Selasa, 4 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


12 GRO warga asing ditahan polis

Posted:

12 GRO warga asing ditahan polis

12 GRO warga asing ditahan polis

04/01/2011 10:06pm

PETALING JAYA – Seramai 12 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah premis dua tingkat di Taman Bukit Mayang Emas di sini hari ini.

Wanita yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40-an dan terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam dan Thailand, kata Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai polis, termasuk anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada kira-kira 4.30 petang tadi.

Beliau yang turut serta dalam serbuan itu berkata, serbuan itu dibuat setelah menerima aduan dari penduduk di kawasan berkenaan.

"Premis itu berada dalam keadaan terkunci ketika diserbu dan hanya pelanggan tetap sahaja yang dibenarkan masuk. Kami menyerbu masuk selepas pemilik premis berkenaan leka dengan kunjungan pelanggan tanpa menyedari pergerakan mereka telah diperhatikan," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bayi lelaki ditemui dekat Istana Budaya

Posted:

Bayi lelaki ditemui dekat Istana Budaya

Bayi lelaki ditemui dekat Istana Budaya

04/01/2011 9:20pm

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki yang dibalut dengan kain putih ditemui dalam sebuah beg berwarna hitam di tepi jalan berhampiran Istana Budaya, Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, seorang anggota Polis Bantuan Pos Malaysia yang kebetulan berada di kawasan itu telah dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari.

"Pengadu yang berusia 23 tahun telah menemui bayi lelaki terbabit yang masih hidup dalam beg berwarna hitam semasa melalui kawasan berkenaan sebelum meminta pertolongan daripada polis berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Bayi lelaki seberat satu kilogram itu kemudian dibawa oleh anggota berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dirawat.

"Bayi itu lahir tidak cukup bulan dan dianggarkan dilahirkan semasa berusia enam hingga tujuh bulan.

"Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan kita akan segera menjalankan siasatan bagi mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang bayi lelaki berkenaan," kata Zakaria.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40422222. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan