Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 03 Jan 2011 03:04 PM PST MukaDepan MOHD KHUSRIN memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi memulakan tugasnya secara rasmi semalam, walaupun kerajaan Selangor tidak mengiktiraf pelantikannya dan tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat EXCO dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES). Mohd Khusrin berkata, pelantikannya adalah sah dan tahu peraturan serta apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan, walaupun tidak mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau akan mengangkat sumpah taat setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Khamis ini, walaupun Abdul Khalid mendakwa Sultan Selangor meminta perkara itu dirujuk semula kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Mohd Khusrin memberi jaminan akan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya itu sebaik mungkin. "Sebagai penjawat awam, saya sentiasa patuh kepada arahan. Saya terima pelantikan ini dan akan melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin kepada Sultan Selangor. Saya bersedia bekerjasama dengan Menteri Besar, EXCO, ketua jabatan negeri, Persekutuan dan semua kakitangan awam di Selangor. "Walaupun tidak mengangkat sumpah aku janji menyimpan rahsia, saya masih boleh menjalankan tugas lain sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Saya tiada masalah. Saya tahu pelantikan saya adalah sah. Selagi tidak mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar saya tidak boleh menghadiri mesyuarat. Terdahulu, Mohd Khusrin yang memakai sut berwarna hitam berjalur kelabu gelap serta bertali leher hitam berbelang putih, memasuki pejabat barunya di tingkat 19, bangunan pentadbiran kerajaan negeri, di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah kira-kira jam 7 pagi. Beliau hanya menyatakan 'tiada masalah' sebelum memasuki pejabatnya tanpa dihalang kakitangan keselamatan. Anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dilihat berjaga-jaga di lobi bangunan. Mohd Khusrin juga menegaskan beliau tidak ada agenda, sebaliknya mahu membantu jentera kerajaan negeri berjalan baik dan memastikan perhubungan antara eksekutif dengan pentadbiran bertambah baik. "Saya tidak faham mengapa didakwa dengan pelbagai tuduhan. Saya tidak akan meletak jawatan selagi tidak menerima arahan Kerajaan Pusat," katanya. Beliau turut menolak dakwaan pelantikannya adalah strategi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Selangor atau beliau akan bersikap perkauman berikutan latar belakangnya sebagai bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Abdul Khalid, pada sidang medianya berkata, kerajaan Selangor akan mengikut nasihat Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menulis surat kepada SPA untuk membincangkan semula calon yang layak dan sesuai serta berkebolehan bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Katanya, sehingga penyelesaian dicapai antara kedua-dua pihak, kerajaan Selangor tidak akan terbabit dalam sebarang majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, walaupun pelantikan itu adalah sah. "Saya sudah menghadap Sultan Selangor hari ini (semalam) bagi membincangkan isu itu. Sultan Selangor berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon yang dicadangkan SPA. Sehingga mengangkat sumpah aku janji SUK tidak boleh menghadiri Mesyuarat EXCO dan MTES," katanya. Bagaimanapun, katanya, Mohd Khusrin masih boleh menjalankan tugas hakiki Setiausaha Kerajaan Negeri seperti mentadbir urus kerajaan, termasuk membabitkan Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Daerah. Ditanya bila akan menghantar surat kepada SPA, Abdul Khalid berkata, beliau akan menulis surat berkenaan selewat-lewatnya hari ini. Pelantikan Mohd Khusrin mencetuskan kontroversi apabila Menteri Besar dilaporkan berkata, pelantikan itu belum muktamad kerana tidak pernah dimaklumkan mengenainya. Pelantikan yang berkuat kuasa 1 Januari lalu bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang tamat kontrak sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenSiti Gee setiap yang berlaku ada sebabnya...teruskan menyokong selagi tidak menyimpang dari tugas yg sebenar. Kamal Hussain HM Saiful: Aik! marah ke bang? HM Saiful Kalo x tahu selok belok hal pentadbiran dan apa yang sebenarnye berlaku tolong jgn komen Da'eman Saim Adakah MB melatah kerana bukan orang2 beliau yg duduk di kerusi itu? Emmm...kalo tak napa kerajaan Selangor tak mengiktiraf pelantikan beliau? Abbas Said Jalankan tugas dgn penuh amanah, jgn fikirkan apa pun org kata...rakyat didahulukan pencapaian diutamakan Kamal Hussain Slamat bertugas Datuk...semoga pentadbiran di Selangor makin mantap. M Ridzman Slamat bertugas buat Datuk Mohd Khusrin...jalankan tgjawab dgn penuh dedikasi bukan kontroversi :) |
'Selamatkan diri kamu Chong Wei' Posted: 03 Jan 2011 02:39 PM PST BANTING: "Selamatkan diri kamu terlebih dulu sebelum selamatkan orang lain". Itulah satu pesanan Datuk Misbun Sidek (kanan) kepada anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei yang mahu meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan keputusannya meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan pasukan badminton negara. Namun, jurulatih berusia 51 tahun itu enggan berbicara lanjut, sekali gus menimbulkan tanda tanya maksud di sebalik pesanan kepada anak emasnya itu. Misbun yang ditemui di rumah keluarganya di sini semalam juga enggan mengulas lanjut berhubung keputusannya untuk meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu. "Terlalu berat untuk saya perkatakan mengenainya. Ia terlalu sensitif," katanya sebak. Bagaimanapun, jurulatih yang membimbing Chong Wei sejak lebih enam tahun lalu bersedia bertemu Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh jika diminta. Ketika ditanya ada beberapa pihak menuduhnya tidak sayangkan negara dan mementingkan diri sendiri berhubung keputusan itu, Misbun terus sebak dan berkata: "Terpulang kepada orang nak kata, tetapi selama ini..." Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenahmad hairani Apa sumbangan orang-orang yang berkepentingan dalam BAM? princelancer "Standard" ler sukan kat malaysia nie...Yang maju di "irihati"kan , Yang mundur di "bangga-banga" kan...Sampai kiamat ler jawab takkan settle nye.. Darusi Bin Semmauna sebagai wira tulen negara datuk misbun dan datuk lee chong wei harus mempunyai semangat tinggi cintakan negara dan disebaliknya pula pihak BAM harus lebih bijak menyelesaikan masalah seperi ini......sayang sekali jika negara kehilangan kedua-dua wira tulen ini. kawanlama sbbnya mudah..apa salahnya ank dia di bawah bimbingan ayah dia!..bukan kah mereka berjuang utk negara! zulkepli bin Bokhari Dalam pandangan saya , memang ada orang dalaman yang irihati kepada Misbun,kalau tak masakan pokok bergoyang............ juffery ibrahim Teruskan pendirian datuk, BAM memang parsatuan yang tidak mahu belajar daripada sejarah FAM J de Gusto Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul edwinvic Jgn biarkan Datuk Misbun menjadi mangsa keadaan BAM..Rombak balik BAM. Singkirkan orang yang tidak ada pengetahuan dalam sukan..pandai membebel ajer tanpa melihat keringat setiap atlet yang telah berjuang demi negara. Jgn salahkan pemain andai selepas ini maruah badminton akan jatuh seperti yang berlaku pada bola sepak negara satu masa lalu angkara pengurusan yang teruk pada masa lalu..Hidup Datuk Misbun!Hidup Datuk Misbun!Hidup Datuk Misbun!..... Khairul Husni asyik pemain atau jurulatih je nak letak jawatan...bila yg besar2 kat atas lak nak letak jawatan???? Din Kombat Laporkan ajer kepada SPRM... biar SPRM buat siasatan dalaman.. Tak pun tukar ajer semua BAM Management... Biar barisan Management baru yang menentukan halatuju BAM akan datang.. ahmad arshad pengacau dalam badminton tu cantas dulu,
JAINI AYONG BIN RAJAWA Apa yang adalah mengatahui apampunca Datuk Misbun sehingga beliau meletak jawatan.Lpeas itu cari jalan untuk selasaikan masalahnya.Kita tengo sukan bolsepak di Eropah mereka akan selidik masalah yang dihadapi oleh jurulatih barulah buat keputusan.Kita berharap masalah ini dapatdiatasi dengan cara profesional yueday adusss...abis lah dato misbun x da...dato menteri sukan..rombak ja bam ..bg peluang muka2 baru plak pegang jawatan ah lam... Minta James Silvera jadi coach...biar dia tahu susah ke senang jadi coach.. syeed Menteri kena betul2 siasat siapa dalang yang hendak menjatuhkan sukan badminton tanah air..memang tidak dinafikan dalm persatuan mana2 pun mesti ada individu yang pandai bercakap tapi lemah dalam membuat kerja....kerja dia orang ni hanya pandai mengkritik apa yang lain buat....HIDUP DATUK MISBUN.....HIDUP DATUK MISBUN Nua Omar Aku sokong Datuk Misbun. Pasti ada yang tak kena. Masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin Fran kalau berpunca daripada BAM, mengapa tidak rakyat Malaysia ramai-ramai desak orang-orang BAM...?????? md nazim mokhtar aku sokong misbun,mestila la ada sebab tertentu yg misbun letak jawatan.....kalau tdk,masakan misbun tinggalkan BAM,cuba bayangkan dia telah melatih dtk lee chong wee smpai bergelar no 1 dunia..so ,tak semudah misbun mengundur diri dlm situasi kecemerlangan begini......misbun lagenga badminton negara............ ramli datuk misbun kerja guna akal dan tenaga.. org lain tahu cakap saja..ingat dulu masa bam ambik cong wei.. 1 kejuaraan x dapat, bila misbun ambil balik skg dah jadi no 1. sokong dtk misbun... ridwan mungkin datuk misbun ingin berehat..
ridwan mungkin datuk misbun ingin berehat..
shafie ahmad kesnya sama dengan kenapa Arwah Dato'Hj Sidek marahkn BAM dlu. Perkara trsebut brterusan smpai skarang. MSN jgn butakan mata. amin Jgn dok ckp pasai kepentingan negara, kepentingan org yg tertentu mcm mana?. siapa yg perduli. Kesian Datuk Misbun dikatakan tak pentingkan negara. Ckp la elok2 sikit. amin Jgn dok ckp pasai kepentingan negara, kepentingan org yg tertentu mcm mana?. siapa yg perduli. Kesian Datuk Misbun dikatakan tak pentingkan negara. Ckp la elok2 sikit. ibrahim biasalah ,kalau sukan tu dah maju mulalah ada individu yang nak tunjuk kuasa..bahawa dialah yang membawa kejayaan... cam selalu sahaja BAM disalahkan akibat kesalahan yg lepas. Tapi mengapa kita tidak mahu lihat kesalahan misbun dan chongwei. ini lah resmi peminat sukan dimalaysia. kalau tak dpt salah kan pemain , salahkan persatuan.
syahz Selamatkan semua pemain badminton negara..bubarkan BAM biarlah kepimpinan BAM itu sendiri dr kalangan orang yg tahu pasal sukan bukn org yg pentingkn poket sahaja... nazaruddin harapan sya agar kemelut ini dpt d selesaikan dgn kadar segera...peminat lee chong wei... nazaruddin harapan sya agar kemelut ini dpt d selesaikan dgn kadar segera...peminat lee chong wei... Awgku Mohd kiDie saya sangat2 bersetuju apa yg d katakan datuk misbun kepada datuk lee chong wei supaya 'selamatkan diri' kerana psatuan BAM ni terlalu bnyk mslh dalaman yg mybabkan pmain2 terabai..jdi kpda BAM slsaikan dulu kemelut dalam lps 2 baru tah fikirkan pmain2 negara yg sdia ada..maju la sukan badminton utk negara. Awgku Mohd kiDie saya sangat2 bersetuju apa yg d katakan datuk misbun kepada datuk lee chong wei supaya 'selamatkan diri'kerana psatuan BAM ni terlalu bnyk mslh dalaman yg mybabkan pmain2 terabai..jdi kpda BAM slsaikan dulu kemelut dalam lps 2 baru tah fikirkan pmain2 negara yg sdia ada..maju la sukan badminton utk negara. uag masalah mesti di rungkai dr akar umbi...perletakan jawatan bukan perkara yg senang..Hidup MiSBUN&Chong WEI khairul pecat james silvaraj bangsa ini tidak buleh duduk diatas,tapi kita asyik mahu mengambil hati lagi Wahdi Orang-orang atasan BAM semuanya tahu cakap tinggi saja, TAHU MAU NAK MEANG SAJA supaya dapat nama. Ini lembu punya susu sampi yang dapat nama.Saya sedih tetapi setia menyokong Datuk Misbun dan Datuk Chong Wei.Mereka ini telah mengharumkan negara MALAYSIA... mohd ridhwan Apa yang berlaku kita di luar persatuan tidak tahu. Namun tindakan datuk m meninggalkan persatuan memang BAM ada masalah. kejayaan yang dikecapi oleh pasukan badminton memang tidak boleh dipertikaikan lagi biar pun tidak membawa piala Thomas. Sistem yg diamalkan dalam latihan saya rasa sudab betul dan baik walaupun masi ada kepincanganya. Jadi pada pendapat saya, masalah ini berpunca dari mereka yg mahu nama sahaja iaitu mahu tumpang sekaki sahaja. disini saya mahu bertanya mengapa sukan yg dikira telah berjaya mengharum kan negara mnasi di ganggu lagi dengan perubahan2 yg tidak perlu. bukan kah baik kita cuba pulihkan sukan lain yg belum lagi membangun atau cari penyelasaian kenapa sepak takraw yg kita anggap sukan kita masih terus menjadi penghuni kedua. dan makin tenggalam dengan pasukan baru tidak diberi perhatian lebih.? kenapa badmenton menjadi sasaran? fikir2kanlah wadi BAM memang bermasalah,sb tu Datuk Misbun letak jawatan,harap2 ini tidak akan menjejaskan prestasi Datuk Lee Chong Wei pak usu sebenarnya keputusan datuk misbun menyertai bam dulu pun silap kerana tiada sesiapa melatih pemain hebat seperti chong wei dan hafiz mencapai kejayaan. hanya datuk misbun. mungkin datuk misbun tidak menjadi juara dunia tetapi semua jaguh zamannya cukup gerun dan akan cuba mengelak untuk bertemunya. tapi datuk misbun sudah membuktikan beliau boleh mencetak nama jaguh dunia ke atas chong wei dan hafiz. ada orang bam selaim rexy yang mencipta jaguh asia maupun dunia.
Rich - Tuaran, Sabah Setuju dengan Datuk Misbun & Datuk Lee Chong Wei..BAM harus di terajui oleh bekas pemain badminton negara kerana mereka lebih tahu keadaan jurulatih dan pemain.. Kita lihat semua jenis sukan negara kalau Menang di puji kalau kalah di keji..Kesian jurulatih dan pemain.. mirarulza Harap-harap semuanya selesai dengan baik. Tiada masalah yang tidak dapatdiselesaikan. kira strike freedom nak diikutkan org yg pertama sepatutnya disingkirkan adalah presiden BAM sebab hanya dia yg berkuasa dalam melantik seseorg..... kalau salah lantik agak2 sape yg salah??? pada saya datuk misbun dipihak benar sebab itu dia rela berundur dari membiarkan org memperguna dan memperlecehkan tugas dia sebagai jurulatih..... bagus juga tindakan datuk lee chong wei keluar dari BAM kalau boleh harap sgt beregu no satu dunia koo kean kiat-tan boon heong pon keluar juga.... kalau keluar pon tak rugi sebab mereka masih boleh hidup dgn standard mereka sekarang.... sekurang-kurangnya itu jadi pengajaran kepada BAM.... PeminatBadminton sedarlah..jangan mengata orang tapi kerjasama xada...berkerjasama untuk semua supaya adil dan saksama..
PeminatBadminton sedarlah..jangan mengata orang tapi kerjasama xada...berkerjasama untuk semua supaya adil dan saksama..
nizam ini la sukan kat malaysia...ramai yang gila kuasa dari yang betul2 nak bermain or berkhidmat...bkn utk badminton saja takraw, bolasepak,hoki, dan mcm2 gi sukan...ubah la sikat pemimpin-pemimpin sume hoi... yus memang teruk la bam tu lebih baik tukar la pengurusan yang lain semuanya nak makan duit je bukannya pentingkan negara shahbana shaik shukrie Mungkin ini yang terbaik buat Misbun... karana ini yang dikatakan berperinsip.Jangan lah terlalu ikut telunjuk orang lain kerana setengah pegawai dalam BAM hanya makan gaji buta dan banyak bermain politik. semua peminat badminton tanahair ada mata dan telinga, kami pun peka dengan masalah ini. sampai bila badminton negara akan kekal bertahan kalau pemimpin dan pegawai tak sebulu. asyik sangat menyalahkan sesama sendiri. semuanya kerana duit bukan kerana negara dan sukan badminton. yusof nordin Kurang adil bagi kita menyalahkan mana-mana pihak tanpa mengetahui punca sebenar yang mendesak Datuk Misbun membuat keputusan yang diambilnya. Walau bagaimanapun peristiwa ini diharap memberi peluang kepada BAM untuk mengkaji dan menilai semula perjalanan pengurusannya kerana mungkin ada terdapat kelemahan yang tidak kelihatan, tersembunyi atau disembunyikan sebelum ini. Apa-apa pun mereka yang berada di dalam BAM mulai daripada Presidennya hingga kepada pemain2 hendaklah mempunyai perasaan bangga diri dan sentiasa bertekad untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga untuk badminton negara. Jangan sekali-kali dibiarkan hadir dibenak hati untuk menjadikan BAM sebagai batu locatan untuk kepentingan diri semata-mata. hai rul BAM..datuk misbun dah byk berjasa pada negara..dan jdikan chong wei pmain no 1 dunia..2 pon BAM xbsyukur..hurm..klu cmni,sume xnk jd ahli sukan n jurulatih ngra cmni.. roslan Jb Cuba kita pandang dari sudut kejurulatihan zaman org luar menjadi jurulatih saiapa dari kalangan pemain malaysia yang manjadi juara dan mengekekalkan prastasi.Bertahan dengan ranking begitu lama. Misbun dan banyak berjasa tapi apa yang BAM nak nampak.Corak latihan badminton kita juah ketinggal dari negara kuasa besar.Tu sebab nya perubahan yang dibuat keatas Lee chong wei berjaya...kenapa lak kita nak cara yang lama...cuba kita lihat jurang pelpapis dgn senior....emememem.Secara peribadi anak jati Malaysia seperti Misbun lebih baik dari org luar.Misbun ada alasan tersendiri dan BAM/KBS sila buat siasatan bukan spereti Pahat dan Penukul.Culan JB Anis Bn Libou Menteri sukan amat bertanggungjawab dalam hal yang berlaku ini.Cari siapa punca sebenar masalah ini...kalau perlu cantas sahaja dia dari BAM.Ganti kepada pegawai yg kurang buat kontra tetapi suka buat sesuatu untuk kemajuan sukan BADMINTON negara.Terlalu banyak pegawai atau Bos mendatangkan keburukan.
roslan Jb Cuba kita pandang dari sudut kejurulatihan zaman org luar menjadi jurulatih saiapa dari kalangan pemain malaysia yang manjadi juara dan mengekekalkan prastasi.Bertahan dengan ranking begitu lama. Misbun dan banyak berjasa tapi apa yang BAM nak nampak.Corak latihan badminton kita juah ketinggal dari negara kuasa besar.Tu sebab nya perubahan yang dibuat keatas Lee chong wei berjaya...kenapa lak kita nak cara yang lama...cuba kita lihat jurang pelpapis dgn senior....emememem.Secara peribadi anak jati Malaysia seperti Misbun lebih baik dari org luar.Misbun ada alasan tersendiri dan BAM/KBS sila buat siasatan bukan spereti Pahat dan Penukul.Culan JB marikan md yusof kali ini BAM perlu lebih sikap terbuka,janganlah menangkan para pegawai BAM aja,sudah bertahun-tahun maslah dalam BAM ada yang tak kena,pandangan saya biarlah orang yang benar2 tahu dan faham erti susah senang bila masuk gelangang.kita janganlah nak hukum Datuk misbun tidak sayangkan negara,kalau dia tak sayangkan negara tentu dah lama dia berhijrah keluar negara.Saya rasa sudah sampai masanya datuk misbun fikirkan untuk diri sendiri,kita sedia maklum dalam BAM banyak politiknya,saya dan Datuk misbun sama angkatan bila dah sampai masa orang tak nak,apa cara pun dia cari agar kita keluar,itulah politik kita orang melayu,malaysia boleh,tapi orangnya tak boleh,janganlah hal dalaman BAM PM nak turun selesaikan hari ini kita tak perlulah nak Manteri2 yang turun pandai2lah selesaikan.saya harap BAM bawa berbincang semua permain,jurulatih dan para pegawai duduk semeja kita cari apa maslahnya dan jangan sekali-kali kita cari kesalahan.selamat maju jaya. jebat sanggora dtk msbun tahu apa yg d buatnya.
Z. Salleh Dari aspek pengurusan, changes atau pertukaran akan pasti terjadi. Hanya yang tinggal lagi sama ada pertukaran itu membawa kejayaan cemerlang atau sebaliknya, Dalam hal ini kita tidak boleh terlalu emosi tentang perletakan jawatan Datuk Misbun. Yang penting ia lah bagi pihak BAM untuk meneliti dan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masaalah ini. Setiap badan Suhan harus mempunyai berbagai masaalah. Kalau tidak mempunyai masaalah Badan Sukan itu sendiri tidak akan matang tanpa menghadapi berbagai masaalah. Yang penting disini ialah bagaimana cara BAM menghadapi masaalah ini dan kalau terpaksa mungkin mendapatkan "mediator" menyelesaikan masaalah ini. Kata kata Misbun itu memang ada kebenarannya ia itu"jaga diri kamu sebelum menjaga orang lain". Masaalah sekarang ini ia lah antara Misbun dan BAM dan ini bukan masaalah Chong Wei.
carrot susu karenah birokrasi yg semakin parah.. Peminat Badminton BAM - betul ada masalah abushuhair bila pemain+jurulatih dah harumkan nama negara, kenapa bhg pengurusan pulak yg sibuk buat mcm2 hal? nampak sgt diorg hanya pentingkan diri sendiri dgn mengeksploitasi org lain... shah sy dlu xmnt bdminton n xthu main..bl sy main brulah sy tahu btapa ssahnya n pntnya utk main bdminton..bknnya drpd segi strtegi shj tpi mntal kna kuat.jdi bkn snang utk lhirkan jguh bdmnton di prngkat dnia sbnarnya krna bnyk ms diprlukn utk lhir ssorang jguh dnia..kpd j/latih yg btngkus lumus utk fikirkan strategi prluh diberi pghrgaan bkannya sms menang shj dpuji krn adat brtnding,ada klh n mnang..jdi ptusan yg datuk misbun buat adalah yang terbaik utk dirinya stlah difikrkan msak-msak..terima kasih datuk misbun atas usaha anda mlahirkan jguh bdminton dunia..tidak semestinya usaha anda berakhir setelah perletakan jawatan tersebut.teruskan usaha anda untuk memartabatkan sukan bnminton negara di peringkat dunia.. mskdon Misbun Sidek seorang lagenda. Mengapa dibiarkan permasalahan persatuan membabitkan pemain dan jurulatih. Macamana taraf sukan di Malaysia akan meningkat. Sesuatu perlu dilakukan. Jangan dibiarkan menjadi barah yg merosakkan sukan Malaysia. omar salleh Datuk Misbun dan seluruh keluarganya sinonim dengan kemajuan sukan badminton Negara. Pegawai BAM datang dan pergi. Datuk Misbun seorang Profesional badminton.Tindakan beliau tepat. Rex BAM oh BAM memang kena BAM!!! pencinta bdmnton tnah air keputusan misbun meletak jawatan merupakan keputusan yang tepat. inilah yang akan terjadi jika kemelut dalam BAM gagal diselesaikan dengan secepat mungkin. keputusan misbun memeberi mesej yang sangat jelas tentang kemelut yang sedang berlaku dalam BAM. sekiranya masalah ini gagal diselesaikan sebaik-baiknya chong wei juga keluar dari BAM untuk kebaikan diri dan negara bagi menjaga prestasi. buat apa berada dalam persatuan yang penuh bermasalah sehingga boleh menyebabkan kemerosotan permainan. justeru jika masalah dalaman gagal diselesaikan oleh BAM, saya menyokong tindakan dato lee chong wei untuk keluar daripada persatuan berkenaan. krol Badminton adalah sukan yg boleh mbwa sinar emas utk Olimpik nanti......kerana kita sudah setanding dgn gergasi badmnton dunia ttp politik dalaman BAM BAKAL menghancurkan badminton negara kita....kmiyg memg bermain bdmnton tau rasanya mcm mana main bdmnton ingt senang ka??????????????????????????????????????????????.....BAM BUKA MATA DAN TEGURAN ORG LAIN JGN JADI BANGAU OH BANGAU....TAKKAN KEMANA KITA KALAU PERANGAI KITA MSIH DI TAKUK LAMA..... siti jienah Walau apa pun masalah yang timbul antara datuk Misbun dan BAM, saya berharap Datuk Lee Chong Wei dan pemain lain tidak akan terjejas. Biarkan BAM dengan kerjanya dan Datuk Misbun dengan tugasnya. Diharap kedua-dua pihak akan bertindak demi kepentingan sukan negara ini. bujang senang Sedih..orang dalam persatuan sukan kita terlebih kuah dari isi...tak tau main badminton tapi nak jadi orang BAM. zaidisgpulai Datuk Misbun seorang yg profesional, dari seorang pemain berjaya menjadi jurulatih tempatan yg berjaya melatih jaguhan bertaraf dunia...,Pengurusan tertinggi BAM dan kementerian Belia dan sukan...jadilah org tengah yang tidak berat sebelah...klu saya pun akan bertindak seperti datuk misbun sidek...majulah sukan utk negara..hapuskan korup dlm BAM FAZRUL PAUZI pengurusan pasukan sukan malaysia memang akan berlaku kepincahan ..hanya menunggu masa untuk menukar tampuk kepimpinan..yang kesiannya,kesan kepincangan itu terjadi kepada orang-orang yang penting iaitu jurulatih dan pemain.. perkara ini akan terus terjadi dan menjadi ulat pada setiap persatuan sukan di malaysia bee blt jgk kta c kwn,jgn ada p.gunalan ke-2 shah Datuk Hj. Misbun telah lama memimpin pemain dan telah byk berkorban demi sukan badminton negara...siapa sebenarnya yg mementingkan diri,Misbun ke Pegawai BAM sendiri...? aidil Tak perlu nak pertikaikan kepentinagn kepada negara yg diberi Dato Misbun...Kepada Dato Seri Ahmad Shabery ...lupekah anda semasa isteri Dato Misbun terlantar sakit....die tetap teruskan usaha untuk melateh chong wei....adakah itu bknnye pengorbanan yg paling besar utk negara atau Dato Seri dh LUPE....terima la hakikat yang BAM (Banyak Angkat Masalah) mmg persatuan yg bermasalah....jgn sesekali nk salahkan coach atau pemain... sui something's happening in BAM...jika tidak tak akanlah Misbun letak jawatan tiba2. berpihak pd Tok Guru Misbun. Hidup Misbun!!! tedah yang benar Kamal Apa dah jadi ! Sedang rakyat Malaysia gembira dgn kejayaan pasukan bolasepak kita , timbul pula masalah dgn BAM. Pengurusan BAM perlu menguruskan masalah perletakkan jawatan Datuk Misbun dgn bijak. Jika berlaku kelemahan dalaman BAM, perbetulkan dgn segera agar sukan badminton tetap disegani rantau ini malah di dunia. melayubugis Sabar tu separuh drpd iman,dan tak tahulah berapa banyak kesabaran Tuan Haji Misbun Sidek yang telah diuji sehingga beliau membuat keputusan meletak jawatan.Apapun saya berpendapat,keputusan beliau harus kita hormati,kerana bukan mudah bagi seseorang yang berjiwa patriotik dan rendah hati, mengambil langkah sedemikian.Rasa hormat saya pada beliau dan juga aruah bapa beliau serta keluarga beliau secara keseluruhannya,yang berjaya mencetuskan fenomena persada badminton negara,cukup buat saya untuk mengakui MISBUN SIDEK adalah hebat....setuju Datuk Lee Chong Wei?BAM saya fikir tak perlu cari silap sesiapa tetapi KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN yang perlu buat sesuatu bagi mengelakkan sukan badminton dieksploitasikan oleh pihak pihak tertentu untuk kepentingan kumpulan atau individu tertentu.Halusi semula cara cara penajaan dan sumbangan.Perketatkan syarat dan mungkin juga boleh dipantau oleh SPRM jika perlu.Saya hanya mencadangkan dan terpulang kepada KBS untuk membuat penilaian secara lebih telus agar duit rakyat dibelanjakan secara amat berhemah.Wassalam. Servis S Saya langsung tak sangsi dengan keiklasan Datuk Misbun terhadap perjuangan badminton negara. Yang saya sangsi hanyalah segelintir individu dalam BAM. Mereka itu benar2 ikhlas ke? kromm malaysia ssh nak maju dlm sukan disebabkan sesebuah organisasi sukan di politikkan...itu yg x betulnyer...jgn ada campur tangan dari pihak lain, biar org yang sepatutnyer menguruskan kerja yang sepatutnya...x perlu nak sibuk2...mgkin disebabkan ini jugak la datuk meletakkan jawatan... MANGAYAU MISBUN PATUT PUN MELETAK JAWATAN KERANA DIA X DAPAT MELAHIRKAN BAKAT PEMAIN MUDA KOIE Tu masalahnya kalau sukan dipolitikkan..sukan adalah sukan. Orang yang tahu bersukan adakah sama dengan orang yang tak tahu bersukan? Fikirkanlah! cikli saya setuju dengan datuk misbun..pegawai yang bermasalah dlm BAM mesti dipecat untuk menyelamatkan maruah persatuan badminton negara. epi kita banyak berpolitik dalam sukan, berbanding dgn indon, diorang susah tapi bersungguh2 dlm memajukan sukan Faizal setiap yang berlaku ada sebabnya... pasti ada pihak yang terasa dengan perletakan jawatan Datuk Misbun dan pihak tersebut janganlah berdiam diri... selesaikan kemelut yang sedang berlaku. Setiap pihak ada kebenaran dan kesilapannya so ambillah langkah yang terbaik untuk kemajuan bersama. jafren joseph Apa sudah jadi??? zolzeytec ini adalah ketegesan diri misbun, beliau bukan mementingkan diri sendiri, bagi saya ini adalah penting, beliau mempunyai misi untuk pembangunan badminton negara, tetapi harapan beliau tidak tercapai, jasa beliau untuk negara terlalu besar, siapa antara kita dapat menandingi beliau? berapa ramaikah jaguh dunia dapat berjaya membimbing
Izwan Sahari selamatkan semua pemain badminton dan juga ahli sukan lain, yg di bawah persatuan bermasalah.... que combate Setuju dengan datuk misbun...
rohana bt taib sedih dan terkejut, tapi hanya misbun saja yang tahu, sebab itu keputusanya.bolih bawa berbincang lagi , masih belum terlambat. tyco5 panas betul la dgn sape yg ckp2 pasal misbun ni... hang tgk la muka die... xde wajah nk khianati negara pun... ni semua psl BAM yg x kene kritikan mcm FAM. dah kene nnt kita tgk sejauh mana kebenaran berpihak pd Tok Guru Misbun. Hidup MIsbun!!! Noraini Bagi saya, chong wei sudah banyak bermain diperingkat antarabangsa dan bertemu dengan jaguh dunia yang handal dan terkemuka dengan pengalamannya yang banyak, saya rasa sudah pasti chong wei dapat membaca seseorang lawannya cara dan taktik permainan lawan, hanya kuatkan stamina fizikal sahaja untuk meletakan kejayaaannya. Tetapi setiap permain ada pemerhati untuk memberi galakan sokongan demi kejayaan. Peminat Sukan Tenis BAM memang bermasalah, jika tidak tak kan Datuk Misbun meletak jawatan.. saedi ahmad berilah peluang kpd datuk misbun unt menentukan pilihannya.dia tahu apa yg baik unt dirinya.terima kasih atas sumbangannya selama ini kpd negara. Muhammad Husain Setelah sekian lama mencurahkan bakti melatih ramai pemain badminton negara, semestinya Datuk Misbun mempunyai alasan yang kuat kenapa dia mengambil keputusan untuk melatakkan jawatan. BAM perlu membuat "siasatan dalaman" mencari sebab-sebab yang mendorong Datuk Misbun meletak jawatan. Tetapi saya sedikit sangsi dengan pengurusan sukan di Malaysia yang mana ramai pegawai yang terlibat di peringkat pengurusan yang tidak mahir, cekap dan yang besar sekali kurang keikhlasan. Mereka mengguakan sukan untuk kepentingan diri sendiri. Shukri Abd.Rahman Semua orang kena ikhlas dalm semua perkara. Boleh di bawa berbincang apa sebenarnya masalah yang timbul, boleh diselesaikan. Pada pandangan saya BAM tak perlu ambil jurulatih dari negara luar, jurulatih kita pun semuanya berkemampuan. pandang juga dari segi ekonomi, wang tak mengalir keluar negara.Hasil bumi kita mestilah digunakan oleh rakyat kita. nana Datuk Misbun dah letih. Satu Tugasan sebagai jurulatih yg kedua karenah BAM. Dato Misbun lebih mengetahui Dalaman BAM bagi dia buat keputusan. Siapa James Silveraj? wan mohd fikri ee kenapa misbun sidek ingin meletakkan jawatan? sedangkan negara masih memerlukan perkhidmatan beliau... Juki John Datuk Misbun!!!Jangan mahu kalah jika anda di tempat yang betul.Mesti ada orang yang perlu bertindak supaya BAM tau apa yang sebenarnya berlaku dalam BAM. awangotai Dalam sejarah BAM dan negara amnya..Datuk Misbun adalah yg paling berjaya, sebarang pandangan dan cadangan beliau harus dipertimbangkan sewajarnya.. MOHD RANI ABDULLAH BAM kena buka matalah, jangan ada P.Gunalan yang ke 2 lagi Zuhairi bg saya ini semua berpunca politik dalaman BAM..dulu FAM gah tp sbb politik bola kita jadi teruk..harap BAM belajar dr pengalaman dulu jgn libatkan politik dalam mana2 sukan di Malaysia. edi smething's not right happening in BAM...BH tolong siasat... shahhimin Mungkin itu cara terbaik baik baginya demi kepentingan negara.Mungkin kesempatan ini ada bakat lain yang mampu menggalas tugas ini.Renungkanlah... nita bermusywarah lah dangan baik.. Mawar Perletakan jawatan Datuk Misbun mesti ada penyebabnya, harap pihak bertanggungjawab jangan nak berlindung di sebalik ini semua..... Hidup MISBUN yang banyak berjasa kepada Sukan Badminton Malaysia. amin asyik bertelagah saja...sampai bila nak maju Malaysia ini.... wan tawau kerana sayangkan negaralah Datuk Misbun meletak jawatan di BAM, betul juga kata Datuk Lee Chong Wei masa menang di beri pujian tetapi kalau kalah di keji, bukan semua pertandingan Datuk Lee Chong Wee akan memang, ini lah kalau orang dalam BAM semuanya buta sukan, main cakap saja tetapi buat tidak boleh.. kepada Datuk Misbun saya sokong Datuk Misbun. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan