Kosmo Online - Negara |
Khusrin angkat sumpah sebagai SUK Selangor baru Posted: Khusrin angkat sumpah sebagai SUK Selangor baruMOHAMAD Khusrin mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam. SHAH ALAM - Datuk Mohamad Khusrin Munawi mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini semalam. Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menentang pelantikan Mohamad Khusrin. Abdul Khalid yang mempertikaikan pelantikan SUK baru itu kerana beliau tidak dirundingi kelihatan bersalaman dengan Mohamad Khusrin, 54, sebelum upacara dimulakan. Bagaimanapun, bahasa badannya menunjukkan beliau tidak senang dengan majlis itu. Ketika berucap pada upacara itu, Sultan Sharafuddin menyatakan kekesalan terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan banyak titah baginda termasuk dalam isu pelantikan Mohamad Khusrin. "Beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ia akan membebankan rakyat dan melambatkan proses kemajuan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | ||
Posted: Mangsa sula menderita sakitOleh FARIK SALLEH
KULAIJAYA – Walaupun telah 11 tahun berlalu, mangsa sula, Mohd. Shah Abdul Razak, 23, dari Bandar Tenggara di sini masih menanggung azab kesakitan tanpa ada mana-mana pihak yang tampil untuk membantu membiayai kos perubatannya. Lebih menyedihkan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima sebanyak RM70 sebulan pada tahun 1999 itu pun telah dihentikan tanpa sebab pada 2002. "Saya tidak diberitahu kenapa bantuan itu dihentikan tetapi sebagai ibu, saya sanggup ikat perut demi membiayai kos perubatannya. "Sejak suami meninggal dunia empat tahun lalu, saya hilang punca kerana saya ada lima orang anak lagi yang masih bersekolah dan perlu ditanggung," kata Jamilah Daud, 49, ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Setiap bulan, kata Jamilah, dia terpaksa mengeluarkan kira-kira RM500 bagi membiayai rawatan Mohd. Shah bagi memulihkan kecederaan pada dubur dan kos membeli beg takungan najis. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan