Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 02 Jan 2011 01:47 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan pelaksanaan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care yang antara lain memberi pilihan kepada rakyat mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau hospital swasta tanpa mengira kedudukan sosial dan kewangan mereka. Skim yang akan membabitkan penggabungan sistem pengurusan kesihatan kerajaan dengan swasta itu dijangka mewajibkan rakyat memilih atau melantik pengamal perubatan di klinik pilihan sebagai doktor keluarga dan pesakit hanya dirujuk ke hospital dengan sokongan doktor keluarga masing-masing. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenChoki Kun BAGUS!!! sudah lama menanti TAHNIAH kepada Kerajaan kerana begitu peka terhadap rakyat.Sistem sebegini sebenarnya sudah lama dilaksanakna dinegara-negara maju ferancis,Britain.Melaksanakan Sistem ini merupakan satu langkah yang bijak untuk jangka masa yang panjang.Tahniah :) Roslinda Amat wajar terutama kakitangan awam yang sebelum ini terpaksa membeli insuran perubatan/kemalangan sendiri tidak seperti kakitangan sewasta yang dilindungi PERKESO.Yang penting pegamal perubatan hendaklah menjaga mutu kerja jangan pentingkan kewangan. Azrina Harap kerajaan melakukan penyelidikan dengan mendahulukan keperluan rakyat. Bukan semua rakyat yang kaya dan mampu untuk membayar kos doktor swasta. Jangan jadi seperti kerajaan US, healthcare berterabur dan rakyat banyak yang sengsara. telecom saya ingat cukai pendapatan yg dikenakan adalah utk kesejahteraan rakyat..sekarang brapa banyak mau kutip dari kami rakyat marhaen? ramzamanap Tindakan untuk mewujudkan skim kesihatan 1 care oleh kerajaan adlah satu tindakan yang bijak. Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk keajikan kesihatan rakyat. telah sampai masanya rakyat menabung untuk kesihatan sendiri disamping kerajaan mengadakan berbagai subsidi untuk kesihatan rakyat. Adalah satu yang amat baik untuk berkongsi perbelanjaan untuk perubatan dikalangan rakyat. Kerajaan tidak mampu lagi kerana rakyat malaysia telah bijak memilih mana yang terbaik. Dan hospital kerajaan kadangkala tidak mampu melayan kerenah mereka kalau nasib tak baik kerajaan selalau disaman rakyat diatas kecuaian hospital dan melibatkan kerugian juataan ringgit. fbi saya setuju..kerajaan teruskan usaha membela rakyat. tq |
Chong Wei ikut Misbun keluar BAM Posted: 02 Jan 2011 01:44 PM PST KUALA LUMPUR: Selepas dikejutkan dengan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tamparan terbaru apabila anak emas jurulatih itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan keluar daripada badan induk itu. "Saya akan ikut dia. Dalam tempoh dua tahun yang tinggal, sudah tentu sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan sistem dan teknik latihan jurulatih baru. Jadi, saya akan keluar daripada BAM untuk bersamanya," kata pemain nombor satu dunia itu ketika dihubungi semalam. Chong Wei berpendapat beliau yang kini berusia 28 tahun hanya mempunyai kira-kira dua tahun lagi untuk berada di puncak bagi mencapai lebih banyak kejayaan. Misbun membuat kejutan kelmarin apabila menghantar surat peletakan kepada BAM melalui e-mel tanpa memberi sebarang alasan. Chong Wei yang menjuarai sembilan kejuaraan, tahun lalu dan akan beraksi pada final Grand Prix (GP) di Taiwan, pada Rabu ini menuntut BAM menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu sebelum memburu gelaran kali ketujuh di Terbuka Malaysia yang akan bermula 18 Januari ini. "Saya tetap mahu Misbun membimbing saya pada Terbuka Malaysia nanti," katanya yang akan ditemani penolong Misbun, Teh Seu Bock untuk membimbingnya ketika di Taiwan. Ditanya antara faktor utama Misbun meletak jawatan, Chong Wei tidak menolak kemungkinan disebabkan jurulatih itu memendam perasaan kurang senang dengan keputusan dan tindakan pegawai BAM. "Bila kami menang dipuji, tetapi apabila kalah dikeji. Siapa pemain yang mahu kalah dan kami sentiasa berlatih keras untuk mengharumkan nama negara. Chong Wei berkata, beliau hanya mengetahui Misbun meletak jawatan ketika menghadiri latihan Khamis lalu apabila jurulatih itu memanggil dan memberitahunya serta rakan lain akan meletak jawatan. "Kami semua terkejut dan sebelum pergi, dia berkata kepada saya dan rakan lain bahawa dia menyayangi kami semua dan meminta kami jaga diri sambil mengalirkan air mata," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenMohd Faizal BAM ada sebabnya, Datuk Misbunpun ada masalahnya baik buat berbincang dalam satu meja.Malaysia Boleh. Satu Malaysia. UNCLE SYABAS DI ATAS TINDAKAN DLC MENGIKUT JEJAK SIFUNYA, PEGAWAI BAM TERSEBUT MMG BIKIN PANAS... SEKIRANYE MASIH KETANDUSAN JURULATIH, LEBIH AFDAL JIKA TUGAS JURULATIH SINGLE DIGALAS OLEH PEGAWAI BAM TERSEBUT YG MMG PAKAR DALAM SUKAN BADMINTON... CARGAS!!!! Halim Terima kasih atas Menteri Belia Dan Sukan mengambil berat perletakan Datuk Misbun. Diharap dapat jawapan paling telus. Adalah lumrah pihak pengurusan kena mencari jawapan apabila kekalahan berlaku. Bagaimanapun, pihak pengurusan mesti sedar bahawa merekalah paling bertanggungjawab untuk membuat laporan dengan menganalisa punca kelemahan dan membuat rumusan secara hitam putih untuk kebaikan negara, bukan menunding jari pada jurulatih dan pemain. Jurulatih dan pemain adalah orang yang telah berhempas pulas dari segi mental dan fizikal dan mereka perlukan sokongan, bukannya ditambah tekanan. Kalau jurulatih dan pemain kena buat laporan terperinci sampai tertekan, maka tak perlulah pihak pengurusan amin tahun baru buatlah undian siapa duduk dalam BAM tak kan pakai sistem lama BAM seharusnya bersikap lebih terbuka mendengar keluhan pemain2 Fran saya sokong Datuk Misbun dan Datuk Lee. Pergi jauh-jauh pengurusan BAM Ian Halim kalah menang adat permainan.. mdyazid bin mdsharif maka bermulalah satu episod lagi kemelut didalam persatuan sukan Malaysia.Hanya Datok Misbun dan BAM yang tahu puncanya...cepat2lah BAM mencari penyelesaian terhadap kemelut yang timbul inikerana sudah pasti ianya akan menjejaskan sukan badminton negara...memang "no one is indispensible" tetapi pasti ada puncanya.Kedua-dua pihak duduklah bersama2 cuba cari penyelesaian...saya percaya Datuk Misbun teramat sayang akan sukan badminton ini dan juga anak buahnya... joko raj ketiadaan pelapis, kenapa perlu rombak elit sedia ada, latih je kelompok lain. 2. Jurang besar elit dan bukan elit, kenapa singkat fikiran runtuhkan elit dipuncak utk rapatkan jurang tu yg akhirnya ranap semuanya. Anak tu boleh mendatangkan ilham dan imbau kekuatan kekurangan yang lalu masa-masa Tuk Bun muda dulu. rugi sgtkah bam pilih kasih sayang. Dpt raket hancur net, dpt net hancur gelanggang, dpt apa hancur apaan semua ini. maramin abd. labin Sudah2lah politiking dlm persatuan ni. Kemelut spt inilah jadi punca kejatuhan prestasi sukan di Malaysia ni. Jaga kebajikan atlit dan jurulatih kerna mereka adalah tonggak yg mengharumkan nama sukan negara. Majulah Sukan Untuk Negara. ABD RASYID Datuk Misbun sudah membangunkan semula badminton Malaysia. Saya sokong tindakan Datuk Lee Choong Wei. ahmad ithnin sememangnya misbun dan pemain2 patut tinggalkan BAM. BAM tak berpontasi untuk Misbun dan Rakan2 BAM tidak bijak melayan pemain dan jurulatih.saya harap misbun sendiri menerajui persatuan dan jayakan secara profional saya rasa belau boleh dan soal kewangan bukan faktor kalau berjaya kewangan akan datang sendiri. sybas misbun kerana membuka mata pegawai BAM yang tak tahu mengurus persatuan...... p@ng salam... macam mana lah sukan malaysia ni nak maju... sikit2 nak gado je... man saya pun benar2 menyokong tindakan Datuk Misbun membuat keputusan keluar daripada BAM yang tak mengnang budi itu...menang di sanjung apabila kalah di keji... ben ten Politik disingkirkan dalam sukan.. ambil atlit seperti Misbun untuk menerajui sukan negara.. kamsor shafia pendapat saya suruh BAM buat pengakuan terbuka...salah siapa...anyway saya memang suka dua-dua dato' ni...hidup misbun dan choong wei aduss Aduss....
anasty Pegawai BAM.....Hari nie letak jawatan minggu dpn dah ada pengganti.
Androd sadian Membangun sukan bukan mudah tapi mudah bagi individu/pihak yg berkenaan menumpang nama, populariti dan keuntungan. Org seperti saya menghabiskan wang sendiri ( tanpa satu sen pun dari kerajaan), masa, tenaga dan jiwa raga untuk menghidupkan sukan di peringkat akar umbi DEMI SUKAN dan ANAK-ANAK MUDA kampung. Saya percaya ramai lagi orang seperti saya di seluruh negara yg berkorban untuk sukan. Memang amat mengecewakan melihat gelagat orang yang hanya muncul "di babak akhir drama kejayaan". Apapun, demi minat dan sukan, kami relakan. # Untuk Misbun - tahniah dan terima kasih. shahir BAM adalh sebuah badan yang menguruskan hal ehwal Badminton negara sekiranya tiada pemain dan jurulatih persatuan Badminton ini akan gulung tikar dan xde makna ada nya BAM...pihak persatuan seharus nya menjag kebajikan pemain dan jurulatih..mereka adalah aset negara kami raayat malaysia mahukan pencapaian cemerlang dalam acara badminton ini...tiada pemain mana mungkin ada persatuan gibeon bone oh tidak...apa akan jadi dgn badminton negara kita kelak..?? flo Bukan saja Misbun, tetapi saya dan pemain lain juga kurang senang dengan pegawai BAM. Mereka tidak menjaga kami dengan baik (chong wei 2011) simpati dgn nasib pemain dan jurulatih badminton malaysia.. pegawai2 BAM buat kerja ke x ni? nadzri Kalau tiada penyelesaiannya maka berpuluh tahun lagilah sukan badminton Malaysia akan naik kembali.Lihat saja bola sepak Malaysia,berpuluh tukar jurulatih dan berbelas tahun baru nak pulih.Korang tak percaya tengoklah nanti.Berapa kerat bakat yang ada melatih dengan sepenuh jiwa dan raga.Carilah kalau ada jurulatih seperti misbun dan isterinya yang memahami tugas suami demi negara tercinta.Memang takkan jumpa.Harapkan jurulatih indon,punahlah badminton malaysia.Pegawai BAM yang tak sedar diri tu berundurlah.Anda tak mengeluarkan setitik peluhpun.Menteri wajib campurtangan dalam hal ini dengan segera. bro situasi ini memang sering berlaku dalam kancah sukan negara. pengurusan kena support tp apa mereka buat selalunya menyusahkan jurulatih dan pemain. bukan terjadi dalam badminton sahaja siapa yang sering mengikuti sukan tanahair lihat-lihatlah pada sukan tinju juga. kebanyakkan exco bertelagah dan buat group sendiri. semua keputusan ditentukan awal dalam pertandingan maksudnya hakim pengadil boleh dipengaruhi. mohd ghazali omar BAM mesti cari jalan keluar dari kamelut ini.mesti ada sebab tertentu dato misbun bertindak sedemikian.carilah jalan yang terbaik
wan kalau setakat pengurusan BAM tu...tak la susah sangat nak cari pengantinya....bejuta-juta rakyat malaysia ada...ramai yang layak...tapi kalau nak cari penganti misbun....rasanya susah jugak mungkin ada jgak...tapi kalau nak cari penganti chong wei....mati idup balik pun tak de agaknya...tunggu anak aku la 20 tahun lagi... mohd ghazali omar BAM mesti cari jalan keluar dari kamelut ini.mesti ada sebab tertentu dato misbun bertindak sedemikian.carilah jalan yang terbaik
mizan macho BAM haruslah menghargai pengorbanan Datuk Misbun Sidek yang dah lama berkecimpung dalam arena ini....pikir2 kan lah untuk Malaysia bukan diri sendiri,.... Abd Razak Bn Mohd Yusof Saya cadang,mintalah pandangan Menteri Sukan dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dalam BAM.Kaedah perbincangan adalah jalan terbaik untuk selesaikan masalah.Orang di luar BAM tidak tahu masalah sebenar.Orang yang ada kepentingan peribadi tidak perlu dalam persatuan kerana ia akan menimbulkan banyak masalah samada kepada pemain atau kepada persatuan itu sendiri.Terimakasih. tangan bangku nak gali misbun baru dan LCW baru tunggu la kucing bertanduk pnjang mcm tnduk kerbau...halau le yg x da apa2 bakti bt negara yg ada dlm BAM tu...bt 2 org datuk tu teruskn perjuangan anda...THE LEGEND MAN pak ngah_sabah saya rasa kejayaan sukan Badminton negara adalah sejarahnya keluarga sidek,jadi bila orng kuat ni letak jwtan memang kes parah lah tu..kalau mahaguru dah keluar anak murid mesti ikut...sebab dia kenang jasa,...jdi pegawai BAM fikir2kan lah... wan tawau decisions made by Datuk Misbun and Datuk Lee Chong Wei was a good decision, BAM has never been a problem in their appreciation of the meritorious, the voices are proposing to develop the sport of badminton has never been in care for anything but the parts never take to progress even in the less side, so people think it is right that all this hard work memcari coat-lining to develop in the country had never recalled. Mohd hariz bin samian hampir 15 tahun....jaguh single badminton semuanya dilahirkan MISBUN, rashid sidek, yong hock kin, ong ewe hock, roslin hashim, hafiz hashim, lee chong wei.....buka lah mata wahai pegawai BAM...anda semua bersenang-lenang dapat nama sedangkan mereka yang memerah keringat tak dihargai. ajid. BAM patut bersikap lebih profesional. Kakalah pemain adalah kekalahan BAM. Peneraju dan pegawai BAM harus meletakan jawatan..bukannya pemain.BAM terlalu lemah dalam menyediakan pemain pelapis. pandang le seperti negara China yang tidak pernah ketandusan pemain muda sedangkan kita hanya menharapkan kuda tua yang kecil bilanganya. ajid. BAM patut bersikap lebih profesional. Kakalah pemain adalah kekalahan BAM. Peneraju dan pegawai BAM harus meletakan jawatan..bukannya pemain.BAM terlalu lemah dalam menyediakan pemain pelapis. pandang le seperti negara China yang tidak pernah ketandusan pemain muda sedangkan kita hanya menharapkan kuda tua yang kecil bilanganya. Daniel Shaari kita perlu memikir pro & kontra perletakan jawatan Datuk Misbun Sidek.Pepatah ada menyatakan yang patah tumbuh yang hilang berganti..betul & tidak, sama2 kita fikirkan.
anak Mas BAM patut singkirkan pegawai yang makan gaji buta, Misbun dan pemain negara sudah banyak meraih kejayaan untuk negara, Apa jasa pegawai BAM yang dimaksudkan Misbun dan pemain badminton negara. Sepatutnya Pegawai BAm tersebut patut letak jawatan ... semarak api Hari sabtu tanpa beg plastik. Betul ke....kita hanya gunakan 1 atau 2 beg plastik dari pasaraya. Yang banyak plastik bungkusan dari belian kita. Patutnya pengusaha/kilang gunakan pembungkusan mudah lupus/musnah dalam pembungkusan produk mereka. zolzeytec siapa misbun? siapa chong wei? merekalah perancang & meraka jualah yg berlawan, kalau boleh cuba ajak presiden BAM lwn badminton? pasti tak termainlah walaupun beradu antara pelatih akedemi, inikan pula para pegawai, cakap pandai bolehlah, wujudlah pengurusan yg tahu tentang sesuatu sukan, bukan semua bekas atlit sukan itu bodoh mahupun miskin, taraf Datuk pun byk, berikanlah peluang kepada meraka untuk meneruskan kesinambungan demi pembangunan sukan negara, kepada pegawai di dalam BAM yg ada lain jawatan di luar sana, berikanlah kepada org yg lebih berkelayakan, jgnlah pergunakan kedudukan sebagai alasan utk memegang jawatan, moga pingat emas pertama utk sejarah negara dari olimpik london akan muncul dari Badminton, sokong langkah anda MISBUN & CHONG WEI, andalah jagoan dunia. biar para pegawai BAM berlatih serta bermain sendiri. shid sapa peduli apa yg dikatakan... datuk misbun letak jawatan pun BAM x kesah yg tak pandai mentadbir bagi jawatan dah la main pun x reti maka ini yg dikata memusnahkan sebuah rumah lebih mudah dari membuatnya pandai cakap x pandai buat bagi je peg2 dlm BAM main kita tgk sampai mana pakat2 lah pemain yg ada lari bukan kerna lemah ajar yg pandai supaya balik menjadi bodoh sekejap...cogankata MAJULAH SUKAN UTK NEGARA tapi yg tabir bodoh lebih pada kera...kena ajar supaya hormat sapa yg menitiskan peluh utk negara.... Ghazali Persatuan sukan di Malaysia perlu muhasabah diri. Pegawai persatuan merasakan mereka lebih penting daripada pemain dan jurulatih. Ada yang gunakan persatuan untuk populariti dan kepentingan diri.Kalau Datuk Nadzmi terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya dan urusan2 lain, letak jawatan dan biarkan orang lain ambil alih. sapa peduli apa yg dikatakan... datuk misbun letak jawatan pun BAM x kesah yg tak pandai mentadbir bagi jawatan dah la main pun x reti maka ini yg dikata memusnahkan sebuah rumah lebih mudah dari membuatnya pandai cakap x pandai buat bagi je peg2 dlm BAM main kita tgk sampai mana pakat2 lah pemain yg ada lari bukan kerna lemah ajar yg pandai supaya balik menjadi bodoh sekejap...cogankata MAJULAH SUKAN UTK NEGARA tapi yg tabir bodoh lebih pada kera...kena ajar supaya hormat sapa yg menitiskan peluh utk negara.... Aluister Kalau nak buat perubahan pun kena buat kajian terperinci, jangan buat keputusan dangan mengambil kira pemikiran mejoriti tetapi tidak membuat kajian tentang kesan positif dan negatifnya. Geng Badminton Terkejut dengan situasi berlaku tetapi itulah hakikatnya yang terbendung didalam fikiran Coach kita ni. Sekian lama memendam rasa dek gelagat pegawai2 BAM ni akhirnya surat perletakan jawatan menjadi penoktahnya. Apapun saya menyokong penuh tindakan Datuk ini yang telah berkorban untuk negara selama ini walaupun telah mendapat tawaran lumayan dari negara luar. Teruskan usaha Datuk untuk mengcungkil lagenda seterusnya setelah Rashid,Ong Wee Hock,Choon Han dan Chong Wei. Langkah Chong Wei menuruti mentornya dilihat sebagai terpuji dan boleh di ibaratkan sebagai "orang yang mengenang budi". Rethwan Musbah Kalau Pegawai BAM tu dah cukup terror..suruh je diorang yg mengalas tugas Misbun dan Chong Wei...Kemudian kita tengok ramai ramai..boleh ke tidak diaorang tu buat... zafran Sedih! Habis madu sepah dibuang.... Pegawai BAM yang patut dibuang.. bukan Datuk Misbun. cam sebenarnya misbun dan chong wei la tak mengenang budi. Bukan kah tanpa BAM, misbun dan chong wei tidak dapat beraksi di peringkat antara bangsa?
zanieza sayang sayang Datuk Misbun dan anak-anak buahnya, org BAM cuba buka minda sikit ni dah tahun 2011, ubahlah sikap dan segalanya, semoga sukan di negara kita makin bertambah cermerlang. Wira Pujangga tindakan yang pasti akan mendapat perhatian semua pihak. jatuhnya sukan2 di malaysia bukan sekadar melibatkan prestasi atlit tetapi disebabkan campurtangan politik dalam mencorak pembangunan sukan serta karenah birokrasi. lihat sahaja pada bola sepak kita. bola sepak naik disebabkan jurulatih. maka biarkan saja orang yang pakar dalam bidang sukan tertentu yg bebas memajukan sukan tanpa karenah birokrasi. lihat juga mengapa nicol david boleh berjaya. bila sukan berjaya mulalah semua nak masuk campur. bila kalah dianak tirikan. inilah ragam manusia boboy^ Syabas DM n DLCW kluar dr BAM,Dr dlu smpai skrang x hbs2 psal pengurusan BAM,Ada yg x kena dgn pgwai2 d atas,tolong fkir kebajikkan pemaian2 sblum rmai lg yg akan mengikut jejak langkah mereka keluar dr BAM. Aiya Suruh lah Pegawai2 BAM main sendiri..Turun berlatih cepat!! Bila sukan dah dipolitikkan, malaysia lah namanya..sokong DATUK.. Abe Well BAM mesti selesaikan masalah dalaman. Jangan jadikan perebutan kuasa menghancurkan sukan no 1 dunia di Malaysia. Hidupkan semangat 1 MALAYSIA pak usu saya terkejut tapi faham. datuk misbun dah terlalu banyak berkorban. sejak remaja hingga ke usia emas berkhidmat untuk badminton negara. beliau tak pernah meminta apa-apa. meskipun beberapa tindakannya kadang-kala pelik, tapi adakah pegawai tertentu bam mampu mencetak kejayaan sebagaimana datuk misbun untuk malaysia. tepuk dahi dan tanya apa pegawai bam sumbangkan untuk malaysia. die hard fan Never ending story. Cerita yg sama tak sudah2. Bila nak maju kalau mentality ditakuk lama. Biar coach n players buat keje n give result hebat. Pegawai assure admin beres je. Kan elok. Lil Haerald Ini adalah sebagai pengajaran yang BERGUNA! ^^ zall Kami menyokong tindakan Datuk Misbun dan Datuk Lee Chong Wei. koriedpa09 saya sokong jika datuk lee ckong wei ingin mengikut jejak datuk misbun sidek... AB.RAHIM B. MAHMOOD saya amat besetuju dgn komen dan pandangan Miro ...sudahlah cukuplah tuu.. 84 Pegawai BAM yang patut dipersalahkan..
mieg kenapa chong wei pn ikut keluar,mna sikap pro c.wei? che juan che burn sy rasa 2011 ni, pihak kementerian sukan perlu membuat perubahan drastik utk BAM.ini kerana sikap pilih bulu dan kroni masih wujud dlm BAM..adakah ini tulus?bagi kami penyokong kuat badminton,karut semata-mata,selepas siapa penganti datuk lee chong wei?adakah anak beranak mereka,datuk misbun buat mcm tu kerana nk menaikkn nama negara dalam arena baminton..renung2kan lah.. zolkifli bin ahmad Pegawai BAM hargailah jasa jurulatih negara kita. Kalau asyik dengan masalah dalaman, macam mana sukan di negara kita nak maju. Khairom "bila kami menang dipuji, tetapi bila kalah dikeji" macam tulah sukan tanah air kita,tak kira badminton ataupun bola sepak,ubahlah sikap oi!!! ekok apa dah jadi ni.kalau betul la pegawai2 BAM macam tu,bagi diorang pegang reket je....BAM jadi masyur sebabkan titik peluh orang.mereka hanya tumpang tuiiiiii....je..... aku reket Tahniah kpd Datuk Misbun dan Lim chong wei sbb telah berjuang utk negara sehingga digeruni dan dikenali di seluruh dunia...usaha anda telah menbuahkan hasil....tapi entah apa yg jadi hingga perkara ini berlaku...kalau sikap pengawai yg menjadi bebanan maka ini amat menyedihkan...semuanya kena menghargai dan memnuhi tuntutan agar tiada masalah yg timbul..harapan saya agar perkara ini di selidiki utk kemajuan sukan badmiton negara...tambah lagi Chong wei bukan jaguh kampung dan utk mencapai tahap bintang adalah sngat sukar tanpa kepakaran jurulatih yg hebat sperti Misbun. miro BAM PATUT AMBIL PENGAJARAN DARI BOLASEPAK SEJAK DILANDA SKANDAL & MACAM2 HAL PADA TAHUN 1994. BARU SEDIKIT TANDA-TANDA PULIH. BUKAN SENANG UNTUK MEMBANGUNKAN SUKAN! KEPADA PEGAWAI2 YG BERKENAAN, SEDAR ATAU PERLU DISEDARKAN!. BANYAK ORGANISASI DINEGARA INI PUN MACAM TU TERMASUKLAH DI SEKOLAH & UNIVERSITI. YANG TAK BERKENAAN YANG `LEBIH SUDU DARI KUAH'. Pak Pandir Bubar sja BAM tu baru dorang tau...dah tahun baru kan... metal gear mcm mana nak maju sukan kita asyik bergolak shj any way gua tetap di belakang datuk misbun &datuk lee chong wei maju sukan utk negara... Abdul Rahman Bin Awang BAM tidak mengenang budi. Datuk Misbun membuat keputusan yg betul. jangan balik ke BAM yg tak mengenang budi tu. abg raket sempena tahun baru ni...ubah la sikap pegawai-pegawai BAM ooiii... Miro Sepatutnya BAM ambil ikhtibar & pengajaran dari bolasepak yang lingkup sejak skandal 1994. Berbelas tahun, baru nampak tanda-tanda pulih setelah leganya isu rasuah, pilih kasih & macam2 lagi. Pegawai2 BAM yang berkenaan patut sedar bahawa bukan senang untuk membangunkan sukan. Kalau mereka tak sedar, kenalah pihak2 yang bertanggungjawab sedarkan mereka sebelum ramai lagi yang terkorban. Misbun & Chong Wei masih boleh menyumbang untuk negara lagi. `Change em if they are not willing to change'.Sometimes we have to be harsh (to some) in order to be kind (to all). Malaysia BOLEH! Moes Adalita Saya menyokong penuh tindakan kedua dua Datuk ini . . . syabas nasihat saya hm...saya raya barisan jurulatih yang ada sekarang sudah cukup baik, cuma berikan mereka lebih kebebasan, pihak pengurusan jangan ganggu mereka, jurulatih tahu apa yang mereka nak buat, pengurusan dan jurulatih jangan ada overlaping, pengurusan harus support mereka dari segi kewangan, motivasi dll, bukan merumitkan keadaan mereka, fokus juga pada pemain pemain yang lain abu bakar pegawai BAM yang tak layak berada dalam BAM sila letak jawatan ramai lagi yang sudi bertugas tapi pemain di mana nak cari? otai skit2 merajuk, sampai bila kita nak harap pada org lama, ni lah peluang BAM cuba bakat pemain muda yang ada. mia@li bila kalah pegawai patut letak jawatan....macam manager pro!! Mat Elly Memang begitulah resam persatuan sukan di Msia,lebih pegawai dpd pemain dan jika kalah kena kutuk dan jika menang sanjungan bukan2, bagai nak gile? Yg peliknya pegawai yg lebih2 begitu juga media, jika pasukan menang sampai bulan2 tak abis cerita pasal tu, jika kalah teruk ssbuah pasukan/pemain kena belasah. Mana ada semangat beb? Zairizanz Biasalah, bila menang dilambung tinggi, bila kalah dipijak kaki, setuju dengan tindakan Datuk Misbun & Datuk Lee Chong Wei shahrol patah tumbuh hilang berganti..Malaysia Boleh. lan saya cadangkan pegawai bam mainlah sendiri badminton tu.wakil malaysia lagi baik.saya sokong perletakan jawatan misbun n pemain. ahmad Jimmy "Never Give Upp""
rosidan baharom Sepatutnya pegawai-pegawai BAM lah yang letak jawatan. Sukan jangan dipolitikan, kalan nak berjaya dalam arena sukan, kalau boleh ahli politik tak perlu berada dalam apajua bidang sukan kerana ia boleh menjahankan kareir sukan. Vic No one is indispensable! Termasuk Misbun. papaimancomel Kita dah ade permata negara, patutnya jaga la dengan sebaiknya, mereka dah kluarkan keringat untuk harumkan nama negara, bende2 macam ni akan buatkan nama BAM buruk dan nanti sampai masa orang dah taknak main badminton baru tau. amy chong wei keluar? why oh why? fad Sukan Malaysia akan lebih maju jika sebarang perancangan terhadap atlit hanya melibatkan jurulatih sahaja tanpa campur tangan pihak pengurusan yang sebenarnya boleh dikatakan mengganggu konsentrasi atlet. perebutan jawatan pihak pengurusan juga menyebabbkan prestasi atlet kita merundum....jadi....fikir-fikirkanlah...... shah Sedih dan kecewa dengan kemelut yang sentiasa melanda dalam BAM....Kalau rasa pegawai pegawai dalam BAM tu bagus sangat, suruh je mereka yang main...untuk seluruh pemain badminton negara,kecekalan,kesungguhan dan pengorbanan anda semua amat saya kagumi dan sanjungi....selamat berjaya. rhani65 apabila terlalu banyak campurtangan orang yang tidak berkaitan tetapi mempunyai kuasa, beginilah jadinya. Joe Jambul Persatuan Sukan di Malaysia sering ada masalah bila urusan2 dalam diganggu oleh orang dalam sendiri. Akhirnya, pemain lah jadi mangsa. Disebabkan orang2 inilah yang membuatkan pengurusan sukan kita lemah. Masing2 nak tunjuk kuasa. Tak boleh ke badan2 sukan kita ditadbir secara bebas tanpa wujudnya pengaruh politik dari pihak2 tertentu di mana orang yang betul2 mempunyai latarbelakang sukan itu sendiri yang layak pegang jawatan2 besar dalam persatuan. Rasanya merekalah yang faham kerana mereka berpengalaman sejak dari 'akar' lagi. PaKCU sesiapa yang pernah menjadi jurulatih dan atlit pasti memahami perasaan mereka.... tertarik dengan ayat ("Bila kami menang dipuji, tetapi apabila kalah dikeji. Siapa pemain yang mahu kalah dan kami sentiasa berlatih keras untuk mengharumkan nama negara.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan