Isnin, 3 Januari 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Mayat wanita dicampak di tepi jalan

Posted:

Mayat wanita dicampak di tepi jalan

Mayat wanita dicampak di tepi jalan

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


ANGGOTA polis memeriksa keadaan mayat seorang wanita warga Vietnam yang ditemui mati dibunuh di Sungai Petani, semalam.


SUNGAI PETANI 3 Jan. – Seorang wanita dipercayai warga Vietnam dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak ke bahu jalan di Jalan Lencongan Timur berdekatan persimpangan Sungai Pasir, di sini awal pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Yuan Ting Lan, berusia awal 30-an ditemui kira-kira pukul 3 pagi oleh penunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala selain terdapat kesan jerut di leher.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, siasatan awal mendapati, mangsa mungkin dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan tersebut.

"Mangsa ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan bahagian skirt terselak. Pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan di kepala dan kesan jerut di leher serta hidung mengalami pendarahan.

"Berdasarkan semakan awal, mangsa adalah warga Vietnam yang tinggal di sebuah rumah kongsi di belakang kilang berdekatan kawasan itu," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Aik Chang berkata, polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.

"Ketika ditemui, mangsa masih memakai tali leher emas putih. Motif kejadian bukan samun kerana barangan peribadi lain seperti beg tangan dan wang tunai juga masih berada bersama mangsa.

"Bagaimanapun, kita percaya wanita ini mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.

Polis katanya, setakat ini mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian," jelasnya.

Beliau juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kes tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4212222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ibu latih anak jadi 'toyol' curi beg tangan

Posted:

Ibu latih anak jadi 'toyol' curi beg tangan

Ibu latih anak jadi 'toyol' curi beg tangan

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Jika beg tangan wanita yang diletakkan bersebelahan pemilik ketika makan dan memilih barang di pusat membeli belah diambil oleh kanak-kanak ia akan dianggap budak itu sedang bermain bukannya mencuri.

Berikutan itu, seorang wanita warga Asia Barat dipercayai menggunakan kesempatan tersebut dengan melatih anak lelakinya berusia tujuh tahun untuk mencuri beg tangan wanita di beberapa pusat membeli belah terkemuka di ibu negara.

Kegiatan itu terbongkar selepas seorang pelajar perempuan berusia 25 tahun kehilangan beg tangan ketika sedang memilih kasut di Suria KLCC di sini kelmarin.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian pukul 3 petang itu, mangsa dan seorang sepupunya sedang memilih kasut sebelum menyedari didekati seorang wanita Asia Barat tengah memakai jubah dan purdah yang membawa anaknya.

"Mangsa yang mendapati suspek turut memilih kasut membiarkan kanak-kanak itu bermain berhampiran beg tangannya.

"Namun beberapa minit selepas itu, mangsa mendapati kanak-kanak tersebut hilang bersama beg tangan yang berisi wang tunai sebanyak RM3,000 itu," katanya di sini hari ini.

Jurucakap polis itu menambah, kejadian beg tangan hilang dicuri oleh kanak-kanak yang dipercayai dilatih ibu bukan perkara baru kerana terdapat laporan daripada mangsa lain.

"Siasatan awal percaya, suspek melatih anaknya untuk menjadi 'toyol' mencuri beg tangan yang diletakkan bersebelahan mangsa.

"Ini kerana, mangsa tidak akan curiga sekiranya kanak-kanak bermain berhampiran barangan berharga berbanding orang dewasa," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan