Harian Metro: Setempat |
Dulu restoran kini kedai runcit Posted: 05 Jan 2011 11:18 AM PST BATU CAVES: Tidak serik dan seolah-olah cuba mencabar pihak berkuasa apabila pemilik sebuah rumah teres di sini, yang pernah dikompaun Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kerana mengubahsuai kediamannya menjadi restoran kini menjalankan pula perniagaan runcit. Dakwa penduduk, pemilik terbabit mengubahsuai rumahnya untuk dijadikan kedai runcit seminggu selepas tersiarnya laporan akhbar ini Disember lalu mengenai tindakan pemilik itu yang menjadikan rumahnya sebagai restoran sehingga mengakibatkan kesesakan di sepanjang Jalan Taman Samudera.
Tinjauan mendapati tindakan pelanggan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan untuk membeli-belah di kedai itu menyebabkan kesesakan berikutan jalan itu laluan utama penduduk sekitar.
"Malah tindakannya menyebabkan penduduk terpaksa berdepan masalah sama iaitu kesesakan lalu lintas di Jalan Taman Samudera yang menjadi laluan utama bagi kami yang menghubungkan laluan ke beberapa taman perumahan berhampiran," katanya di sini, semalam.
Bagi, P Priyagrapi, 60, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu lebih tegas dalam isu berkenaan bagi memastikan pemilik terbabit patuh undang-undang.
|
Posted: 05 Jan 2011 11:17 AM PST KUALA LUMPUR: Pengguna mula gusar dengan masalah kekurangan minyak masak di pasaran sekarang apabila pasar raya dan pekedai runcit menaikkan notis tiada bekalan itu di premis mereka. Keadaan ini menjadi lebih tegang apabila terdapat catuan pembelian dengan setiap individu hanya dibenarkan membeli dua botol besar minyak masak. Tinjauan Harian Metro di ibu kota mendapati kebanyakan pengguna mengeluh apabila pasar raya dan kedai runcit tiada bekalan itu. Pelajar institusi pendidikan tinggi swasta, Hasyimah Abdul Halim, 22, berkata walaupun masih mempunyai bekalan di rumah sewanya, dia tetap bimbang. "Dua hari lalu, saya membuat panggilan ke kampung untuk bertanya khabar keluarga. Ibu mengadu masalah bekalan minyak masak sejak seminggu lalu. "Syukur kami selalu beli dengan kadar yang banyak untuk kemudahan di rumah sewa," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan