Utusan Online - Mahkamah |
Tiga dihukum gantung sampai mati Posted: Tiga dihukum gantung sampai matiOleh NORLIZAH ABAS, NOOR AZMAH IBRAHIM dan ASLIZA MUSA Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria menolak rayuan Mohd. Farid Sukis, 36, setelah berpuas hati bahawa Mahkamah Rayuan betul ketika membenarkan rayuan pendakwa raya. Beliau memutuskan demikian secara sebulat suara ketika bersidang bersama Hakim Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff dan Hakim Datuk Heliliah Mohd. Yusof. Beberapa ahli keluarga Mohd. Farid yang hadir bagi mendengar keputusan tersebut kelihatan sugul selepas mahkamah menolak rayuan itu. Pada asalnya, perayu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Jun 2002 daripada tuduhan pindaan mengedar 1,032.4 gram kanabis. Kejadian itu berlaku di rumah rakannya di Kampung Batu di ibu negara pada pukul 11 pagi, 9 Oktober 1999. Dia ditangkap ketika sedang memotong ketulan mampat kanabis di ruang tamu rumah tersebut. Bagaimanapun, pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut telah mengemukakan rayuan. Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan itu pada 14 April tahun lalu, sekali gus menjatuhkan hukuman gantung terhadap Mohd. Farid. Pada prosiding hari ini, Mohd. Farid diwakili oleh peguam T. Suresh manakala Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman mewakili pihak pendakwaan. Perayu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Dr. Hassan Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Suresh, 39, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu. Dalam penghakimannya, beliau berkata, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman mati ke atas tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Suresh bersama seorang lagi tertuduh, S. Ramesh dituduh membunuh P. Ramalingam, 51, di Kawasan Perindustrian Tasek di sini pada pukul 7.30 malam, 26 Februari 2006. Bagaimanapun Ramesh meninggal dunia semasa dalam tahanan pada 19 November lalu. Mengikut keterangan kes, selepas melakukan pembunuhan itu, kedua-dua tertuduh telah mencampakkan mayat mangsa di kawasan Jambatan Iskandar, Kuala Kangsar. Hasil siasatan polis menemui mayat mangsa yang mengalami kecederaan parah pada badan akibat ditikam, lima hari selepas kejadian iaitu kira-kira pukul 6.40 petang, 1 Mac 2006. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farid Mohd. Mokhtar manakala Suresh diwakili peguam bela Manjeet Singh. Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid memutuskan hukuman itu terhadap Najmudeen Abdul Kader selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Beliau semasa membacakan penghakiman ringkasnya juga menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa tidak mengetahui tentang kewujudan dadah tersebut sedangkan dia mengetahui kombinasi nombor kunci beg tersebut. Najmudeen yang bekerja menjual cakera padat (CD) didakwa mengedar 4,041.3 gram ketamin di Kaunter A, Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.20 pagi, 8 Ogos 2008. Dia dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Naziah Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Sreekant Pillai. Mengikut keterangan saksi, seorang pegawai kastam mendapati wujud imej yang mencurigakan sewaktu mengimbas beg milik Najmudeen yang ketika itu baru tiba dari Mumbai, India. Hasil pemeriksaan, terdapat 47 kotak colok yang di bawahnya terdapat kain baldu berwarna merah. Apabila kain baldu itu dikoyak, serbuk kristal putih dijumpai di bawahnya yang kemudiannya disahkan sebagai dadah jenis ketamin. |
Keputusan inkues kematian Beng Hock hari ini Posted: Keputusan inkues kematian Beng Hock hari iniSHAH ALAM 4 Jan. - Keputusan inkues bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor tingkat lima Plaza Masalam pada Julai dua tahun lalu, akan diketahui petang esok. Koroner Azmil Muntapha Abas dijangka membacakan keputusannya di Mahkamah Koroner di sini selepas semua pihak terbabit selesai mengemukakan penggulungan hujah tiga minggu lalu. Keputusan itu akan menentukan sama ada Beng Hock mati akibat dibunuh atau membunuh diri selain bila dan bagaimana dia menemui ajal. Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza tersebut. Inkues bagi menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock diadakan pada 29 Julai 2009 ekoran kematiannya menimbulkan tanda tanya kerana beberapa jam sebelum itu dia dipanggil ke SPRM untuk disoal berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor. Walaupun pada peringkat awal inkues dijangkakan selesai dalam tempoh sebulan, namun ia berlarutan selama 15 bulan tujuh hari dengan 37 saksi termasuk pakar patologi dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand dipanggil memberi keterangan. Berbeza dengan dua pakar patologi, Dr. Khairul Azman Ibrahim dan Dr. Prashant Naresh Samberkar, Pornthip yang dilantik oleh kerajaan Selangor berpendapat Beng Hock mati dibunuh kerana kesan lebam yang ditemui pada leher. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan keluarga Beng Hock agar kuburnya digali dan mayatnya dibedah siasat untuk kali kedua oleh pakar patologi berbeza pada 22 November tahun lalu. Dalam bedah siasat kedua itu, SPRM turut menghantar wakil, Dr. Peter Venezis, pakar patologi dari United Kingdom yang kemudiannya turut memberi keterangan. Dalam keterangannya, Venezis menyatakan, kecederaan yang dialami oleh Beng Hock menunjukkan yang lelaki itu sedar sepenuhnya pada masa kejadian. Menurut beliau, bedah siasat kedua yang diawasi oleh beliau turut membuktikan bahawa tidak ada kecederaan yang menunjukkan Beng Hock dibunuh dengan cara lain atau dicampak ke luar tingkap. Prosiding inkues itu dikendalikan oleh peguam yang dilantik oleh kerajaan, Tan Hock Chuan dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas. Sementara SPRM diwakili Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya tersebut, Datuk Abdul Razak Musa. Karpal Singh dan Gobind Singh Deo hadir sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga Beng Hock, manakala Malik Imtiar Sarwar mewakili kerajaan Selangor selain beberapa wakil dari Majlis Peguam Selangor. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan