Selasa, 4 Januari 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Kikis budaya 'cukup makan'

Posted:

Kikis budaya 'cukup makan'

Kikis budaya 'cukup makan'

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA KRAU 4 Jan. - Para mahasiswa dinasihat mengubah sikap berpuas hati dengan pencapaian 'cukup makan' kerana mereka perlu komited dan berusaha keras untuk berjaya dalam pengajian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mereka juga perlu mengikut sesi kuliah dengan tekun supaya ilmu yang disampaikan memberi faedah maksimum dalam kehidupan.

"Sistem pendidikan negara memberi peluang kepada rakyat tanpa perbezaan status untuk mengikuti pengajian di universiti negara ini.

"Tenaga pengajar di universiti juga terdiri daripada pensyarah yang memiliki pelbagai kepakaran yang sentiasa bersedia menyebarkan ilmu kepada mahasiswa dengan syarat mesti mematuhi disiplin ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan minggu Destini Siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang Kampus Khazanah Alam di Jengka di sini baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka (ADUN), Wan Salman Wan Ismail dan Pengarah UiTM Pahang, Prof. Madya Dr. Hilmi Ab.Rahman. Seramai 1,430 mahasiswa terbabit dalam program berkenaan.

Dalam pada itu Saifuddin menegaskan, UiTM merupakan universiti terbesar kerana mempunyai lebih 140,000 mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di 14 cawangan di negara ini.

Katanya, sasaran sebanyak 200,000 mahasiswa mengikuti pengajian serentak pada tahun 2015 dijangka tercapai berikutan usaha meningkatkan prasarana 14 kampus cawangan sedang giat dijalankan.

"Oleh itu, mahasiswa dan mahasiswi UiTM perlu akur dengan hasrat murni pemimpin kerajaan untuk mendidik ramai generasi baru bumiputera memiliki pelbagai kemahiran profesional," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, langkah kementerian mewujudkan anugerah Profesor Ulung di tiga universiti tempatan baru-baru ini sebagi mengiktiraf individu yang memiliki kepakaran luar biasa dalam bidang tertentu.

Katanya, tiga yang terpilih itu ialah Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Kamal Hassan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Prof. Dr. Looi Lai Meng Universiti Malaya (UM) .

"Kewujudan Profesor Ulung di universiti tempatan itu menandakan bermulanya proses klasifikasi pekerjaan di Malaysia yang mengiktiraf individu kreatif dan berinovasi selari dengan 2010 Tahun Inovasi Negara," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Laksanakan tanggungjawab

Posted:

Laksanakan tanggungjawab

Laksanakan tanggungjawab

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 4 Jan. - Penjawat awam di negeri ini digesa menjalankan perkhidmatan dengan baik setiap masa dan bukan hanya bersungguh-sungguh bekerja ketika menghadapi pilihan raya sahaja.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bekerja untuk menghadapi pilihan raya bukanlah kaedah pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan negeri yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) pada masa kini.

"Apa yang harus dilakukan adalah memastikan segala tugas atau kerja harian yang telah diamanahkan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

"Kerajaan negeri yang ditunjangi BN sentiasa berpendirian bahawa usaha dan kerja dilaksanakan adalah bersifat berterusan dan bukannya bermusim, apatah lagi hanya untuk pilihan raya semata-mata," katanya dalam ucapan sempena perhimpunan bulanan di Wisma Sri Pahang di sini semalam.

Teks ucapan beliau yang bertemakan Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang dan Cintai Negara Kita dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin.

Menurutnya, walaupun kini heboh memperkatakan mengenai kemungkinan kerajaan akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat tetapi beliau mengharapkan supaya penjawat awam tidak terlalu terikat.

"Ini kerana, kita sentiasa berpandangan bahawa rakyat memerlukan perkhidmatan pada setiap masa dan kakitangan kerajaan harus memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

"Dalam masa sama, kita tidak nafikan sasaran dan matlamat BN untuk terus kekal memerintah demi kesejahteraan rakyat," jelasnya.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut menyusun semula keutamaan pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) kepada 88 projek dengan nilai keseluruhan sebanyak RM7.26 bilion.

"Semua projek itu antaranya adalah meningkatkan akses dan kapasiti jaringan darat, udara dan laut; memantapkan pelaburan; meningkatkan kualiti hidup; menaik taraf jalan raya dan mengurangkan beban rakyat khususnya berkaitan bekalan air," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan