Isnin, 3 Januari 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya

Posted: 03 Jan 2011 01:20 AM PST

KOTA BHARU: Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan dibenarkan pulang tengah hari ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Roslee Mamat berkata dua
pusat pemindahan di daerah Rantau Panjang ditutup pada 1 tengah hari.


"Cuaca di Kelantan hari ini cerah tanpa hujan menyebabkan air di beberapa
kawasan perkampungan mulai surut dan mangsa dibenarkan pulang tengah hari ini.


"Kesemua 406 mangsa dari 124 keluarga yang berada di pusat pemindahan pada

sebelah pagi tadi dibenarkan pulang secara berperingkat," katanya kepada
Bernama.

Beliau berkata sehingga petang ini, kesemua laluan di daerah Rantau Panjang
dan Tumpat dibuka semua kepada semua kenderaan. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harga minyak masak tidak akan dinaikkan

Posted: 03 Jan 2011 12:09 AM PST

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Beliau berkata kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.


"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.


Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu.

Tan berkata kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran
bahawa peniaga yang menaikkan harga barang ini akan menghadapi risiko untuk
didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sokongan pengguna terhadap usaha
mengurangkan penggunaan beg plastik adalah penting dan janganlah hanya mengadu
mengenai larang itu pada setiap Sabtu.

"Adalah amat wajar kita sedar akan perlunya mengurangkan penggunaan beg
plastik demi alam sekitar dan masa depan," kata beliau.

Katanya purata, Malaysia menggunakan lapan juta beg plastik setiap tahun.

"Purata, kita gunakan seliter petroleum untuk mengeluarkan satu plastik beg
dan beg itu akan mengambil masa 500 tahun itu reput. Dan mengambilkira harga
tenaga tidak diperbaharui ini, kita hendaklah mengurangkan penggunaannya,"
tambah beliau. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan