.

Jelasnya, apa yang dipelajari dalam program itu memberi ruang kepadanya mendalami ilmu sebaik mungkin dan menjana pendapatan di kampungnya nanti.

Seorang belia, Mohd. Khairul Affendi Borhan, 21, dari Temerloh, berkata, teknik menggunting rambut yang betul ketika menghadiri program itu membuatkan dirinya bersemangat untuk dilakukan di kampungnya.

Katanya, walaupun singkat, tempoh yang dilaluinya cukup bermakna kerana mendapat kemahiran secara formal berbanding mempelajari daripada rakan-rakan tentang cara menggunting rambut.

Pendapat itu disokong oleh seorang peserta, Mohd. Rasdan Omar, 41, dari Maran yang berharap supaya usaha itu dapat diperluaskan kepada golongan tersebut yang masih mencari hala tuju dalam menjana pendapatan.

Katanya, penyertaan pertamanya dalam program itu dianggap bertuah dan akan memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk mengubah kehidupan keluarga.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harga santan RM12 sekilogram

Posted:

Harga santan RM12 sekilogram

Harga santan RM12 sekilogram

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Mohd. Affendi Zaini menunjukkan 300 biji saja kelapa yang masih tinggal tidak mencukupi untuk jualan dalam sehari di bandar Jerantut, semalam.


JERANTUT 5 Jan. – Para penduduk dan pengusaha kedai makan di bandar ini mengeluh ekoran kenaikan harga santan segar secara mendadak sejak kebelakangan ini kerana peniaga sukar memperoleh bekalan kelapa sejak Hari Raya Aidiladha lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Besar Jerantut hari ini mendapati santan segar dijual pada harga RM12 sekilogram, kelapa parut RM8 sekilogram, kerisik RM14, kelapa biji RM2.50 sebiji dan kelapa parut siap dimesin RM2.80 sebiji.

Seorang peniaga santan, Mohd. Affendi Zaini, 27, berkata, keadaan itu pertama kali berlaku sejak 10 tahun lalu apabila dia menghadapi masalah bekalan kelapa dan dikhuatiri akan berterusan.

''Saya tidak ada pilihan melainkan menaikkan harga santan apabila kelapa semakin sukar diperoleh dan pernah terputus bekalan pada hujung Disember lalu.

''Kadang-kadang tidak munasabah kita menjual santan segar dengan harga RM12 sekilogram, berbanding RM6 sebelum ini. Namun mahu tidak mahu, kita terpaksa menaikkan harga berikutan harga pemborong juga tinggi akibat kesukaran bekalan termasuk kos pengangkutan," katanya di sini.

Menurut Mohd. Affendi, kini dia cuma memperoleh bekalan 1,500 biji kelapa untuk tempoh seminggu berbanding 3,000 biji sebelum ini yang dibekalkan oleh pemborong dari Selangor, Kelantan dan Thailand.

Seorang lagi peniaga santan Khairi Tjapri, 25, berkata, peniaga bukan sengaja menaikkan harga sesuka hati atau manipulasi keuntungan, tetapi berpunca kekurangan kelapa dari luar sejak sambutan Hari Raya Aidiladha lagi.

''Saya memerlukan 300 biji kelapa setiap hari untuk memenuhi permintaan pembeli santan segar dengan jualan RM12 sekilogram yang ditetapkan serta dipantau oleh penguat kuasa Pejabat Pengguna Dalam Negeri dan Koperasi cawangan Jerantut," katanya.

Seorang pekebun dan pemborong kelapa dari Selangor, Tan Beng Sing, 53, berkata, bekalan yang dihantar kepada peniaga kelapa dan santan di Gombak, Kuala Lumpur, Jerantut, Benta, Raub dan tempat lain masih belum mencukupi.

''Saya mengurangkan penghantaran keluar kerana masalah mendapatkan bekalan kelapa dari pekebun di sekitar Selangor akibat musim melawas dan kekurangan buah,'' katanya.

Beng Sing yang hampir 30 tahun bergiat dalam perniagaan itu berkata, sebelum ini dia menghantar 7,000 biji kelapa tiga hari sekali kepada peniaga di bandar ini tetapi terpaksa mengagihkannya secara adil kepada setiap peniaga berikutan masalah tersebut.

Menurutnya, berikutan krisis berkenaan, dia dan pemborong lain terpaksa memperoleh bekalan kelapa dari Thailand dan Indonesia namun masih tidak mencukupi untuk pasaran domestik.

Sementara itu, peniaga kedai makan, Abdullah Hashim, 49, berkata, setiap hari dia memerlukan lima kilogram santan segar untuk menyediakan pelbagai jenis masakan di kedainya, namun masalah kenaikan harga santan kini turut menjejaskan perniagaannya.

''Selain berbelanja lebih membeli santan segar, saya terpaksa mengambil alternatif menggunakan santan segera jika bekalan terputus sehingga mencacatkan kualiti dan keenakan makanan yang dijual," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan