Rabu, 5 Januari 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


MB: Hadir tak bermakna rela

Posted: 05 Jan 2011 07:05 PM PST

Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskab kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

ADUN Komtar didakwa suruh peniaga 'balik India'

Posted: 05 Jan 2011 07:39 AM PST

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) hari ini kesal dengan sikap perkauman yang ditunjukkan oleh ADUN Komtar, Ng Wei Aik, yang menghina kaum India Muslim di Pulau Pinang.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri KIMMA, Faruk Raja Mohamed berkata, Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri, dalam tindakannya bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk menyita kedai nasi kandar Mohamad Aliyar dua hari lepas telah dikatakan menyebut perkataan "tutup kedai, balik India" terhadap pemilik kedai itu, Syed Kassali Mohamad Aliyar dan beberapa pekerjanya.

"Patutkah seorang wakil rakyat kerajaan negeri melontarkan perkataan berunsur perkauman dan bertindak kasar terhadap rakyat dan beliau tidak profesional dalam melaksanakan tugasnya," katanya kepada pemberita di Georgetown.

Katanya KIMMA meminta kerajaan negeri bertanggungjawab atas tindakan wakil rakyat itu dan memohon maaf kepada kaum India Muslim di negara ini.

Beliau berkata KIMMA akan berbincang dengan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP itu jika mereka mendiamkan diri.

- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan