Harian Metro: Setempat |
4 butik pengantin mangsa khianat Posted: 11 Jan 2011 11:42 AM PST SIASAT...anggota bomba menjalankan siasatan di tempat kejadian. KUALA LUMPUR: Angkara khianat. Empat butik pengantin di SS2, Petaling Jaya, tidak dapat menjalankan perniagaan masing-masing selepas tiga musnah dalam kebakaran manakala sebuah lagi dipecah masuk, sejak dua minggu lalu. Difahamkan, semua butik berkenaan dipercayai dipecah masuk sebelum dibakar berdasarkan kesan pecah pada pintu premis.
Pengurus Operasi butik berkenaan, Soo Soon, berkata dia menyedari butik itu terbakar selepas menerima panggilan telefon daripada seorang kakitangannya.
Sementara itu, jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang orang awam yang menyaksikan kebakaran itu pada jam 5.30 pagi.
"Hanya tiga kebakaran dilaporkan dalam tempoh terdekat sejak 31 Disember lalu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
|
Posted: 11 Jan 2011 11:39 AM PST AMPANG: Empat belas peniaga mendakwa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) gagal menunaikan janji sehingga mereka menunggu hampir tiga tahun untuk berniaga di Taman Muda, di sini. Malah, lebih menghairankan terdapat ura-ura mengatakan 14 premis perniagaan di sepanjang Jalan Bunga Raya yang siap dibina itu bakal dirobohkan untuk dijadikan kawasan meletak kenderaan. Kemelut bermula apabila semua peniaga bersetuju berpindah bagi membolehkan premis baru dibina selepas MPAJ berjanji memberikan satu unit premis kepada setiap peniaga. Namun, selepas ia siap pada 2009, MPAJ gagal menunaikan janji dengan alasan lokasinya tidak sesuai dan mendapat bantahan penduduk. Peniaga, Hashim Abdul Raub, 66, berkata sikap lepas tangan pihak terbabit mengakibatkan mereka tidak mempunyai sumber pendapatan tetap kerana tiada tapak berniaga selain ada antaranya terpaksa mencari rezeki dengan melakukan kerja sambilan. "Pada awalnya MPAJ berjanji kami perlu berpindah enam bulan, namun tidak tahu mengapa sehingga kini pihak terbabit enggan menyerahkan kunci dan membenarkan kami berniaga. "Malah, rayuan kami menggunakan premis itu untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan juga ditolak. MPAJ lebih sanggup membiarkan premis ini terbiar dan dirosakkan," katanya pada sidang media di sini, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan