Selasa, 4 Januari 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


AG jawab isu gambar, kaitan kes Tajuddin Ramli

Posted: 04 Jan 2011 07:48 AM PST

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam majlis dialog dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini turut memberi maklum balas mengenai isu beliau dan keluarganya mengerjakan haji di Mekah baru-baru ini.

Selain itu ia berkenaan dakwaan bloger yang membabitkan beliau dengan kes MASKargo, menurut kenyataan akhbar SPRM yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

SPRM berkata sesi dialog antara Abdul Gani dengan ahli-ahli Lembaga Jawatankuasa dan panel SPRM diadakan atas permintaan Abdul Gani sendiri.

Seramai 30 daripada 42 ahli Lembaga Jawatankuasa dan Panel SPRM menghadiri sesi dialog yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Duta, di Kuala Lumpur.

Abdul Gani juga turut "memberi maklum balas dan penyelarasan terbuka mengenai kes-kes yang menjadi isu semasa."

Turut hadir pada dialog itu ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed serta pengurusan tertinggi dan pengarah-pengarah bahagian SPRM.

Portal berita dan bloger telah memainkan gambar Abdul Gani yang dilihat bersama Shahidan Shafie, orang yang dikatakan rapat dengan bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli, semasa beliau mengerjakan haji di Mekah.

Mereka mendakwa Shahidan telah meyakinkan Abdul Gani agar tidak membuat pertuduhan terhadap Tajuddin yang menjadi pengerusi MAS dari 1994 hingga 2001, berhubung kerugian syarikat penerbangan nasional itu.

MAS dilaporkan telah mengemukakan beberapa laporan terhadap Tajuddin dengan SPRM yang menyebut langkah Tajuddin untuk memindah operasi MAS kargo di Amsterdam dan Frankfurt kepada satu hab sahaja di Hahn, Jerman sebagai kerugian terbesar yang dialami di bawah Tajuddin.

Operasi hab tersebut dilaporkan mengalami kerugian bulanan antara RM10 juta hingga RM16 juta sebelum ia ditamatkan dan kerajaan mengambil alih MAS pada 2001.

- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Langkah MB akhiri isu Khusrin hujung bulan ini

Posted: 04 Jan 2011 05:27 AM PST

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan ADUN dan ahli parlimen Selangor hari ini.

NONEIa diadakan untuk memberi penjelasan mengenai cadangan untuk memanggil sidang DUN bagi meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Perjumpaan tersebut dihadiri lebih 40 wakil rakyat Pakatan Selangor dari DAP, PAS dan PKR. Turut hadir ialah ADUN PSM Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

Bagaimanapun, ketika ditemui selepas pertemuan dua jam itu, Abdul Khalid mengesahkan tidak akan ada usul tidak percaya terhadap setiausaha kerajaan negeri, Mohammed Khusrin Munawi, yang mula bertugas semalam, walaupun dibantah Pakatan Rakyat.

"Sidang DUN akan diadakan pada minggu keempat bulan ini. Kita ada tiga minggu untuk menyediakan draf pindaan tersebut," kata Abdul Khalid kepada media.

Dalam pertemuan tersebut, Abdul Khalid memberi penjelasan mengenai urutan peristiwa berkaitan perlantikan kontroversi Khusrin, dan pertemuannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Abdul Khalid juga menjelaskan bahawa sementara pelantikan Khusrin adalah "mengikut undang-undang", tetapi kerajaan negeri berpendirian bahawa ianya "tidak sah" selagi beliau (Khusrin) tidak mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan menteri besar dan exco.

Menteri besar juga mencabar pihak-pihak yang mendakwa bahawa tindakan menghalang Khusrin mengangkat sumpah tersebut sebagai melanggar perlembagaan supaya membawa perkara itu ke mahkamah.

NONESementara itu, Speaker Datuk Teng Chang Khim (kiri), yang turut hadir, berkata masih ada peluang baik bagi pindaan tersebut diluluskan walaupun Pakatan Rakyat mempunyai kurang daripada dua pertiga wakil di DUN.

"ADUN BN-Kuang Abdul Shukor Idrus telah dilaporkan oleh Berita Harian sebagai berkata, jika wakil rakyat BN bersetuju dengan pindaan itu, mereka akan menyokong usul tersebut," katanya.

Beliau juga juga menolak kenyataan timbalan pengerusi BN Selangor, Datuk Noh Omar bahawa BN akan menolak usul tersebut kerana Noh "bukan ahli dewan undangan negeri".

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan