Selasa, 4 Januari 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Gagal seludup syabu di Filipina

Posted: 03 Jan 2011 10:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Kegagalan menembusi benteng kawalan pihak berkuasa di Indonesia menyebabkan sindiket dadah yang berpangkalan di Malaysia mula berubah angin dengan menjadikan Filipina sebagai pasaran terbaru memasarkan syabu.

Ini terbukti apabila beberapa rakyat Malaysia yang dijadikan keldai dadah oleh sindiket dadah tempatan diberkas pihak berkuasa Filipina sejak beberapa bulan lalu bersama hampir 40 kilogram (kg) syabu yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit.


Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, dalam kes terbaru, seorang rakyat kita diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Aquino Ninoy, Manila, Filipina, kelmarin ketika cuba menyeludup syabu yang dianggarkan seberat enam kilogram.

Difahamkan, dadah jenis methamphetamine hydrochloride yang boleh mencecah nilai lebih RM2 juta itu disembunyikan suspek di dalam beg bagasi.


"Berdasarkan maklumat awal, suspek yang dikenali sebagai Kean Hock, 47, tiba ke lapangan terbang itu kira-kira jam 6 petang selepas mengambil penerbangan dari Bangkok, Thailand.


"Bagaimanapun, kastam mengesyaki sesuatu tidak kena pada beg bagasi dibawa suspek sebelum pemeriksaan X-ray dilakukan. Hasil siasatan, pihak berkuasa menemui ruang sulit pada beg bagasi berkenaan yang diubah suai untuk menyembunyikan dadah terbabit," katanya.

Menurutnya, suspek mengaku diupah membawa masuk dadah itu sebelum menyerahkannya kepada individu tertentu yang menunggu di sebuah hotel tempatan.


"Besar kemungkinan, suspek sengaja menggunakan tarikh sambutan tahun baru 2011 bagi menyeludup dadah terbabit dengan menyangka kawalan keselamatan di lapangan terbang longgar.

"Suspek diserahkan kepada pihak penguat kuasa dadah Filipina untuk tindakan lanjut," katanya.


Kejayaan itu kes terbaru selepas seorang rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang sama selepas menemui 14kg syabu disorok dalam beg pakaiannya.

Dalam kejadian itu, suspek dikenali sebagai Teoh Chee Keong ditahan sejurus tiba dari Bangkok apabila pegawai kastam menemui sebahagian dadah itu dalam bagasinya.

Bagaimanapun, rakan suspek yang dikenali sebagai Richard Oh sempat melarikan diri sejurus mendapati Chee Keong diberkas.


Berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek berkemungkinan bekerjasama dengan pegawai lapangan terbang itu yang dirasuah bagi membolehkan dadah terbabit dibawa masuk ke negara berkenaan.


Dua bulan sebelum itu, seorang lelaki warga Malaysia, How Eng Pheong, 20-an, diberkas pihak berkuasa lapangan terbang sama selepas dikesan cuba menyeludup syabu seberat 10kg yang disembunyikan di dalam beg bagasinya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Remaja tiada lesen punca 4 kereta berlanggar

Posted: 03 Jan 2011 10:06 AM PST

SHAH ALAM: Seorang remaja yang memandu tanpa lesen merempuh empat kereta lain dalam kemalangan di hadapan persimpangan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), di sini kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, remaja terbabit yang baru selesai bermain futsal di Seksyen 19 memandu laju menyebabkannya tidak sempat membrek selepas kereta di hadapannya berhenti akibat kesesakan lalu lintas di bulatan menuju Uptown Seksyen 24.


Remaja terbabit yang memandu Proton Waja panik selepas melihat kenderaan di depannya tidak bergerak lalu merempuhnya.

Akibat rempuhan kuat itu, kereta di hadapannya yang berhenti meluncur ke depan menyebabkan berlaku pelanggaran berturutan membabitkan empat kereta lain.


Suasana tegang apabila abang remaja terbabit yang datang ke tempat kejadian selang beberapa minit kemudian memukul adiknya itu sambil memaki hamun.


Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, remaja terbabit turut dipersalahkan abangnya kerana menyebabkan Proton Waja miliknya rosak teruk di bahagian hadapan dan menyatakan tidak mahu campur tangan sebaliknya menyuruh adiknya menanggung semua kesalahan dilakukannya.

"Remaja terbabit yang masih trauma dengan kejadian itu bertambah gerun selepas abangnya mahu dia menanggung semua kerosakan dialami empat kereta dirempuhnya menyebabkan wajahnya bertukar pucat.


"Bagaimanapun, orang ramai meleraikan pergaduhan itu dan menasihatkan abang remaja itu supaya bersabar," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan