Rabu, 5 Januari 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Gangguan air di Tanah Merah dan sekitar Jumaat ini

Posted: 04 Jan 2011 09:03 PM PST

TANAH MERAH: Lebih 13 kawasan di sekitar daerah Tanah Merah bakal mengalami gangguan bekalan air pada Jumaat ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal berjadual di Loji Rawatan Air Bukit Remah, dekat sini.

"Bagi penambahbaikan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna di sekitar daerah ini, AKSB akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal berjadual di loji rawatan terbabit.

"Gangguan dijangka berlaku bermula jam 8 malam sehingga 5 pagi keesokannya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata antara kawasan terlibat ialah Bandar Tanah Merah, Jalan

Jedok, Jalan Klinik, Manal, Padang Siam, Lubuk Rotan, Bukit Panau, Belimbing,
Jalan Lubok, Bukit Gading, Bechah Laut, Jerangau, Temangan dan beberapa kawasan
berhampiran.

Hazwan berkata bekalan dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja penyelenggraan dilaksanakan. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Polis nasihat pengguna berhati-hati lalu jalan Gua Musang-Kuala Gerang

Posted: 04 Jan 2011 08:56 PM PST

GUA MUSANG: Polis mengingatkan pengguna Jalan Gua Musang-Kuala Berang, Terengganu supaya lebih berhati-hati berikutan terdapat banyak kerosakan teruk termasuk lubang besar di laluan berkenaan yang terdedah kepada bahaya kemalangan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata kawasan yang paling teruk berlaku kerosakan adalah di Kilometer 47 dari Kuala Berang ke Gua Musang.

"Kerosakan juga turut berlaku di jalan kawasan Rancangan Tanah Felda Aring yang memerlukan pengguna lebih berwaspada terutama waktu malam.

"Musim tengkujuh sekarang antara faktor berlaku kerosakan jalan dan kita meninjau di sepanjang jalan itu dengan mengenalpasti lokasi bahaya," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke laluan itu hari ini.


Sementara itu, beliau berkata kadar kemalangan jalan raya membabitkan jalan

utama di Hulu Kelantan sudah menurun sepanjang tahun lalu berikutan sikap
pengguna yang lebih berhati-hati. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan