Khamis, 6 Januari 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Peneroka Segamat terima durian runtuh

Posted:

Peneroka Segamat terima durian runtuh

Peneroka Segamat terima durian runtuh


Mohd. Isa Abd. Samad (kanan) beramah mesra dengan penerima-penerima cek Bonus Insentif Produktiviti untuk peneroka Felda Wilayah Segamat pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengerusi Felda di Dewan Serbaguna Felda Tenang dekat Labis, Segamat, Johor, semalam.


LABIS 5 Jan. - Para peneroka Segamat hari ini menerima 'durian runtuh' daripada Felda menerusi Bonus Insentif Produktiviti 2010 berjumlah RM8.9 juta.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad berkata, setiap peneroka menerima antara RM400 hingga RM1,200 bergantung pada penghantaran hasil masing-masing.

"Insentif ini diberi berdasarkan produktiviti dan jumlah yang dihantar ke kilang-kilang Felda," katanya pada Majlis Ramah Mesra di Dewan Semai Bakti, Felda Tenang di sini.

Pada 25 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pemberian Bonus Insentif Produktiviti berjumlah RM100,916,600 kepada 94,281 peneroka di seluruh negara.

Menurut Najib, bonus tersebut sebagai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri kelapa sawit dan getah negara selain insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Mohd. Isa yang dilantik menjadi Pengerusi Felda baru-baru ini berkata, bonus tersebut melibatkan lebih 15 tanah rancangan Felda di Segamat termasuk Felda Palong Timur dan Palong 1, 2 dan 3 yang terletak bersempadan dengan Negeri Sembilan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Isa memberitahu, beliau sedia menimbang memberi peruntukan bagi pembinaan beberapa kemudahan asas untuk keselesaan penduduk setempat di kawasan Felda Tenang.

Antaranya, pembinaan pusat gimnasium, pintu gerbang dan membaiki sistem perparitan di Felda tersebut sepanjang 18 kilometer kerana keadaannya yang sempit.

"Kita lakukan pembangunan secara berterusan dan bukan masa pilihan raya sahaja. Jadi, masalah dan keperluan di Felda Tenang akan kita selesaikan secara berperingkat-peringkat," katanya.

Menurut Isa, pihak pengurusan Felda sentiasa mengambil berat keperluan peneroka dan aspek pembangunan yang tidak pernah dipinggirkan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mohd. Isa: Pembangkang cuba tembusi Felda dengan fitnah

Posted:

Mohd. Isa: Pembangkang cuba tembusi Felda dengan fitnah

Mohd. Isa: Pembangkang cuba tembusi Felda dengan fitnah

LABIS 5 Jan. - Pihak pembangkang kini berusaha menggugat kepercayaan dan keyakinan masyarakat Felda terhadap kerajaan dengan melakukan pelbagai fitnah serta tohmahan tidak berasas.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad berkata, sasaran mereka adalah generasi kedua dan ketiga Felda dengan cara melahirkan rasa tidak puas hati selain menanam rasa benci terhadap kerajaan.

"Pihak pembangkang akan mereka-reka isu bagi meraih sokongan selain memburuk-burukkan kerajaan. Punca masyarakat Felda berpecah belah dan porak-peranda adalah disebabkan fitnah serta tohmahan.

"Mereka berbuat demikian kerana menyedari Felda adalah kubu kuat kerajaan yang perlu ditembusi bagi mendapat sokongan," katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra di Dewan Semai Bakti, Felda Tenang di sini hari ini.

Mohd. Isa yang dilantik menjadi Pengerusi Felda yang baru berkata, usaha pihak pembangkang akan lebih ketara khususnya pada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil semata-mata mahu meraih undi.

Menurutnya, pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk mendakwa Felda bangkrap untuk melahirkan ketakutan dalam kalangan peneroka bagi menghakis keyakinan mereka terhadap kerajaan.

"Kita akan buktikan di mahkamah bahawa segala tohmahan tersebut adalah tidak benar. Kita tidak takut kerana berada di pihak yang benar. Segala bukti ada di tangan kita," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan kira-kira 4,000 penduduk di tiga kawasan Felda di daerah Tenang supaya tidak tertipu dengan janji-janji manis pihak pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akhir bulan ini.

"Pembangkang hanya datang untuk pilihan raya dan selepas itu mereka akan balik semula. Ketika itu siapa yang akan jaga kebajikan tuan-tuan semua," katanya.

Bagaimanapun, Mohd. Isa yakin masyarakat Felda khususnya pengundi tidak akan terpedaya dengan hasutan pihak pembangkang berkenaan.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis pada 17 Disember lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari ini sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian pada 30 Januari jika ada pertandingan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan