Rabu, 5 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Gas bersubsidi bernilai RM1.5j dirampas

Posted:

Gas bersubsidi bernilai RM1.5j dirampas

Gas bersubsidi bernilai RM1.5j dirampas

05/01/2011 7:58pm

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah hari ini merampas gas bersubsidi bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Ringan, Simpang Empat dekat sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Suhaimi Mat Sari berkata, serbuan terhadap sebuah kilang di kawasan berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari itu dibuat hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kilang berkenaan beroperasi secara haram di sebuah premis yang disewa sejak dua bulan lepas dan operasi pemindahan gas dilakukan setiap hari oleh pekerja asing.

"Ketika serbuan enam warga Myanmar dan seorang warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sedang leka memindahkan gas petroleum cecair (LPG) berkenaan dari tong gas bersubsidi ke sebuah lori tangki.

"Gas yang dipindahkan itu untuk dihantar ke kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam untuk tujuan perindustrian di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tahanan mati akibat serangan jantung

Posted:

Tahanan mati akibat serangan jantung

Tahanan mati akibat serangan jantung

05/01/2011 7:55pm

GEORGETOWN – Seorang tahanan lelaki mati di lokap Balai Polis Nibong Tebal di Seberang Perai awal hari ini akibat serangan jantung.

Ooh Joo Kia, 44, seorang penjaga kedai komputer, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi selepas rebah di dalam lokap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zahruddin Abdullah berkata, Joo Kia ditahan bersama tujuh lelaki lain bagi membantu siasatan kes perjudian berkomputer.

"Joo Kia dikatakan rebah pada pukul 3.30 pagi dalam lokap dan polis telah memberikan bantuan kecemasan tetapi dia tidak dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Bakap mendapati Joo Kia mati akibat penyakit lemah jantung dan tiada kesan kecederaan ditemui pada badan lelaki itu.

Kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut, katanya. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan