Kosmo Online |
Buang air besar selepas mencuri Posted: Buang air besar selepas mencuri03/01/2011 8:06pm KUANTAN - Pencuri yang memecah masuk ke sebuah pasar raya di Jalan Beserah di sini, bukan saja melarikan wang tetapi juga sempat membuang air besar dalam satu kejadian awal pagi ini. Pengurus pasar raya itu, Gan Yoke Chow berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2 pagi dan pencuri berkenaan memecah masuk menerusi tandas premis dengan mencungkil batu-bata pada dinding. Pencuri, seolah-olah tahu di mana wang disimpan kerana hanya mensasarkan ruang pejabat tertentu, katanya ketika ditemui di sini. Katanya, pencuri juga tidak memecahkan pintu bilik-bilik terbabit, sebaliknya membuat lubang pada dinding yang terdiri daripada kepingan papan lapis. Jumlah kerugian masih diperiksa kerana wang yang dicuri adalah dalam bentuk syiling yang dibungkus dalam beberapa bungkusan. Kata Yoke Chow, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pemilik restoran bersebelahan pada kira-kira pukul 7 pagi yang melihat tandas premis dipecahkan. "Kami mendapati ada najis di dalam mangkuk tandas dipercayai ditinggalkan oleh pencuri itu, kami sungguh tidak menyangka pencuri sanggup berbuat demikian selepas mencuri di pasar raya ini," katanya. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan DSP Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut. - BERNAMA |
4 didakwa culik ahli perniagaan Maghribi Posted: 4 didakwa culik ahli perniagaan Maghribi03/01/2011 7:40pm KUALA LUMPUR – Dua pelajar lelaki warga Nigeria dan dua wanita tempatan hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan terlibat dalam kes penculikan ahli perniagaan warga Maghribi pada bulan lepas. Warga Nigeria, Abbas Chidiebere Standy dan Nwosu Douglas Oluchi didakwa bersama-sama tiga orang lagi yang masih bebas, dengan niat bersama menahan dan melarikan ahli perniagaan Maghribi, Elmourabiti Smail dengan tujuan menculik untuk mendapatkan wang tebusan. Abbas, 33, dan Nwosu, 25, yang merupakan penuntut sebuah kolej swasta di sini didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan letak kereta Bangunan Pan Global, Jalan P. Ramlee, di sini, pada 11 Disember lalu. Dua warga tempatan, Alysa Marianna Mohamed Yusuf, 24, didakwa menguruskan pengeluaran wang tebusan berjumlah RM350,000 di Bank CIMB, Jalan Solaris, Mont Kiara antara pukul 3 pagi hingga 3.30 pagi, 15 Disember lalu. Yeap Tse Wai, 28, didakwa menguruskan pengambilan wang tebusan sebanyak RM100,000 di kawasan Apartment Sri Selayang, Batu Ferringhi di dalam Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, antara 9 malam hingga 9.30 malam, 16 Disember lalu. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan